Thursday, February 23, 2017

Hari ke 38 - Mengajar penuntut AMES

Pagi ini adalah MT yang ke 3. Mengajar menggunakan textbook tetapi mengajar penuntut dari AMES. Pelajaran hari ini adalah vocabulary dan juga listening, saya guru yang pertama.

Mereka datang sedikit lewat dan kelas bermula pada jam 0930H. 30 minit lewat, mungkin ada masalah kehadiran dan 19 orang penuntut hadir untuk latihan mengajar kami. Untuk kelas saya, ada 6 orang pelajar, 2 wanita dan 4 lelaki. Kelasa saya mengambil masa 50 minit dan melibat dua bahagian yang besar. Pada asasnya, perjalanan kelas berjalan dengan lancar dan level pelajar yang diperlukan untuk pengajaran juga menepati. Setelah selesai kelas pertama, pelajar berehat selama 15 sebelum mengikuti kelas yang kedua. 

Oleh kerana saya merupakan pelajar pertama, maka menjadi tanggungjawab untuk memastikan makanan tengahari disediakan sebelum kelas kedua habis. Alhamdulillah dengan bantuan coursemate yang terdiri dari 6 wanita dapat menyempurnakan makanan tengahari yang lazat.

Tuesday, February 21, 2017

Hari ke 36 - Menulis dan ESP

Hari ini tak banyak kelas kerana banyak masa diberi untuk persiapan MT AMES. Cuma ada dua kelas sahaja hari ini iaitu kelas mengajar menulis oleh John dan kelas ESP (English for Specific Purposes) oleh Trudi.

Dari pengalaman belajar bahasa Inggeris di Malaysia memang didapati, mengajar menulis adalah perkara yang mempunyai komitmen yang sangat besar. Bahan pengajarannya amat mudah disediakan tetapi memerlukan banyak masa untuk membetul dan memperbaiki hasil tulisan pelajar. Pada kelas hari ini John memperkenalkan 'process writing' dan 'output writing'. Ini adalah dua elemen penting dalam menyediakan pelajar untuk memulakan penulisan yang lebih baik dan kreatif. 

Pengajaran terbahagi kepada dua dengan guru memperkenalkan contoh penulisan seperti membezakan antara penulisan surat dengan penulisan di email, surat rasmi dengan surat tak rasmi dalam 'process writing'. Kemudian pelajar di dedahkan cara untuk membalas email tersebut dengan menggunakan kaedah menyusun ayat. Di sini pelajar di dedahkan cara bagaimana susunan sebuah email balasan. Aktiviti ini diteruskan dengan 'output writing' yang memerlukan pelajar membalas email komplen kepada masalah yang dinyatakan di dalam soalan itu. Ini jauh berbza dengan kaedah pengajaran penulisan terdahulu yang banyak menuntut pelajar berfikir secara kritikal sendirian. Kelemahannya adalah, pelajar akan berhenti menulis kerana sikap malas untuk berfikir secara kritikal.

Konsep ESP yang selama ini saya pegang ternyata tidak begitu tepat. Sebenarnya, ESP adalah satu bentuk pengajaran bahasa Inggeris untuk membantu pelajar menguasai ilmu yang berkaitan dengan kemahiran mereka. Kemahiran itu mungkin sains, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Khusus kepada sekelompok pelajar sahaja. Guru yang mengajar ESP tidak semstinya mahir dalam bidang tersebut tetapi sangat mahir dalam penggunaan laras-laras bahasa yang berkaitan dengan bidang tertentu. Namun begitu, seorang yang hendak mengajar ESP perlulah mempunyai sedikit asas tentang kemahiran yang berkaitan agar pengajaran bahasa Inggeris itu selaras dengan bidang kemahiran tersebut.

Sebagai contoh, guru yang mengajar bahasa Inggeris untuk juruterbang tidak akan menyampaikan ilmu penerbangan tetapi sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan berkaitan pernerbangan dan sangat mahir tentang bahasa Inggeris yang digunakan berkaitan dengan penerbangan. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati ilmu yang ku terima dariNya. Ameen.

Monday, February 20, 2017

Hari ke 35 - Jigsaw reading

Alhamdulillah, pembentangan lesson plan kepada Fiona mendapat feedback yang sangat baik. Sedikit penambahan dalam vocab untuk menjadikan lesan plan menjadi lebih baik.

Pelajaran Trudi hari ini memang sangat menarik berkaitan dengan 'Jigsaw reading'. Terdapat tiga peringkat di dalam 'Jigsaw reading'. Bermula dengan menerangkan konsep bendera sebuah negara, diikuti dengan membaca untuk mendapatkan maklumat bagi sebuah negara dan akhir sekali melukis sebuah bendera dari maklumat yang diperolehi dari pelajar yang berbeza. manarik untuk aktiviti membaca.

Share sedikit dengan kawan-kawan tentang yang ilmu John sampaikan tentang pronunciation. Asas menyebut bynyi "A" atau "a". Bunyinya lebih panjang dang stress tinggi "Aai"!. Jadi kalau kita sebut "Jake", bunyinya lebih kepada "Jai-ke", "Taike", "Faike" dan lain-lain lagi :) 

Cuaca hari ini cuma 16 darjah celcius tetapi angin yang kuat membuatkan kelas menjadi sangt sejuk dan kelas mengajar reading yang hanya berpandukan video membuat aku rasa sangat mengantuk.

Sunday, February 19, 2017

Hari ke 34 - Sambal bilis

Hari ini meman rehat sungguh pasal semalam dah jalan-jalan Melbourne. Suhu pagi ini memang sejuk dan pagi tadi tanpa check suhu terus pergi ke mess untuk sarapan. Suhu pagi tadi 2 darjah celcius! patut la jalan peluk tubuh.

Balik dari sarapan cuma duduk di bilik untuk siapkan MT3. Esok nak tunjuk 'lesson plan' pada Fiona. Selas siap dalam 70% pergi ke "Comman Room' untuk update 'Apple apps' jumpa dengan sahabat sekursus memasak dan selepas tu Mej Eliyana juga datang untuk memasak. Dia masak sambal bilis! mmg terbaik. Guna minyak jagung dan sambal dibeli segera yang di import dari Malaysia. Baunya memang menarik! :) Alhamdulillah, makan malam ini dapat rasa makan nasi dengan sambal bilis :)

Dalam menyelesaikan MT, terjumpa pakej ke 'Great Ocean Road' yang berpatutan!. Macam rasa nak pergi jer hujung minggu ini :) dan juga pakej panjat dinding di Swanston St yang ku lihat semalam. Semoga Allah kurniakan rezeki untuk lihat kehebatan ciptaannya. Ameen.

Saturday, February 18, 2017

Hari ke 33 - Lilltle Ipoh

Rasanya memang State Library of Victoria memang tempat yang paling best nak lepak di Melbourne. Tempat yang selesa untuk ulangkaji diwaktu pagi dan jalan-jalan sekitar Melbourne pada waktu petang. Pagi ini keluar awal selepas sarapan dan terus ke Melbourne. Sampai di perpustakaan 10 minit awal kerana perpustakaan buka pada pukul 10.00 pagi. Memang sangat mengkagumkan, walaupun pagi sabtu orang ramai sudah berkumpul di hadapan perpustakaan untuk masuk. Sememang budaya menimba ilmu mereka sangat tinggi dengan perpustakaan yang sangat mesra dengan pengguna.

Siapkan sikit draf untuk MT, research paper dan authentic material. Selesai ulangkaji, terus cuba cari Norsiah's Kitchen :) berdasarkan alamat di Swanston St. jalan terus ke hadapan dalam hujan renyai. Sampai jer terus order makan. Lebih murah dari restoran yang menyediakan makanan asia yang lain. AUD 8.00 untuk makan nasi dengan 3 lauk. Dua pemuda menjaga kedai tersebut, sorang sedang belajar manakala sorang lagi dah habis. Selesai makan, terus ke Jeffcot St. untuk solat zuhur. 

Lepas Zuhur, plan nak masuk library balik tetapi teringat satu tempat yang popular tapi belum pernah lawat. Hosier lane Street Art!. Terus ke sana menggunakan train kerana nak cepat. Sampai di sana terus snap sebanyaknya. Sememangnya OZ nie berfikiran terbuka. Walaupun banyak orang berpendapat grafiti ini sesuatu yang memburukkan pandangan, OZ menjadikan ia sebagai suatu seni dan menjadi tarikan pelancongan di Melbourne ini.

Selelsai dari Hosier, terus untuk solat asar. Selesai solat asar terus ke Little Ipoh bersama Mej Ridwan dan Mej Ridzuan. Alhamdulillah, dapat makan Nasi Briyani Johor. Pemilik kedai makan Malaysia ini memang dari Malaysia dan pekerjanya juga adalah pelajar2 dari Malaysia. Sudah berniaga 3 tahun di Australia.

Selesai makan, kami bergerak balik ke Flinder St. Station. Semua jalan telah ditutup dan tiada lagi perkhidmatan train. Kami berjalan dalam sejuk dan orang ramai mula memenuhi jalan raya. Sempat mengambil beberapa gambar dan video. Sampai di DITC dalam jam 2030. Alhamdulillah :)

Tuesday, February 07, 2017

Hari ke 22 - Persembahan


Hari ini adalah hari persembahan pengajaran yang pertama. Persembahan pengajaran ringkas selama 15 minit bersama Mejar Ann dari Thailand. Persembahan berkaitan iklan.

Bermula dengan bertanya tentang perbezaan menonton filem di stesen TV berbayar dengan  stesen TV tidak berbayar untuk menarik pelajar kepada tajuk pembelajaran. Diikuti dengan tayangan video berkaitan shampoo. Dari video ini, kami meminta pendapat tentang appropriateness, deliver the massage dan improvement. Pelajar memberi pendapat masing2 berkenaan video tersebut.

