Tuesday, January 03, 2012

Hari Pertama Sekolah

Nabilah duduk di sebelah Fatin di dalam Kelas 1 Jujur.
Syukur Alhamdulillah, Humairaa' Nabilah dapat mendaftar dengan selamat di sekolah pertamanya. Dari awal pagi beliau telah menunjukkan keterujaanya untuk ke sekolah. Kami sekelarga menghantar beliau bagi meraikan hari pertama persekolahannya. nampaknya, dia tidak ada rasa takut sedikit pun, lebih-lebih lagi berjumpa dengan kawan pra sekolahnya yang bernama, Fatin. Masuk ke Kelas 1 Jujur dan menduduki peperiksaan khas. Hanya dua soalan sahaja yang beliau tidak dapat jawab, tidak pasti sama ada tidak tahu atau tak cukup masa. 
Mungkin anak-ku ini akan bersekolah di sini dalam 2 minggu sebelum mengikut-ku pulang ke Seri Manjung semula. Semoga Allah permudahkan segala urusan-ku, Ameen :)

No comments: