Dari kiri: Sgt. Norhasliza (Malaysia), Puan Ayu Bulan Trisni (Indonesia), Puan Katrina (Pensyarah bahasa di DITC), Lt. Kol Nguyen Thi Bich Ngoc (Vietnam), Lt. Amimul Ummah Bay (Indonesia), Kapt. Nguyen Thu Hanh (Vietnam) dan Kapt. Madinah (Malaysia).Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Saturday, April 29, 2006
Dining-in Night
Dari kiri: Sgt. Norhasliza (Malaysia), Puan Ayu Bulan Trisni (Indonesia), Puan Katrina (Pensyarah bahasa di DITC), Lt. Kol Nguyen Thi Bich Ngoc (Vietnam), Lt. Amimul Ummah Bay (Indonesia), Kapt. Nguyen Thu Hanh (Vietnam) dan Kapt. Madinah (Malaysia).Thursday, April 27, 2006
Private Jack Kovco
Prebet Jack Kovco merupakan anggota tentera Australia yang pertama terkorban sepanjang penglibatan Australia dalam konflik berdarah di Iraq. Pengorbanannya disebut-sebut sepanjang hari ANZAC yang lalu.
Bukan senang nak jadi PM di Australia, di mana masyarakatnya berpendidikan tinggi, suara rakyat yang sangat berkuasa, sangat emosional dalam patriotisme dan suara akhbar yang sangat terbuka. Satu yang pasti, Howard juga seorang yang licik mengawal emosi rakyatnya!
Gambar ikhsan: Herald Sun
Tuesday, April 25, 2006
ANZAC DAY
Dari DITC jam 0730, bertolak ke Inverleigh yang terletak dekat dengan Geelong. Kami menghadiri upacara Hari ANZAC dan memperingati tentera yang terkorban yang berasal dari Inverleigh. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan suhu di Inverleigh kira-kira 5 darjah celcius. Sejuk dan berkabus. Sampai jer, macam biasa, jadi jurukamera amatuer ambil gambar tentang kampung ini dan orang-orangnya. Seronok budak-budak perempuan nie bila semua orang nak ambil gambar mereka.
Daun Rosemary ini adalah simbol memperingati Hari ANZAC. Baunya wangi ala-ala herba. Bunga ini dipakai di poket baju semasa Hari ANZAC. Comel budak pembawa daun Rosemary nie. Rasanya, inilah gambar yang paling saya puas hati sepanjang duduk di Australia setakat ini!
Ini adalah dewan komuniti orang ramai di kampung Inverleigh yang dikhaskan untuk memperingati Hari ANZAC. Tengok budak OZ atas meriam tu. Suka hati dia jer!!
Perbarisan dari Dewan Komuniti ke Tugu Peringatan Inverleigh kira-kira 400m. Perbarisan diketuai oleh Veteran perang dari Inverleigh, Pegawai Memerintah DITC dan Pegawai dari unit di Inverleigh. Di belakang mereka adalah barisan veteran perang ANZAC. mereka yang dirai!
Barisan penuntut DITC dan staff. Sungguh segak dan bergaya dengan 'service dress'. Tapi sedih bagi saya kerana kesilapan teknikal, saya tak dapat pakai 'service dress'.
Diikuti dengan kanak-kanak sekolah yang memakai uniform. Di belakang mereka adalah penduduk Inverleigh dari pelbagai lapisan usia. Hari ini hari mereka bercuti semata-mata memperingati perwira-perwira mereka.
Majlis peletakan bunga di mulakan dengan pasukan yang terdekat dengan Inverleigh, DITC, Veteran, anak-anak dan akhir sekali oleh orang persendirian. Acara ini di akhiri dengan bertafakur selama 2 minit bagi menghormati pengorbanan anggota yang terkorban.
Barisan Veteran Perang yang berasal dari kampung ini, Inverleigh. Dari perang dunia kedua hinggalah perang Vietnam. Di Australia, mereka benar-benar disanjung sebagai perwira negara sehingga ke akhir hayat mereka.
