Saturday, October 08, 2005

Kebijaksanaan Tun Perak

Semalam hari yang agak tragis kerana dapat tugasan 'last minutes'. Macam KFP cakap, "Tentera nie matlamatnya satu jer, mission accomplish!!". Nak tak nak pergi la juga ke Perpustakaan KTLD untuk melihat pemakaian pangkat kepada beberapa Pegawai Tentera Laut oleh Panglima Tentera Laut, Datuk Ilyas Din.

Majlis yang telah dilaksanakan adalah sangat ringkas kerana bulan puasa. Tiada jamuan yang di'belanja' oleh pegawai yang mendapat pertambahan rezeki tetapi yang menariknya, majlis pemakaian pangkat ini beserta dengan isteri. PTL pakaikan pangkat sebelah kanan, si isteri pakaikan pangkat sebelah kiri. Nampak majlis nie macam agak lucu, terutama bila si isteri 'menepuk' pangkat baru di bahu suami dan mencium pipi suami. Tapi bagi saya dan semua yang berkhidmat dalam ATM, ini adalah moral yang besar bagi anggota dan isteri.

PTL sendiri menyatakan betapa dia teringin juga dipakaikan pangkat oleh isterinya tetapi tidak yakin perkara itu akan berlaku.

Bila tengok upacara pemakaian pangkat bersama isteri tu, teringat saya pada pelajaran sejarah masa sekolah dulu tentang kebijaksanaan Tun Perak mempertahankan Melaka dari serangan Orang Siam.

Pada tahun 1445, sebuah Angkatan Tentera Siam yang diketuai oleh Awi Chakra telah mara sehingga ke Ulu Pahang untuk menawan Melaka. Satu-satunya Pemerintahan Kesultanan Melayu yang tidak di kuasai oleh Kerajaan Siam mahupun Kerajaan Majapahit. Sultan Melaka ketika itu, Sultan Muzaffar Shah telah mengarahkan Bendehara Tun Perak untuk mengetuai Angkatan Tentera Melaka untuk menghadapi serangan Angkatan Tentera Siam yang lebih kuat.

Di sinilah kebijaksanaan Tun Perak terserlah dengan menggunakan strategi yang tak pernah digunakan oleh angkatan perang lain (sepengetahuan saya) iaitu, membawa isteri sekali ke medan perang!. Nampaknya seperti menyusahkan dan gangguan dalam menggerakkan angkatan bersenjata di medan perang, tetapi itulah kebijaksanaan!.

Kesan dari membawa Isteri ke medan pertempuran telah menaikkan semangat dan moral Angkatan Tentera Melaka untuk berjuang habis-habisan di hadapan mata orang yang tersayang. Ditambah juga isteri sebagai barisan kedua yang memberi bantuan logistik kepada Angkatan Tentera Melaka. Akhirnya Kerajaan Melaka mendapat kemenangan dalam peperangan ini. Betapa pentingnya isteri dan orang yang tersayang bagi seorang anggota tentera.

Memang Tun Perak seorang yang bijaksana dan ianya diwarisi oleh pejuang tanahair hari ini!!

4 comments:

jed1 said...

Mission accomplished...biasanya aku dpt mission accomplished bila menang main game :D Selamat berpuasa

Unknown said...

Itu mission accomplished yang boleh pause. Ini misi yang real life punya, membujur lalu melintang patah :P

Anonymous said...

hai en amir...boleh saya dapat e-mail en utk saya cakap secara peribadi... atau encik boleh contact saya di lelasarie@yahoo.co.uk

Anonymous said...

Untuk pengetahuan, strategi membawa anak-bini ke medan perang ni sudah dipraktikkan di zaman jahiliyah di Semenanjung Arab - di zaman sebelum kedatangan Islam - untuk (1) menaikkan moral para pejuang (2) sevagai cabaran kepada para pejuang supaya berjuang berhabis-habisan kerana jika tewan anak-bini mereka akan menjadi tawanan perang (dari Ensiklopedia Sejarah dan Tamaddun Islam tulisan Prof Dr Ahmad Shallaby). - Ini yang setakat saya tahu.

Salam -RMN BBB