Saturday, March 18, 2006

Negara-Negara yang Terjajah

Sukan Komenwel buat semua orang Malaysia di sini sibuk bercerita tentang sukan. Walaupun Malaysia negara kecil dalam Komenwel, keberadaan Malaysia dalam senarai nagara-negara Komenwel menjadikan kami sedikit popular di Australia ini. Seangakatan dengan Australia!

Sesungguhnya, jajahan British ini ada kelainannya sedikit berbanding tanah-tanah jajahan Perancis, Belanda dan Sepanyol di rantau Asia. Perbandingan dari segi pembangunan, kemajuan, budaya dan penggunaan Bahasa Inggeris yang sangat meluas di tanah jajahan British.

Dalam banyak-banyak tanah jajahan Eropah di Asia Tenggara ini, Indonesia yang paling terkesan. Ini kerana mereka rumpun paling hampir dengan orang Melayu di Malaysia. Malangnya, mereka di jajah oleh orang Belanda yang langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka melainkan 'merampok' sebanyak-banyaknya harta orang-orang Indonesia.

Kerap kali saya mendengar rungutan rakan-rakan dari Indonesia mengenai kebencian yang amat sangat terhadap Belanda. "350 tahun menjajah Indonesia, jadi bodoh semuanya", antara rungutan yang biasa saya dengar. Tidak hairanlah Indonesia memerdekakan bangsanya dari penjajah dengan 'tinta darah'.

Kadang kala mereka memuji betapa British berusaha membangunkan tanah jajahannya seperti mana yang mereka lihat di Malaysia dan Australia.

Barangkali orang British lebih cerdik dari orang Belanda. British memerangi kita dengan menggunakan kebijaksanaan akal tapi Belanda menggunakan kederat!

Indonesia sudah medeka sejak lama dahulu tapi di Malaysia, ada sisa-sisa jajahan yang sukar dikikis!

6 comments:

Unknown said...

sedar atau tidak, kita masih lagi dijajah secara tidak langsung dan secara senyap dengan budaya hidup penjajah yang sememangnya menyimpang. tidak dinafikan bukan semua budaya mereka tidak elok, tapi yang tidak elok itulah yang menjadi ikutan. budaya yang elok dan seharusnya menjadi ikutan tidak diambil teladan. as my lecturer, Dr. Ahmed Ibrahim Shogar (from Sudan) teaching me Islam, Knowledge and Civilisation said "I saw Islam in the West, but no Muslim. Here, I saw West among Muslim" (au kama qol)

Anonymous said...

lawatan rasmi ni...
itu yang buatkan rakyat mereka matang. Kesian dengan malaysians. jadi pak turut!

Anonymous said...

kita dijajah british
tapi terikut ikut amerika
hmmm?

blackpurple @ jowopinter said...

secara zahirnya kita memang dah merdeka dari diaorang.... tapi penjajahan minda ada lagi, neokolonialisma....???????

Pnut said...

kalau tengok kan anak muda kita yang peranagi macam setan, rasanya penjajahan minda skrng lebih teruk dari dijajah british dulu....
seram membayangkan masa depan anak-anak kita nanti..

Unknown said...

szakif: kita yang sedar nie kena ubah diri kita agar menjadi model kepada orang lain tentang sikap sebenar seorang muslim. Semoga Allah permudahkan segala usaha kita, ameen.

gitartong: Kena usaha jadi tuan pada tanah air sendiri!

ron97: Filem amerika banyak sangat!

blackpurple: Minda yang merdeka!

pnut: usaha dan doa banyak-banyak, semoga berjaya :)