Mejar Ann menyambung aktiviti pengajaran dengan membuat dua kumpulan besar dan memberi setiap kumpulan seketul coklat bar dan meminta setiap kumpulan membuat persembahan untuk memperkenalkan coklat tersebut. setelah memberi masa dalam 3 minit, setiap kumpulan membuat persembahan. Kedua-dua kumpulan memberi persembahan dengan baik.

Ulasan: Persembahan saya masih kaku dan pelajar tidak begitu menangkap apa yang saya cuba sampaikan. Namun, setelah huraian yang agak panjang mereka dapat juga menagkap idea yang nak disampaikan :) Pada bahagian Mejar Ann, saya rasa mereka salah faham tentang task yang diberi kepada mereka. Namun, salah faham itu membawa kepada persembahan yang lebih menarik :) Alhamdulilah, semoga Allah permudahkan kami dalam segala urusan, Ameen.

Saturday, February 04, 2017

Hari ke 20 - Pagi yang sejuk

Hujung minggu ini memang tak bercadang nak ke mana-mana. Rasanya nak siapkan beberapa tugasan berkaitan authentic materials. Azam! :)

Cuaca yang sangat molek hari ini menyebabkan saya mengambil inisiatif untuk lari keliling base buat pertama kali pada waktu pagi. Pada hujung minggu, mess buka pada 0800H. Jadi memang tiada halangan untuk berlari pada waktu pagi :) Lari pada waktu pagi memang bukan kebiasaan di negara kita, suhu dianggarkan 13-15 darjah celsius. Rasa nak beku tangan tapi bila badan dah nak panas baru rasa ok. Perancangan untuk lari 10 km tidak tercapai kerana sakit perut!. Cuma lagi 3 km nak cukupkan larian!.

Rupanya sejuk tak sampai ke petang. Dari tengahari sampai ke petang suhu mencapai sehingga 37 darjah celcius. Panas dan kering yang menyebabkan perancangan asal tengendala dan buat benda lain! layan internet :)

Friday, February 03, 2017

Hari ke 19 - Sewa Apartment

Hari ni macam biasa selepas makan tengahari, pergi solat jumaat di baitul makmur. Sebuha rumah penduduk Islam tempatan di Laverton. Di sini memang tak dapat jemaah lebih dari 40 orang!. Selepas dari solat Jumaat, terus ke city untuk berjumpa dengan Jun untuk urusan sewa rumah. Percubaan untuk menginap di Malaysia Hall Melbourne tidak berjaya kerana Malaysia Hall Melbourne telah dikhususkan kepada penginapan pelajar sahaja.

Perjumpaan dengan Jun adalah jam 1600 tetapi saya tiba lebih awal untuk mencari supplement untuk pengarah. Saya masuk ke beberapa farmasi tetapi tak dapat supplement yang sama dengan brand yang pengarah minta. Tak pe, In Shaa Allah jumpa lepas nie. 

Saya dan Jun berhubung dengan menggunakan sistem message Airbnb yang agak ketat! no phone yang saya hantar tidak boleh dibaca oleh Jun dan beliau cuma mengisyaratkan agar berjumpa di persimpangan antara Swanston St. dan La Trobe St.. Sememangnya saya tak hafal grid di Melbourne tapi selepas ini In Shaa Allah saya ingat keran pertembungan simpang itu adalah Australian National Library. hehe.. Selalu lalu tapi tak pernah ambil tahu nama jalan.

Saya datang 15 minit lebih awal dan bertemu Jun 10 minit kemudian. Beliau mengajak masuk ke dalam library kerana cuaca hari itu agak panas. Rupanya ada banyak ruang untuk berehat di dalam Library! hehe.. banyak kali lalu tapi tak pernah masuk :) Minggu kena buat daytrip khas explore library :)

Ada perkara baru yang saya belajar dari Jun. Dalam membuat urusan sewa menyewa atau apa jua perjanjian yang melibatkan aset, kedua pihak perlu memaklumkan perjanjian mereka kepada Badan Pengguna yang di selaraskan oleh Kerajaan. Kedua pihak perlu mengisi maklumat perjanjian secara online. Semua kandungan perjanjian seperti tarikh, aset, masa perjanjian, nilai aset dan sebagainya dinyatakan di dalam perjanjian itu. Di dalam perjanjian itu juga dinyatakan pematuhan akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan akbiat dari melanggar akta-akta tersebut. Sekiranya ada pihak yang terinaya, pihak satu lagi boleh membuat laporan dan merujuk kepada perjanjian yang telah dibuat. Kerajaan akan sedia membantu dan memastikan pihak yang terinaya akan mendapat keadilan.

Saya rasa ini satu bentuk tanggungjawab kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Tiada rakyat yang dengan mudah menipu rakyat yang lain dengan perjanjian yang rapuh. Ini memastikan pihak yang membuat perjanjian melaksanakan perjanjian mereka dengan penuh jujur dan integriti. Semua pihak secara tidak langsung merasakan keselamatan dan jaminan dalam membuat perjanjian.

Alhamdulillah, perjajnian dengan Jun selesai dan terus balik ke RAAF Williams untuk makan malam. Kena jimat duit! :)