Tidaklah saya kisah macam mana orang berniaga nak memasarkan produk mereka sehinggalah saya menonton rancangan Apprentice. Kagum dengan kehebatan kuasa 'pemasaran'. Sehinggakan produk yang tak begitu terkenal dapat dipasarkan dalam masa yang singkat. Terasa teruja ikut sama melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Apprentice 3 yang baru tamat telah memperkenalkan pakar pemasaran yang bernama Kendra. Salah satu episod yang paling saya minat adalah persaingan menjual t-shirt yang terhad dari artis yang terkenal dalam masa yang terhad. Kendra telah menggunakan medium e-mail dan telah menghantar kepada semua peminat artis tersebut dan dapat menjual t-shirt dalam masa yang singkat. Sebaliknya, pesaingnya hanya mementingkan mutu dan melupakan strategi pemasaran. Sejak itu saya sangat berminat melihat strategi pemasaran yang ada disekeliling saya.
Pagi tadi, masa daftar kehadiran di pejabat tadbir. Ada satu helaian jadual waktu solat untuk bulan Ramadhan bagi Manjung dan kawasan yang sewaktu dengannya. Menarik tentang jadual ini ialah, ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat sekolah memandu yang terletak di Komplek Pernama. Bertapa 'simple'nya jadual tu dan saya kira tidak mengeluarkan modal yang banyak tetapi memberi maklumat yang penting dan juga strategi pemasaran yang bagus. Bagi saya, Pak Yob menggunakan sedikit kebijaksanaan untuk keuntungan yang lebih baik!! Tres bien!

1 comment:
yea... memang strategi pemasaran tue penting... banyak diantara kita lupa tentang ini terutamanya bila nak pergi temuduga... masing2 mementingkan kualiti diri sampai lupa apa bersiap sedia menjual produk...
Post a Comment