Sunday, March 05, 2006

Menonton orang miskin

Pemandangan yang tidak ada di negara kita biasanya itulah yang dicari-cari bila ada diperantauan ini. Adakalanya pemandangan yang kita ingin lihat itu adalah pantang larang bagi budaya kita malah lebih lagi bagi agama kita.
Pagi tadi cadang hendak pergi ker St. Kilda menonton orang miskin bersama rakan-rakan dari Indonesia, tapi ada lawatan tambahan untuk melihat orang yang lebih miskin lagi!! Hmm... memang mulanya saya tidak berniat nak pergi tetapi setelah diajak, niatkan di hati inilah kali pertama dan kali terakhir. Arrgghh... dapat dosa kering aku hari ini!!
Di Melbourne ini memang tak banyak Adult Shop, tapi itulah yang menjadi tumpuan. Bila saya fikirkan balik kenapa manusia memuaskan deria penglihatan dan pendengaran semata-mata untuk merembeskan hormon yang membuat diri kita tidak tenteram. Dan, manusia lain memanupulasi manusia lain untuk mendatangkan pendapatan yang berganda. Manusia dan nafsu!!


Selepas makan di Restoren Nasi Padang pergi ke St. Kilda. Pantai yang cantik dan cuaca yang sangat nyaman. Pemandangan kat situ bukan pemandangan di tanah air saya. Sekali lagi bonus kepada dosa kering saya. Sayang, negara yang cantik ini dipunyai oleh orang yang tidak mempercayai Tuhan yang satu.

7 comments:

Izhal said...

Iyeah betul tu... bila dah legal dari segi undang2 dunia, undang2 agama mudah kita nak lupakan... tapi beli apa2 tak dari kedai adult tu??? hehehe...

rasanya orang2 aussie ni percaya ke tuhan yang satu tapi cara hidup depa dah terpesong... orang2 cina, india dan jepun memang tak percaya pada tuhan yang satu...

okay General, take care

Angah said...

confession: been there!

bukan apa, curious punya pasal. masuk dgn best friend saya, budak lelaki. sebab dia tau saya curious sangat, dia pun bawak saya masuk. dan itulah yang pertama dan terakhir. tak ingin do den buek laie..

btw, tak drop by ke malaysia hall ke bila dah sampai st kilda tu? ntah ada le ke tidak ke malaysia hall tu..

Unknown said...

izhal: Pertamanya, tidak ada keperluan nak beli alat-alat bantuan tu dan keduanya harganya memangla la mahal. Even, DVDnya pun yang paling murah adalah AUSD 17.00. Banyak tu, kalau beli membazir jer, boleh makan nasi kat Restoren Nasi Padang kat dua kali !!!

anakmalaya: Lepas nie memang tak masuk lagi dah!! Saya tak tahu pun yang Malaysia Hall ada kat St. Kilda! Hmm... saya ada seorang bekas pelajar saya yang belajar di Universiti Melbourne. InsyaAllah lepas nie nak lawat dia dan pergi ke Malaysia Hall sekali.

Angah said...

it's in high st, off st kila rd. the suburb is prahran (pronounce: pran). tapi kalau dah ada kat st kilda rd tu, kalau naik tram, boleh stop dekat dengan junction high st tu then walk up to the hall. tak ingat nama building yg jadi landmark dia le.. there's nothing much at the hall. it's not like malaysia hall london tu. yg ada cuma students je tinggal kat sana.

Anonymous said...

cikgu!! wah wah wah!!
byk jalan2 nampak?
dah sampai st kilda, tapi tak smp2 Msia Hall lagi.
senang2, drop by la kat Msia Hall.
my number 0401343912 (optus prepaid)
pegi tgk Games tak nanti?

Anonymous said...

kat malaysia pun byk.
pergi saja langkawi atau mana mana pantai.
termasuklah pandai dalam.
byk org miskin skrg,

Unknown said...

anakmalaya: Occay, saya dah dapat comunicate dengan bekas pejar saya. InsyaAllah lepas nie sampai la saya ke Malaysia Hall. Mungkin tidak pada minggu ini, pasal minggu ini saya ada field trip ke Geelong dan weekend di Sydney.

abdila: InsyaAllah lepas nie kita jumpa, Abdila. Aini Nadiah kirim salam kat awak.

ron97: Ini semua budaya dari 'buaya putih' la. mungkin bagi mereka itu satu kebiasaan tapi tidak bagi budaya mereka. Culture Shoock!!