Sunday, January 08, 2012

512 Megabyte

Enjin utama komputer sedang dicuci :)
Hari ini memang plan nak baiki komputer riba. Komputer riba Dell yang saya pada tahun 2006 secara online. Sebenarnya, komputer riba ini baru diformat semula oleh IMC MTD setelah ia mengalami masalah berkaitan 'software'nya. Salah sebuah kedai komputer yang saya biasa di Setiawan adalah kedai komputer PKM (Pusat Komputer Ming). Kedai komputer ini nampak sangat simple dan tak macam kedai komputer biasa tetapi tuan punya kedai ini adalah graduan Sains Komputer dari universiti di USA. Pernah berkerja di syarikat IT di Singapura dan kini menjalankan perniagaan membaiki komputer.
Saya sangat setuju dengan pandangan beliau dalam mengekalkan 'survival' kedai komputernya, dia cuma 'maintain' pengguna tetapnya (rata-rata adalah pengguna yang masih menggunakan sistem komputer lama!) dan sentiasa memantau eksesori komputer pengguna tetapnya yang semakin hari semakin murah. Katanya, perniagaan perkhidmatan dengan 'maintain' keperluan pengguna tetapnya lebih menguntungkan dari menjual komputer baru :) 
Satu lagi perkara yang saya baru tahu, bahawa 512 Megabyte RAM adalah sangat murah. Gabungan 2 kali RAM ini akan menghasilkan 1 Gigabyte RAM. Namun, jika kita membeli 1 Gigabyte RAM, harganya jauh lebih mahal jika kita membeli 2 kali 512 Megabyte RAM. Ini menyebabkan syarikat komputer seperti Dell, Acer dan sebagainya menyediakan dua port RAM yang boleh dimasuki oleh 2 kali 512 Megabyte RAM. Komputer itu akan mempunyai kuasa 1 Gigabyte RAM pada harga yang sangat rendah! Strategi syarikat komputer untuk mengurangkan kos pembuatan sebuah komputer! :)
Kata-kata hikmah yang terdapat di kedai kompter ini.
Saya membelanjakan RM 95.00 untuk 2 Gigabyte RAM dan RM 30.00 untuk perkhidmatan membersihkan komputer (sememangnya banyak habuk! huhu). Syukur Alhamdulillah, komputer ini sudah punya 2.5 Gigabyte RAM dan lebih laju dari biasa :)

No comments: