Pada awal Ramadhan yang lalu di Hague, Belanda, seorang wanita berusia 26 tahun telah memeluk Islam. Beliau menyatakan keislamannya di dalam sebuah rancangan radio yang di kendalikan oleh Radio Nio. Beliau memeluk Islam di atas dorongan perasaan ingin tahu di dalam dirinya tentang Islam setelah berlakunya serangan terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001.
"Saya lebih suka membaca untuk mendapatkan gambaran sebenar berbanding mendengar apa yang dicanangkan oleh media. Rakan-rakan Islam saya menjadikan tugas itu lebih mudah dan memberikan buku tulisan ulama terkemuka untuk dibaca", kata Meranda Houtenbos dalam temuramah beliau dengan Radio Nio secara spontan.
Temuramah itu telah ke udara pada 4 September yang lalu oleh Radio Nio yang merupakan sebuah stesen radio di Belanda yang berasaskan kepada konsep penerangan erti Islam yang sebenar di kalangan orang Belanda.
Apa sebenarnya yang kita boleh belajar dari Meranda Houtenbos?
Bagi saya, Meranda Houtenbos mempunyai budaya ilmu yang telah memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Perasaan ingin tahu dalam diri Meranda Houtenbos tidak sekali-kali di pengaruhi oleh media yang turut sama menyampaikan maklumat tentang Islam dari kacamata barat. Beliau mencari inisitaif tersendiri untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang sebenar tentang Islam dari sumber yang benar.
Ada keseimbangan di antara rasional dan emosional dalam diri Meranda Houtenbos terhadap Islam setelah melihat apa yang berlaku pada 11 September 2001. Mencari maklumat, membaca dan menganalisa tentang Islam untuk mengisi semua persoalan di dalam mindanya.
Dan yang pasti, Allah telah membukakan hatinya untuk menerima hidayah Islam. Pastinya, Meranda Houtenbos seorang muslim yang berilmu lagi tulen.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat Meranda Houtenbos :)
2 comments:
Barangkali ada benarnya, jika kita nak tengok model negara Islam ada di barat!
Orang barat lebih bersungguh-sungguh dalam menguasai ilmu dan sentiasa berusaha mencari jawapan tentang 'kehidupan'.
Dan Islam adalah jawapan tentang kehidupan untuk semua jenis manusia. Manusia yang berfikir!
kesungguhan mencari ilmu yg dipraktikkan di barat tak menjadikan ia sebagai model negara islam. ya, unsur positif itu mmg diperlihatkan ulama dan ilmuwan islam pada zaman kegemilangan islam tapi ia hanya sebahagian yg melengkapkan masyarakat madani. model negara islam adalah jauh lebih besar lagi yg mencakupi pelbagai aspek terutamanya negara itu sndiri perlu tunduk kepada Allah.
Post a Comment