Friday, October 21, 2005

Buffet Ramadhan ala Kashmir

Earthquake survivors prepare to have their 'Iftar' or breaking
fast food for Muslims during their holy fasting
month of Ramadan in Muzaffarabad.(AFP/Arif Ali)

Minggu lepas, ada mesyuarat di UTM, KL. Bincang pasal Program Diploma Teknologi Marin dengan pensyarah UTM. Malam, kami menginap di Hotel Grand Season, KL. Alhamdulillah, bukan sahaja dapat menginap secara percuma, malah sahur dan berbuka pun percuma. Terima kasih UTM.

Bila mula menjejak kaki ke ruang lif, terpanpang besar iklan 'Buffet Berbuka Puasa' di Grand Season. Orang dewasa RM 52.00++ dan kanak-kanak RM 26.00++. Hari ini dalam sejarah Ramadhan la, buka puasa bernilai RM 52.00++! percuma!!

Malam tu berbuka puasa la para musafir dari Lumut dengan sepuas-puasnya. Hidangan utama adalah kambing bakar. Ada ikan siakap tiga rasa, soup daging, rendang ayam dan macam-macam lagi. Di akhir sekali makan puding jagung + buah naga + ais krim. Semuanya mengambil masa sehingga jam 9.00 malam. Makan dengan rakan-rakan yang semuanya selera tinggi memanglah menyeronokkan :).

Hari ini negeri Perak cuti, sempena Nuzul Quran. Lepas sembahyang Jumaat, layan internet. Dok layan Yahoo Photo, terjumpalah beberapa gambar mangsa gempa bumi di Kashmir berbuka puasa. Berbuka puasa dalam keadaan yang sangat daif. Menurut UNICEF, dijangkakan 10,000 lagi kanak-kanak akan mati akibat dari kesejukan, kelaparan dan penyakit. Mereka menyambut Ramadhan dalam keadaan yang penuh kedaifan.

Terkenang kembali buffet di Grand Season, betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada orang Malaysia. Berpuasa lebih kurang 12++ jam sehari dan belanja RM 100.00++ semata-mata untuk melayan anak tekak yang kekeringan dan ruang tembolok yang kosong.

Di Kashmir, mereka berbuka dengan linangan air mata. Bukan kerana sikit dan murahnya rezeki mereka, tetapi kerana kehilangan nyawa orang yang tersayang. Ramadhan kali ini benar-benar menguji keimanan dan ketakwaan mereka. Mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian dari Allah yang Maha mengetahui.

Di Malaysia, Kita diuji dengan nikmat yang melimpah ruah. Keceriaan yang bertambah-tambah dan berboros untuk kepuasan menikmati hidangan yang termahal di antara yang lain.

Terididikah jiwa dan tubuh kita dengan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini?

5 comments:

sherrina said...

dugaan yang berbeza utk keadaan yang berbeza. sejauh mana dapat kita menempuhnya?

applephye said...

..salam ramadhan..

[applephye]

Anonymous said...

Lagi satu yang difikirkan bila tengok photo ini, mungkin jugak diantara mangsa2 itu yang berasa syukur, dapat berbuka puasa dengan sepiring nasi sedangkan malam sebelumnya, mungkin hanya sekeping roti?

ada sebahagian dari kita yang masih belum sedar, bersyukur atas apa yang kita ada.

-rafthah-

Bunda Shafiya said...

Sedih...:-(

Alangkah nikmatnya kalau kita dapat berbagi...

Bloghop dari blog Sera HOneybiru..

SAlam kenal

BUnda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Amir Azmi said...

Sherrina: Bergantung kepada ketahanan iman dan ketakwaannya.

applephye: Salam...:)

Rafthah: Kita selalu lupa bila kita senang!!

Bunda Syafiya: Salam kenal. Bagaimana puasa di Indonesia?