Thursday, March 09, 2006

Graduation Day!!

Akhirnya setelah tiga minggu di Australia, tamatlah sudah kursus asas pertama bagi setiap anggota tentera yang akan berkursus di Australia. Austfamil (Australian Familirization). Selepas ini saya akan meneruskan target course saya iaitu MELT (Methodology of English Language Teaching Course). Another 4 months to go!!.
Austfamil membuatkan saya sudah tahu banyak tentang Australia, budaya, makanan, bahasa, masa, cuaca (ini yang penting, sudah seminggu dah musim gugur) dan bermacam-macam lagi ilmu yang saya akan temui. Sesungguhnya Austfamil mempercepatkan lagi proses adaptasi kami di pulau yang terbesar di dunia ini! Austfamil juga mengajar saya bertapa nilai persahabatan itu sejagat sifatnya. Saya ada kawan baru dari seluruh negara di Asia Tenggara.
Ia juga mengajar saya betapa berharganya nilai kekeluarga. Pastinya, kerinduan ini mengajar saya bertapa berharganya sebuah ikatan kasih sayang. I miss you, nabilah and I miss you too, mama. :(

6 comments:

ron97 said...

eh..
awek belakang tu cun aa..
hahaha

AnakMalaya said...

kalau tak, orang tua2 tak kata 'sayangkan isteri tinggal2kan'.. may the distance strengthen your family ties!

btw, congratulations!! :-)

Amir Azmi said...

ron97: awek kat belakang tu Course Manager, Capt Neliesnie. Indian Fiji migrated to OZ!! Sorry, Married!

Amir Azmi said...

anakmalaya: betul la, hujan batu dinegera sendiri lebih baik dari hujan emas di negara orang!

bahtiar said...

Balik nanti confirm slang oz.. :)

Amir Azmi said...

bahtiar: InsyaAllah, OZ nie bahasa dia unik sikit!! Lain dari bahasa Inggeris yang kita belajar di Malaysia. Kat Malaysia pun, ramai dah senior saya yang boleh Slang OZ!