Hari ini tak banyak kelas kerana banyak masa diberi untuk persiapan MT AMES. Cuma ada dua kelas sahaja hari ini iaitu kelas mengajar menulis oleh John dan kelas ESP (English for Specific Purposes) oleh Trudi.
Dari pengalaman belajar bahasa Inggeris di Malaysia memang didapati, mengajar menulis adalah perkara yang mempunyai komitmen yang sangat besar. Bahan pengajarannya amat mudah disediakan tetapi memerlukan banyak masa untuk membetul dan memperbaiki hasil tulisan pelajar. Pada kelas hari ini John memperkenalkan 'process writing' dan 'output writing'. Ini adalah dua elemen penting dalam menyediakan pelajar untuk memulakan penulisan yang lebih baik dan kreatif.
Pengajaran terbahagi kepada dua dengan guru memperkenalkan contoh penulisan seperti membezakan antara penulisan surat dengan penulisan di email, surat rasmi dengan surat tak rasmi dalam 'process writing'. Kemudian pelajar di dedahkan cara untuk membalas email tersebut dengan menggunakan kaedah menyusun ayat. Di sini pelajar di dedahkan cara bagaimana susunan sebuah email balasan. Aktiviti ini diteruskan dengan 'output writing' yang memerlukan pelajar membalas email komplen kepada masalah yang dinyatakan di dalam soalan itu. Ini jauh berbza dengan kaedah pengajaran penulisan terdahulu yang banyak menuntut pelajar berfikir secara kritikal sendirian. Kelemahannya adalah, pelajar akan berhenti menulis kerana sikap malas untuk berfikir secara kritikal.
Konsep ESP yang selama ini saya pegang ternyata tidak begitu tepat. Sebenarnya, ESP adalah satu bentuk pengajaran bahasa Inggeris untuk membantu pelajar menguasai ilmu yang berkaitan dengan kemahiran mereka. Kemahiran itu mungkin sains, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Khusus kepada sekelompok pelajar sahaja. Guru yang mengajar ESP tidak semstinya mahir dalam bidang tersebut tetapi sangat mahir dalam penggunaan laras-laras bahasa yang berkaitan dengan bidang tertentu. Namun begitu, seorang yang hendak mengajar ESP perlulah mempunyai sedikit asas tentang kemahiran yang berkaitan agar pengajaran bahasa Inggeris itu selaras dengan bidang kemahiran tersebut.
Sebagai contoh, guru yang mengajar bahasa Inggeris untuk juruterbang tidak akan menyampaikan ilmu penerbangan tetapi sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan berkaitan pernerbangan dan sangat mahir tentang bahasa Inggeris yang digunakan berkaitan dengan penerbangan. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati ilmu yang ku terima dariNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment