Aku fikir, pengetahuan bahasa
Perancis-ku telah lama berkarat. Kurang ulangkaji dan kurang motivasi. Hari ini
aku mula menulis jurnal ini (backdated) dan mula ulangkaji bahasa Perancis-ku.
Aku berharap, ulangkaji ini dan pertolongan dari Allah memberi kekuatan kepada-ku
untuk menguasai bahasa Perancis dengan cemerlang semasa di Kanada.
Terima kasih kepada Mej Betty, atas
pertolongan beliau kini aku telah menjalinkan ikatan dengan orang Malaysia di
Kanada. Mej Betty telah memasukkan aku ke dalam group Malay CFLS (Canadian Forces Language School) Long Course. Satu
group yang menghimpunkan semua bekas-bekan pegawai yang pernah berkursus di
Kanada. Ulangkajiku sedikit tergendala gara-gara mengambil masa yang lama
merayau-rayau di dalam group itu. Alhamdulillah, sedikit kelegaan bila dapat
berhubung dengan orang yang sebangsa dengan-ku di bumi Kanada. J Dari group itu aku sudah kenal sedikit sebanyak tentang St. Jean, Malam
kebudayaan, laman web Canada Malay Association (canadamalay.com) dan tempat
penginapan-ku yang dikenali Megaplex.
No comments:
Post a Comment