Bergambar bersama pegawai dari Laos, Pegawai Memerintah DITC, Veteren perang Inverleigh dan Lt Ami Bay dari Indonesia di hadapan tugu peringatan di Inverleigh.
Bersama salah seorang veteran perang dunia kedua. Dah uzur tapi semangat hadir ke upacara memperingati ANZAC. Lihat pingatnya terletak di sebelah kiri dada, ini menunjukkan pingat itu adalah kepunyaannya!. Jika pingat-pingat itu terletak di sebelah kanan, ini bermakna dia memakai pingat bapa, datuk atau saudara-mara mereka.
Ada majlis perucapan di dewan orang ramai. Ucapan dan penceritaan tentang pengorbanan tentera ANZAC. Menurut ucapan CO, 19 orang ANZAC yang terkorban dari Inverleigh semasa peperangan dunia kedua. Dan dari 19 orang itu ada 4 pasang adik beradik yang terkorban. "Ada keluarga-keluarga yang kehilangan dua nyawa di Inverleigh dalam satu masa, mereka berkorban untuk kita", Murray Lott, Pegawai Memerintah DITC.
Selepas majlis perucapan di dewan orang ramai, ada jamuan makan.. yummmy.. makan kek, biskut dan sandwich. Tapi kena pilih betul-betul dan tanya awal-awal. Sandwich kat gambar tu tak 'halal'. Coffee and tea.... menyegarkan minum panas-panas dalam suhu sekitar 10 darjah celcius.
Sampai jumpa lagi dik!! Bye.. bye. Pengalaman yang sungguh bermakna. ANZAC DAY 06, Inverleigh.Monday, April 24, 2006
TROY
After the evacuation, Mustafa Kemal supposedly said, "We have avenged Troy," referring to the sack of that legendary city during the Trojan War. Ironically one of the British Ships that took part was named HMS Agamemnon.
Tuesday, April 18, 2006
Malaysia Hall Sydney
Kebetulan pada hari Sabtu, hari saya sampai. Ada majlis sambutan Maulidur Rasul di Malaysia Hall. Seronok dapat jumpa pelajar Malaysia dan yang paling penting dapat makan makanan Malaysia. Sambal belacan pun ada!!
Dari kiri: Kapt Shahir (sambung kursus tektik infantri di Brisbane), Abang Saifuddin bin Abdullah (Pensyarah UTM dalam bidang Arkitek yang sedang menyambung Phd.), Tuan Haji Musa bin Mansur (Pengarah Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Sydney), Encik Nazaruddin bin Abu Bakar (Atashe Pendidikan di Sydney) dan saya! Monday, April 17, 2006
Easter Break: Sydney Again!
Pagi sabtu sampai Sydney. Petang terus jalan-jalan ke Opera House. Sebelum sampai Opera House, singgah dulu di Hyde Park. Ada pameran The Bigger Picture Exhibition yang bermula dari 8 hingga 24 April 06. Memang gambar-gambar yang dipamerkan besar-besar. Gambar di atas bertajuk Cronulla 2005. Gambar berkenaan rusuhan kaum yang telah berlaku di pantai Cronulla. Ada macam-macam gambar lagi. Menarik, cuba lawat www.fairfaxphotos.com
Sampai di Opera House tengok matahari terbenam. Ada pasangan pengantin sedang mengadakan sessi fotografi. Memang cantik kalau ambil gambar kat sini. Berpakaian Raja Sehari berlatarbelakang Opera House dan Habour Bridge yang unik. Terkenang....
Esoknya, kembali lagi ke Opera House. Kali ini nak ambil gambar dari laut. Dengan menggunakan tiket Daytripper yang berharga AUD 15.00 melayakkan saya dan rakan menggunakan train, bus dan ferry sepuas-puanya dalam satu hari. Perlabuhan nie namanya Circular Quay Habour. Tempat ferry-ferry berlabuh dan membawa penumpang ke destinasi-destinasi menarik sekitar Sydney. Sememangnya, OZ nie boleh kaya dengan sektor perlancongan sahaja. Pasal ferry-ferry nie tak menang tangan. Ada sahaja pelancong yang akan naik ferry ini dan mereka datang dari pelbagai bangsa serata dunia.
Cantik! hebat betul akal manusia ciptaan Allah. Ambil gambar dari ferry. Latar belakang langit dan laut yang biru. Warna yang mendamai dan menenangkan minda. MasyaAllah.

Luna Park. Salah satu tempat persinggahan ferry di Sydney ini. Taman tema ini telah lama di tubuhkan. Sejak tahun 1935. Sesuai untuk bawa kanak-kanak. Di sini saya juga bertemu dengan satu pasangan Melayu dari Seri Manjung, Perak!!. Suami bekerja sebagai jurutera di janakuasa elektrik di Segari dan isterinya seorang guru IKM. Barangkali mereka menyambut ulang tahun perkahwinan kerana anak mereka di tinggalkan di Malaysia. Seronoknya la kalau datang Sydney nie dengan isteri dan anak-anak! Azam.. azam..


Akhir sekali, ferry kami lawat Manly. Manly ini terkenal dengan pantainya yang cantik dan uniknya, tempat ini tidak dibenarkan merokok. Punya la ramai manusia kat bandar Manly dan pantainya. Susah nak jumpa orang hisap rokok. Sepanjang perjalanan ferry, kita boleh lihat pemandangan teluk dan dataran yang sangat cantik. Lautnya sangat biru. Burung Camar, terbang bersebelahan dengan ferry. Sampai jer kat Manly, cuma Shusie sahaja yang boleh makan. Pasal Shusie 100% guna ikan. Shushie dalam pack AUD 7.50 dan roll AUD 3.00 makan dua orang. Dah lapar, sedap aje!
Thursday, April 13, 2006
Easter
Esok sampai Isnin depan cuti Easter seluruh Australia. Macam kita juga, mereka juga ada juadah 'maskot'. Cross bread, chocolate egg dan chocolate rabbit. Pagi tadi ada Pegawai Chaplin bagi ceramah tentang Easter. Dia bercakap tentang celebration of Jesus resurrection dan juga legenda tentang roti, telur dan arnab. Roti melambangkan rezeki, telur melambangkan kehidupan baru dan arnab melambangkan kesuburan. Sunday, April 09, 2006
Point Cook: Air Show







Hari nie ada rombongan ke Pengkalan Udara Point Cook. Ada pertunjukkan udara di sana. Dari kapal terbang zaman Perang Dunia pertama sehinggalah kapal terbang era 80an. Memang budaya selenggara barang-barang lama OZ bagus. Kapal terbang buruk pun boleh terbang dan juruterbang veterannnya pun masih boleh bawa kapal terbang.Saturday, April 08, 2006
Jejak Kasih
14 tahun dulu mereka terpisah dan kini bertemu semula. Pasti ada hikmahnya! Baca kisah menarik jejak kasih antara Malaysia dan Australia di Utusan Malaysia dan Herald SunThursday, April 06, 2006
MELT Field Trip II
Salah satu syarat utama untuk menjadi warganegara Australia adalah mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Bagi sesiapa yang berminat menjadi warganegara Australia, biasanya mereka akan menduduki ujian Bahasa Inggeris. Sekiranya gagal, mereka perlu menghadiri kelas bahasa Inggeris dengan jumlah jam tertentu sebelum menjadi warganegara Australia.
Field trip kali ini memang sangat-sangat releven dengan pembelajaran di sini. Adult Multicultural Education Services (AMES) merupakan sebuah pusat latihan Bahasa Inggeris yang khusus untuk pendatang atau pelarian yang ingin menjadi warganegara Australia. Kaedah pengajaranya sangat mudah untuk difahami. Lebih kepada Bahasa Inggeris pertuturan dan penulisan. Kebanyakkan pelajarnya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan datang dari pelbagai negara.
Gambar di atas adalah seorang warga senior, Encik Wolfgang dari Poland yang ingin menjadi warga Australia dan menghabiskan umur persaraanya di sini. 
