Wednesday, March 08, 2006

Field Trip 3: Geelong

Field Trip ke Geelong nie lain sikit. Lain dari field trip lain kerana kami pergi tanpa ada orang yang tunjuk jalan (tiada jurulatih ikut). Field trip ini juga dikenali sebagai Geelong Navex. Kami cuma diberi panduan dari beberapa nota yang diberi dan dipecah kepada 4 kumpulan kecil. Bersama saya rakan dari Indonesia, Kambodia dan Vietnam. Kami kena cari beberapa spot yang utama di bandar Geelong ini.
Ini adalah lokasi pertama kami, City Hall yang di asaskan pada 1910. Bangunan ini merupakan pejabat tadbir utama bagi Geelong sejak bandar ini dibangunkan. Bangunan ini masih utuh lagi dan masih digunakan sehingga hari ini. Geelong merupakan sebuah bandar pelabuhan yang utama pada suatu dahulu dan merupakan pelabuhan utama pada era Gold Rush. Disamping itu, pelabuhan ini merupakan pusat pengedaran bulu kambing biri-biri Australia yang utama ke seluruh dunia.
Ini adalah tempat kedua, sebuah kedai buku lama bernama Griffths. Saya tak pasti kenapa kami kena cari kedai buku ini, tapi kedai buku ini nampak klasik. Mungkin kedai lama sejak penubuhan bandar Geelong kot!. Dan pasal kedai buku nie juga buat kami sesat dalam bandar Geelong nie.
Walaupun sesat, tapi kami masih boleh jumpa Gereja St. Mary nie. Lagipun memang objektif field trip ini untuk jumpa orang tempatan dan berinteraksi dengan Aussie. Kebanyakkan orang yang tinggal di Geelong ini orang tua. Rasanya tak de masalah nak tanya arah pada mereka. Orang lama la katakan!!

Lepas tengok gereja, kami kena cari satu taman kecil yang banyak bunga rose. Pevensey Park ini dibina oleh orang persendirian dan di buka untuk semua orang. Cuaca kat sini purata adalah 14 darjah celcius (hari ini suhunya sekitar 22 darjah celcius). Tidak hairanlah, bunga rose dengan mudahnya tumbuh dan berkembang kat taman ini.
Ini tempat yang menyeronokkan bagi saya. Dapat bergambar dengan pelajar sekolah rendah Australia. Lihat uniform mereka!! Uniform mereka nie semuanya t-shirt jer. Simple. Mereka nie sedang belajar tentang alam sekitar. Menurut guru mereka, ini adalah salah satu pelajaran yang utama dan mereka diajar di Botanic Garden ini. Lihat fail merah yang dipegang oleh adik depan saya, di dalamnya mengandungi soalan yang mereka perlu cari sendiri, jawapannya ada di taman ini.
Seterusnya, kami bergerak ke Eastern Beach pula. Ini merupakan sebuah pantai yang tertutup dilingkungi oleh jeti kecil. Ketika saya datang ke sini, sessi latihan menyelamat kelemasan sedang diadakan. Namun, kami tidak dibenarkan merakam gambar kanak-kanak yang sedang belajar cara nak menyelamatkan orang lemas. memang cantik tempat ini, pantai yang dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja.
Lebih kurang 1 km dari Eastern Beach, terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai Carousel. Bangunan yang agak unik terletak di tepi perlabuhan Geelong ini. Di dalamnya cuma ada satu benda sahaja. Permainan kuda kayu.
Kami di arahkan untuk mendapatkan bilangan kuda kayu yang terdpat dalam bangunan ini dan masa kuda ini bergerak pada hari Sabtu. Jawapannya, ada 40 kuda kayu dan dibuka dari pukul 10.30 am - 6.00 pm (April - Oktober) dan 10.30 am - 8.00 pm (November - Mac). Kenapa agaknya?
Ini adalah Cunningham Pier. Dahulu merupakan sebuah pelabuhan yang utama. semua kapal berlabuh diperlabuhan ini untuk berdagang. Sumber alam sekitar Geelong seperti emas, bulu biri-biri, balak dan lain lagi dipunggah ke kapal melalui perlabuhan ini. Hari ini, perlabuhan ini cuma menjadi tempat tarikan pelancong sahaja. Maka, terjawablah semua soalan yang disertakan bersama kami dalam Geelong navex ini. Sesungguhnya, Geelong sebuah bandar yang cantik dan tidak hairanlah iklan yang berbunyi Must sea!! di lihat di mana-mana di Geelong.

6 comments:

NBB said...

besar betul ye budak budak sekolah rendah dia. saya ingatkan budak sekolah menengah tadi.

jauh berjalan, luas pemandangan..

Amir Azmi said...

nurul bahiyah: Saiz 'orang putih' memang la besar. Tapi, saya rasa, orang Australia ini saiznya kecil sikit dari 'orang putih' yang berada di Eropah. Biasa saya lihat wanita Australia yang tingginya sekitar 5' 2" sahaja. Macam saiz asia.

bahtiar_csam said...

tempat-tempat ni macam tak ramai orang je... takde lah bersesak-sesak ye.

Amir Azmi said...

bahtiar_csam: Geelong nie kira macam bandar perlabuhan lama, tempat nie seluruhnya dah dijadikan tempat tarikan perancongan. Menarik tentang OZ nie ialah, hari kerja adalah hari melancong bagi orang tak bekerja. Pelajar sekolah, peserta kursus macam saya, orang tua dan kaum ibu. Sebenarnya ada banyak gambar orang tua dan kanak-kanak melancong tempat ini semalam (Rabu). Tapi, saya tak masukkan dalam blog ini. Nak tengok lelaki dan wanita muda santai tepi pantai, kena tunggu weekend.

AnakMalaya said...

waktu tempat carousel tu dibuka berbeza sebab, end of the year tu musim panas so siangnya panjang.. kalau kena puasa time summer, kering air badan nak tunggu buka kul 8 malam! on the other hand, tengah tahun musim sejuk so matahari cepat turun.. tak leh le nak bukak park tu sampai melangut malam.. i guess that's the reason kot..

Amir Azmi said...

anakmalaya: ya.. betul. :)