Sunday, January 08, 2012

Kuda Emas

Palace of the Golden Horses
Ini merupakan majlis bersama guru-guru MTD terakhir kerana lepas ini saya akan melapor di KD Pelandok, TLDM Lumut. Sebenarnya rasa berat untuk menghadiri majlis ini kerana rasa sedih untuk bersama rakan-rakan guru kerana dapat bersama mereka pada masa yang sangat singkat. Namun, kesedihan tidak boleh mengubah apa-apa yang telah dirancang oleh Allah.
Bagi menceriakan malam itu, saya menggunakan kesempatan ini untuk merakam kenangan bersama dengan cara yang lebih unik, Photoshoot setiap guru-guru MTD dengan menyediakan studion kecil untuk mereka. Sememangnya, ia suatu kejutan bagi guru-guru MTD yang tidak menyangka akan menjadi model 'segera'! :). Alhamdulillah, mereka memberi kerjasama yang sungguh baik walaupun tak dapat tangkap gamar semua :). Masih lagi beruasa untuk 'install' Photoshop dalam komputer dan jika komputer ini sudah ada 'editing tool', pasti gambar guru-guru anggun dan segak MTD akan keluar di FB. Huhu.. mesti best :)
Terima kasih semua, walaupun sederhana ia tetap meriah :) Malam yang akan menjadi kenangan semumur hidup saya :).

No comments: