Wednesday, January 11, 2012

Studio Manjung

Main strobist dengan anak-anak :)
Peluang untuk mengambil gambar-gambar berita seperti di MTD mungkin sudah tidak banyak bila mula bertugas di KD Pelandok. Makanya, keperluan membawa DSLR ke pejabat tidak seperti keperluan membawa DSLR ke bilik guru di MTD. Apa pun, terasa kepuasan mengambil gambar Putera MTD dalam masa satu tahun, kepuasan merakankan senyuman, candid, kehidupan Putera di MTD. Namun, sebenarnya saya mahu lebih lama di MTD untuk merakamkan lebih lagi kehidupan Putera di MTD lebih-lebih lagi semasa penghijrahan ke MTD baru.
Mungkin ini juga azam baru saya, membuka sebuah studio fotografi dan mengadakan kelas fotografi untuk pengguna DSLR sekitar daerah Manjung. Semoga semangat untuk memajukan diri berterusan dengan cara dan kaedah yang berbeza :)

3 comments:

wifenavy said...

nak join kelas.. tapi x de kamera dan dok kat kl.. any advise?.. hi hi

Amir Azmi said...

Boleh join, boleh pinjam kamera kawan dulu :) tapi kelas saya ni akan diadakan di Lumut :)

saljusyurga said...

brapa fee untuk kursus tuuu...mcm berminat memandangkan dduk kt lumut jugak