Saturday, March 04, 2006

Minyak dan basikal

Sekarang nie heboh kat Malaysia tentang kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen. Semua orang dah hangin pasal kenaikan harga minyak yang akan menaikan kos pengangkutan, sekaligus akan menaikkan harga barang. Dengar kata, Pembangkang Malaysia pun nak buat piket secara aman. Semua orang betul-betul marah!
Saya terbaca Utusan Malaysia di ruangan Forum mengenai cadangan seorang penuntut Malaysia di Bristol, UK. Beliau mencadangkan agar rakyat Malaysia menggunakan basikal untuk ke pejabat. Halangan yang mungkin, panas dan hujan. Ini boleh di atasi dengan pihak majikan menyediakan tempat meletak basikal dan bilik mandi untuk menyegarkan penunggang basikal.
Harga minyak di Australia jauh lebih mahal dari Malaysia. Salah satu sebabnya adalah, Australia bukanlah sebuah negara pengeluar minyak dunia. Mereka terpaksa mengimpot dari luar negara. Namun, kerajaan mereka mengambil langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Di Melbourne, Taman dalam bandar, mempunyai sistem pengangkutan yang terbaik di dunia. Cuma beli satu tiket sahaja (berdasarkan zon), anda boleh pergi ke mana sahaja anda suka di negeri Victoria ini menggunakan train, trem dan bas. Semuanya menggunakan tiket yang sama.
Satu lagi ialah sikap rakyatnya, mereka tak kisah menggunakan basikal. Biasa kita lihat orang yang memakai kemeja bertali leher menaiki basikal. Di dalam kem juga biasa kita lihat pegawai atasan menggunakan basikal untuk ke pejabat mereka. Mungkin orang akan kata Australia nie negara sejuk, tapi ketahuilah anda bahawa Australia ini negara 4 musim dalam satu hari. Macam hari ini, suhunya mencapai 33 darjah celcius dan kadang kala mencapai 42 darjah celcius dalam musim panas!!
Semalam, buat pertama kali saya dah tak perlu berjalan lagi ke mess (dewan makan pegawai tentera). Saya sudah ada basikal yang saya beli dengan harga AUSD 30.00. Basikal budak-budak jer. Saya beli dari pegawai senior yang dah habis kursus Austfamilnya. Saya dapat jimat masa dari 10 minit ke 3 minit untuk ker mess. Dan, pagi tadi dapat pergi Laverton Market (kira-kira 5 km). Kira macam pasar lambak kat Malaysia. Jauh berjalan, luaskan pandangan, sihatkan tubuh badan dan yang penting, jimat masa dan duit!

6 comments:

Angah said...

masa weather panas tahap dewa, we used to just take a train ride. dlm train ada aircond maaa.. dari hujung ke hujung.. sampai pakenham pun ok. bawak le buku ke paper ke utk dibaca. tak pun, hang out dlm shopping mall.

saya dulu rakyat monash clayton. so antara shopping centre terdekat was chadstone. ada lagi ke eh?

Unknown said...

anakmalaya: Awak dulu rakyat Australia ke?

tak pasti la, saya pun tak habis jalan lagi.monash clayton tu kat mana? cari dalam peta tak jumpa pun??

Angah said...

kehkehkeh.. anakmalaya forever and ever le..

saya study kat uni monash, clayton campus. kat zone 2 kalau naik tren, a stop after oakleigh. kalau nak jimat duit train from the city, turun kat oakleigh and then take a bus from there to clayton. it's off princes highway or dandenong road.. nampak dah? :-)

your entry on satu tekad tu.. it says bebudak monash clayton.. so, diorang tu junior2 saya le..

Unknown said...

Occay dah jumpa, station yang akhir sekali Pakenham. Hmm.. saya kat sini pun kalau nak jimat kena jalan sikit pergi ke station Laverton untuk guna tket zon satu. Kalau naik station aircraft (depan kem nie), kena beli tiket zon 1 + 2.

Tapi kalau balik saja lajak sampai station aircraft!!

Anonymous said...

aku pi kerja naik basikal dari bulan 1 lagi.

hmm..
jangan lupa kunci, nanti org ambik pi jual besi pakai timbang kati
hahaha

Unknown said...

ron97: Sure dah banyak duit nie!! :)