Pada mulanya tak de niat nak pergi tapi selepas memikirkan yang Mej. Khairudin ingin menunjukkan sebuah restoren Melayu baru di Melbourne, saya pergi juga. Pergi makan sambil melihat Pembukaan Sukan Komanwel di Faderation Square. Nak masuk stadium tak mampu, cuma tinggal tiket AUSD 400 sahaja!!. Cuma menonton aksi pemukaan di skrin TV besar sahaja di Faderation Square ini.
Bangga sangat-sangat bila MC menyebut pasukan Malaysia masuk ke Stadium. Saya boleh lihat ramai orang Malaysia berdiri sambil mengibarkan bendera Malaysia.
6 comments:
faderation square ni kat mana?
Dari Flinder St. Station, seberang jalan raya jer. Betul-betul kat depan Flinder St. Station. Ada satu bangunan Information center kat Faderation Square nie!
dengar kata kita menang 1 gold dan 1 gangsa betul ke?
Setakat ini itulah, emas dari angkat berat Zarina Zakaria, yang gangsa tu saya tak pasti. Australia nie kurang buat liputan kat sukan yang diorang tak favorite!
ceh... ade ke patut menganaktirikan sukan yang diorang tak minat. liputan tak meluas la camtu... hm...
Ada liputan tapi sikit sangat. Biasalah, main kat gelangang orang!
Post a Comment