Sunday, June 25, 2006

Akhirnya...

Akhirnya setelah 4 bulan berkusus di Australia ini, buat pertama kalinya saya dapat berjumpa dengan bekas pelajar saya semasa mengajar di Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ 5. Beliau baru sahaja menamatkan ijazah pertamanya dari Universiti Melbourne. Abdillah (sebelah kanan dalam gambar) nie dulu lebih rendah dari saya, sekarang dia lebih tinggi dari saya dan pastinya, ilmunya juga lebih tinggi dari cikgunya. Buat Aini Nadiah dan Paan, mission accomplished!

Sebaik sahaja saya tiba di Malaysia Hall, saya di takdirkan untuk bertemu dengan seorang sahabat lama saya. Rakan semasa belajar bersama-sama di SMAP Kajang. Ustaz Razak kini sedang mengikuti pengajian peringkat Phd. dalam bidang falsafah. Beliau akan berada di Australia untuk 4 tahun lagi. Seronoknya, beliau belajar bersama isteri di Australia ini. Lama tak jumpa, banyak cerita yang keluar, terutama cerita-cerita lama di SMAP Kajang.

Selama di Australia ini, saya telah berjumpa dengan dua rakan SMAP Kajang saya, Kapten Shahrir dan Ustaz Razak. Saya juga bertemu dengan seorang rakan saya semasa di USM, Mohd Rafik yang kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana dan lebih menarik lagi, beliau telah memeluk Islam. Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang melihat kehebatan Allah mengatur kehidupan makhluknya. MasyaAllah.

8 comments:

sherrina said...

apa yg special disana?

Unknown said...

Sorry, tak sempat lagi nak masukkan cerita, baru upload gambar jer!

Saya lama sangat nak jumpa bekas pelajar saya, pasal kusus sibuk sangat, di hujung kursus baru dapat jumpa beliau. Alhamdulillah.

blackpurple @ jowopinter said...

Syukur... btw, Mohd Rafik itu berbangsa apa agaknya? Begitulah bila hidayah sudah sampai. Bertuah sungguh dia...

Anonymous said...

Eceecehh dolah.. dah tinggi kununn ...
hahaha..
4,5 tahun gk la tak jumpe die nih !
time kite balik Mesia, die tak reti2 nk balik ..

buat kursus kat german plak ah cikgu !!
ade je bekas2 pelajar cikgu kt sini ..

Unknown said...

blackpurple: beliau asalnya berbagsa cina, sama-sama belajar kat USM dulu. Kita sama-sama juga join PALAPES masa kat USM dulu.

aininadiah: Rasanya Abdillah dah tak balik Malaysia dah! dia dah dapat kerja kat Australia nie. Dia kata, kat Malaysia pun belum tentu dapat kerja. Kumpul duit banyak-banyak, pasal ada sahabat Sambest kita akan kahwin kat Melbourne nie!

Teringin juga nak kursus kat German. Mudah-mudahan, kalau-kalau ada rezeki. :)

zakzak said...

SMAP KAJANG?!!!!
spm tahun bila amir azmi?

Unknown said...

zakzak: saya first bacth tingkatan 4 di SMAP KAJANG. Lama dulu, rasanya bacth kami nie dah tak berapa diingati. Pasal terlalu lama dan saya ingat masa saya sampai SMAP, sekolah dalam proses pembinaan.

Anonymous said...

Maaflah cikgu, lama x comment sini.. Tahniah kerana berjaya menangkap dolah yang nakal tu.. Kalau dah keje sane balik bercuti la kat sini, jumpa kawan2...

Saya ada sesuatu untuk dikongsi dengan semua, termasuk cikgu..

Sila ke laman web saya.. Post 15 julai 2006