Thursday, March 02, 2006

Tentera pelbagai negara

Sekarang nie, boleh kata setiap malam ada sahaja latihan ketenteraan di adakan dalam pengkalan udara ini. Latihan yang melibatkan helikopter Black Hawk (ingat lagi filem Black Hawk Down!) sempena Sukan Commonwealth, Melbourne yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Dari 15 sehingga 26 Febuari ini. Sebelah petang kita boleh lihat latihan pasukan khas Australia membuat latihan menyelamat dengan beberapa orang anggota tentera membuat aksi 'repeling' dari helikopter. Sayangnya aksi mereka tidak boleh dirakam atas dasar keselamatan.
Di antara rakan penuntut saya juga terdapat mereka yang merupakan anggota pasukan khas di negara mereka. Dalam ramai-ramai, saya agak kagum dengan salah seorang dari mereka. Beliau ialah Lt. Kol. Jojo atau nama sebenarnya Lt. Kol. Jose Joriel M Cenabre dari Pasukan Khas Marine Filipina.

Bersama Lt. Kol Jojo dan Mej Al (Philipine Air Force)
Seorang yang berkarisma dan sangat mesra. Segak (sangat segak dengan uniform yang penuh dengan pingat) dan tampan. Dan yang saya kagum tentang beliau ialah komitmen beliau dalam memelihara kecergasannya. Hampir setiap hari, selepas kelas, beliau akan membawa beg galas yang mengandungi pemberat dan berlari mengelilingi pengkalan ini. Selapas itu, pergi ke gym dan membuat beberapa latihan kecergasan sebelum makan malam.
Hari ini beliau telah menamatkan 'AustFamil'nya dan akan menghadiri seminar pengurusan di Camberra. Bila saya tanya beliau apa yang berlaku dengan pergolakkan yang berlaku di Filipina baru-baru ini, beliau menjawab "No worries (OZ slang), Philipine is a democratic country. Even leader of rebel can be a senator". Kami ketawa :D

5 comments:

Anonymous said...

sungguh la banyaknya pingat dia...

Hamsatul Azlina said...

:P

Unknown said...

bahtiar: memang banyak, pasal pegawai nie telah pergi banyak operasi. Ada pingat keberanian lagi tu!!

ayang: miss your smile so much!! luv you!

nbn said...

Macamana perception asykar Australia terhadap professionalism asykar kita...bagaimana pula pandangan mereka dgn peperangan yg mereka ada terlibat seperti di Afghan contohnye..?

Unknown said...

nbn: Pada keseluruhannya, tentera Australia nie segan juga dengan tentera Malaysia. Pertamanya, memang nama kita dah terkenal dan yang keduanya orang kita ada kemahiran berbahasa Inggeris lebih baik dari negara lain di rantau Asia Tenggara.

Tapi kalau di tanya bapak-bapak (tentera Indonesia), mereka ada perasaan tidak puas hati (tidak secara terbuka) kepada tentera Australia kerana Timur Timur yang pernah menjadi kepunyaan Indonesia terpisah gara-gara campur tangan Australia.

Saya perasan bila pergi ke Shrine of Remembrence, kira macam tugu negara di Australia nie. Marah betul bila di terangkan satu pingat berkenaan peranan mereka sebagai pengaman PBB di Timur Timur.

Peranan mereka di Afghanistan, itu saya tidak berapa pasti. Nanti saya cari-carikan jawapannya, di samping menambahkan lagi kenalan saya.