Wednesday, March 15, 2006

Long Weekend: Sydney

Apa yang anda rasa duduk dalam bas selama 12 jam untuk perjalanan sejauh 800km? Sekarang ia sudah menjadi sebahagian dari pengalaman saya. Bergerak dari Melbourne jam 2030 sehingga tiba ke Sydney jam 1000. Sangat meletihkan, namun ia berbaloi sebagai pengalaman yang tiada nilainya. Sesampai sahaja di Sydney, hostel Bacpacker ( kat Australia ada banyak hostel backpacker yang menawarkan kemudahan kepada pelancong yang bergerak ke mana-mana guna beg sandang) yang kami cari sudah penuh. Terus mencari, tetap penuh dan akhirnya terjumpa sebuah hostel backpaker yang menawarkan AUSD 20.00 untuk seorang bagi dorm 10 orang.
Di sebelah hostel d lux ada terdapat sebuah kedai kebab. Five Star Kebab yang menyediakan makanan halal. Alhamdulillah. Dan terdapat dua lagi kedai makan India yang dikendalikan oleh orang Bangladesh yang beragama Islam di sekitar King Cross Street ini. So, tak de masalah nak cari makanan halal di Sydney. Pekerja kebab yang berada di sebalah kiri saya itu mempunyai bapa yang kini menjadi pensyarah perubatan dan pergigian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berbangsa Iraq dan mempunyai sarjana dalam perniagaan. Dia lebih enjoy menjadi peniaga kebab di King Cross Street ini. Kedai kebab beliau menggunakan daging dan minyak yang di import dari Malaysia (siap bawa keluar dari dapur nak tunjuk bukti) dan buka 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Pemandangan dari atas bumbung hostel. Dari jauh dah nampak Opera House. Rasa tak sabar nak sampai ke bangunan yang menjadi simbol Australia. Dulu, semasa ia mula di bina. Semua orang kata, itulah bangunan paling 'hodoh' pernah dicipta. Tapi kini, ia menjadi kebanggaan rakyat Australia.
Salah satu taman di tengah Bandaraya Sydney, Hyde Park. Di taman ini juga terdapat makan Pahlawan ANZAC. Semacam tugu peringatan tentera Australia dan New Zealand sepanjang perkhidmatan sejak peperangan dunia pertama lagi.
Queen Victoria Building, bangunan lama yang telah diubah menjadi pusat perniagaan di tengah-tengah bandar Sydney. Tak banyak yang menarik di sini kerana barang-barangnya agak mahal. Cuma bangunan ini sangat besar dan mengekalkan reka bentuk lama yang unik. Nak beli barang yang betul-betul murah, malah lebih murah dari Melbourne, datang ke Paddy Market. Beli sedikit ole-ole untuk baby tersayang. :)
Permandangan yang sungguh hebat. Darling Habour adalah sebuah perlabuhan lama yang telah di ubah menjadi tarikan perlancongan. Di sini juga terdapat Muzium Maritim dan Akuarium Sydney. Pasal masa cuti yang singkat, cuma boleh tengok dari jauh jer.
Hhmm... Bondi Beach. Tempat menarik, orang menarik. Kalau dah jadi suatu kebiasaan, orang tak kan kata apa-apa. Tapi bagi kita yang berasal dari negara yang lebih bersopan, Orang putih nie memang luar biasa!!
Harbour Bridge yang terkenal. Jambatan yang menghubungkan Sydney Central Business District (CBD) dengan North Shore Commercial. Jambtan ini dibuka dengan rasminya pada tahun 1932. Jambatan ini juga dikenali sebagai the Coathanger kerana reka bentuknya. Kita boleh panjat tiang jambatan sehingga ke puncak jambtan itu, tapi kena bayar AUSD 200.00 dulu. Terlalu mahal bagi penuntut seperti kami.
Siapa yang tidak kenal dengan Sydney Opera House? Inilah pusat kebudayaan yang terkenal di New South Wales. Terletak bersebelahan dengan Harbour Bridge dan menjadi tarikan pelancong yang utama. Ia siap dibina pada tahun 1973. Pengalaman yang sungguh bermakna. Alhamdulillah. Mudah-mudahn dapat datang lagi ke Sydney dengan keluarga tersayang. Ameen.

9 comments:

sherrina said...

rindunya pada Australia...

szakif said...

bila la saye pulak nak pergi terbang ke oversea ni... hm...

BooK said...

kau kat melben
bnyk le makanan halal
kat cni limited sket lo

Amir Azmi said...

sherrina: Bila awak datang Australia?

szakif: mudah-mudahan Allah permudahkan urusan awak. Ameen

bukhariramli: Masak sendiri la bang. Lagi sedap :p

Izhal said...

makan kebab tu sedap tuuu...

Amir Azmi said...

kebab kat sini semuanya besar-besar. Kena potong dua. Makan dua kali baru habis! Sememangnya sedap.

AnakMalaya said...

saya pernah rasa gak naik bas 12 jam tu. fuhhh!! penat gila..

sherrina said...

amir,
lama dah..kira2 10 tahun yg lalu. masa darjah 5. ayah saya training air force disana, di Canberra. sempat skolah di sana selama 6 bulan. 6 bulan yg pendek tp mengubah langsung cara pemikiran saya. pengalaman yg cukup2 berharga :)

Amir Azmi said...

Occay, pengalaman yang sangat berguna untuk seorang anak tentera. Saya pun kalau ada peluang nak bawa juga anak saya ke Autralia. Tapi apakan daya, kursus saya nie di kategori sebagai kursus yang tak boleh bawa keluarga. Tak sabar nak tunggu sampai 1 Julai, kursus tamat! :)