Malam semalam, kali kedua AJK masjid buat pengumuman sebelum solat terawikh minta ibubapa yang bawa anak agar memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Ini berikutan kekecohan yang di lakukan oleh anak-anak ini boleh menganggu kehusyukkan dalam menghayati malam-malam terkahir Ramadhan.
Ada kata-kata bela dari ibubapa yang menyatakan bahawa masa inilah yang terbaik untuk mendidik anak-anak untuk mendekati masjid di bulan Ramadhan. Namun ada yang menyangkal, jika nak didik anak dekat hati dengan masjid lebih baik di hantar sahaja ke sekolah agama. Di sana mereka benar-benar didik mendekati masjid.
Ada benarnya, sedang elok melayan menghayati Surah Al-Alla, tiba-tiba jer.. boomm.. kadang-kadang, tangisan anak-anak yang tak henti-henti tambah tolak budak ketawa dan menjerit!!
Ironinya, tok iman tak henti-henti membaca doa dalam kesedihan semenjak dua menjak ini. Sedih kerana meninggalkan Ramadah Al-Mubarak, bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan. Mohon di panjangkan umur agar bertemu Ramadhan yang akan datang.
Mohon juga agar anak kecil yang belum mumaiyiz tadi berevolusi juga dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang mendatang agar turut sama nangis macam tok imam juga. Ameen.
No comments:
Post a Comment