Hari ni macam biasa selepas makan tengahari, pergi solat jumaat di baitul makmur. Sebuha rumah penduduk Islam tempatan di Laverton. Di sini memang tak dapat jemaah lebih dari 40 orang!. Selepas dari solat Jumaat, terus ke city untuk berjumpa dengan Jun untuk urusan sewa rumah. Percubaan untuk menginap di Malaysia Hall Melbourne tidak berjaya kerana Malaysia Hall Melbourne telah dikhususkan kepada penginapan pelajar sahaja.
Perjumpaan dengan Jun adalah jam 1600 tetapi saya tiba lebih awal untuk mencari supplement untuk pengarah. Saya masuk ke beberapa farmasi tetapi tak dapat supplement yang sama dengan brand yang pengarah minta. Tak pe, In Shaa Allah jumpa lepas nie.
Saya dan Jun berhubung dengan menggunakan sistem message Airbnb yang agak ketat! no phone yang saya hantar tidak boleh dibaca oleh Jun dan beliau cuma mengisyaratkan agar berjumpa di persimpangan antara Swanston St. dan La Trobe St.. Sememangnya saya tak hafal grid di Melbourne tapi selepas ini In Shaa Allah saya ingat keran pertembungan simpang itu adalah Australian National Library. hehe.. Selalu lalu tapi tak pernah ambil tahu nama jalan.
Saya datang 15 minit lebih awal dan bertemu Jun 10 minit kemudian. Beliau mengajak masuk ke dalam library kerana cuaca hari itu agak panas. Rupanya ada banyak ruang untuk berehat di dalam Library! hehe.. banyak kali lalu tapi tak pernah masuk :) Minggu kena buat daytrip khas explore library :)
Ada perkara baru yang saya belajar dari Jun. Dalam membuat urusan sewa menyewa atau apa jua perjanjian yang melibatkan aset, kedua pihak perlu memaklumkan perjanjian mereka kepada Badan Pengguna yang di selaraskan oleh Kerajaan. Kedua pihak perlu mengisi maklumat perjanjian secara online. Semua kandungan perjanjian seperti tarikh, aset, masa perjanjian, nilai aset dan sebagainya dinyatakan di dalam perjanjian itu. Di dalam perjanjian itu juga dinyatakan pematuhan akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan akbiat dari melanggar akta-akta tersebut. Sekiranya ada pihak yang terinaya, pihak satu lagi boleh membuat laporan dan merujuk kepada perjanjian yang telah dibuat. Kerajaan akan sedia membantu dan memastikan pihak yang terinaya akan mendapat keadilan.
Saya rasa ini satu bentuk tanggungjawab kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Tiada rakyat yang dengan mudah menipu rakyat yang lain dengan perjanjian yang rapuh. Ini memastikan pihak yang membuat perjanjian melaksanakan perjanjian mereka dengan penuh jujur dan integriti. Semua pihak secara tidak langsung merasakan keselamatan dan jaminan dalam membuat perjanjian.
Alhamdulillah, perjajnian dengan Jun selesai dan terus balik ke RAAF Williams untuk makan malam. Kena jimat duit! :)
No comments:
Post a Comment