Monday, March 27, 2006

Daylight Saving Time (DST)

Di negara yang terletak terlalu di utara atau di selatan bumi Allah ini, ada satu kejadian alam yang cukup menarik. Kejadian yang melibatkan masa.

Biasanya negara-negara ini mengalami 4 musim dalam setahun dan kejadian 4 musim ini menyebabkan perbezaan antara masa siang dan masa malam. Pada musim bunga/panas, waktu siang adalah lebih panjang dari malam manakala di musim luruh/sejuk, waktu siang lebih pendek dari waktu malam.

Sekarang ini, Australia sedang memasuki musim luruh, seterusnya musim sejuk. Maka, Australia akan mengalami waktu siang yang lebih pendek. Pada waktu ini, Daylight Saving Time (DST) digunakan sebagai panduan orang ramai untuk mengetahui keadaan waktu sebenar terutama tentang terbitnya matahari dan tengelamnya matahari.

Bila masa waktu siang berubah, pastinya waktu solat juga akan berubah. Lihat perubahan waktu di bawah bermula pada 26 Mac 2006.

25 Mac 2006 [Subuh : 0601] [Sunrise : 0727] [Zuhur : 1327] [Asar : 1650] [Maghrib : 1925] [Isyak : 2047]

26 Mac 2006 [Subuh : 0502] [Sunrise : 0628] [Zuhur : 1226] [Asar : 1549] [Maghrib : 1824] [Isyak : 1946]

Nasihat dari isteri: Boleh la sembahyang Tahadjud banyak-banyak! InsyaAllah ;P

Wednesday, March 22, 2006

A Proposal of Marriage

My dear Miss Proctor,

You will probably be surprised to receive this letter from me but the importance of the subject matter & the anxiety I feel about it must be my only excuse.

The fact of the matter is plainly this: I have determined to alter my condition of life, & long ago I determined that whoever should be mine must be one that loved my Saviour & would place no hindrance in the way of my working for Jesus.

The first time I saw you, you made an impression on me, that although I tried very much at the first, I could not erase, & that love has been growing stronger ever since until you have become the only one on earth I desire to call my own, & I write this to ask you to become my dear wife.

I will not ask you to decide upon so important a question without due consideration, as it will involve the happiness or otherwise of one heart at least, if not two.

Show this to your dear Father & Mother, get their advice before you decide. But especially, lay the matter before your Heavenly Father & seek that he may guide you aright. For my own part I fully believe I am acting under the leading of God’s providence.

I had thought of waiting until I came to Wedderburn again & then asking you this important question, but there are many changes in this world. I don’t know how long it may be before I got up there again. I feel so anxious, I long to know my fate & can wait no longer.

Of course, I make this proposal in the hope that no one else has been fortunate enough to win your heart & your consent to marriage. I shall be glad to receive a reply to this as early as you can conveniently give one & believe me to remain in fondest love, yours devotedly & affectionately,

William Henry Wingfield

Surat lamaran perkahwinan in adalah sebahagian dari surat-surat yang terdapat di National Gallery of Victoria. Surat ini di tulis oleh William Henry Wingfeild pada tahun 1872 kepada Miss Proctor. Beliau menulis surat ini sebaik sahaja beliau sampai ke Australia dan mengambil masa selama 4 bulan untuk sampai ke tangan Miss Proctor yang berada di England.

Surat ini menjadi bahan menganjaran pada hari ini. Dari surat ini, kami dapat faham tentang pegangan agama pada ketika itu, kesopanan, formaliti dalam hubungan intim, rasa hormat dan semangat untuk memenangi hati orang yang tersayang walaupun jarak perjalanan dan masa yang sangat besar.

Begitu juga dengan kami, pelajaran hari ini menaikkan semangat kerinduan pada insan-insan yang tersayang. Insan-insan yang tersayang, beribu-ribu kilometer dari Australia. :(

Tuesday, March 21, 2006

MELT Field Trip I

Hari ini buat Feild Trip lagi! Cuma ke Melbourne sahaja untuk lawat pameran yang dikendalikan oleh National Gallery of Victoria (NGV) yang bertajuk Exiles and Emigrants: Epic Journeys to Australia in the Victorian Era dan Chinese Museum di China Town.

Sebelum ini saya memang tak berminat langsung tentang lukisan dan apa-apa yang berkaitan dengan seni tapi pameran yang di kendalikan oleh National Gallery of Victoria (NGV) sungguh mengkagumkan. Pameran ini memaparkan lukisan-lukisan sejarah penghijrahan orang-orang dari Great Britain ke Australia. Dengan di pandu oleh seorang Guider (sejak di Balarat lagi saya memang kagum dengan guider di Australia, semunya well-educated), lawatan dibahagi kepada tiga bahagian utama. Lukisan-lukisan sebelum penghijrahan, semasa pelayaran ke Australia dan semasa tiba di Australia.

Bahagian I: Revolusi perindustrian di UK pada awal tahun 1800an telah menyebabkan ramai penduduk luar bandar mencari kerja di kilang-kilang yang baru dibina. Malangnya, lambakan pekerja telah berlaku dan ramai pendatang luar bandar menjadi homeless, malah mereka tidak mampu kembali ke kampung halaman mereka kerana tiada wang. Pada bahagian ini, semua lukisannya mengambarkan suasana kesuraman, penderitaan kesejukkan kerana tiada rumah, kelaparan dan kematian.

Serangan penyakit pada kentang yang melanda tanah-tanah pertaniannya juga digambarkan dalam lukisan berwajah manusia yang putus harapan dan kesedihan. Pada tahun 1847, Patato Blight (sejenis penyakit yang menyerang tanaman kentang) telah merosakan semua ladang-ladang di Ireland dan ramai yang mati kebuluran.

Peluasan tanah-tanah ternakan oleh tuan tanah Inggeris untuk perternakan biri-biri di tanah Scotland juga telah membuat ramai orang-orang Scotland diusir dari tanah mereka. Gambaran itu dilukis dengan penuh artistik, sekumpulan keluarga dari datuk ke cucu dalam keadaan murung dan sedih sedang menunggu di perlabuahan untuk penghijrahan. Beg paip, alat musik tradisi Scotland di tiup memainkan lagu-lagu sedih.

Kesemua kejadian ini berlaku semasa era pemerintahan Permaisuri Victoria(1837-1901). Permaisuri ini dikecam kerana gagal memberi kebajikan yang sepatutnya kepada tanah-tanah jajahannya. Maka, timbul idea dari Perdana Menterinya pada ketika itu untuk memindahkan penduduk UK ke suatu tempat lain iaitu Australia (Pada ketika itu Australia adalah pulau tahanan bagi penjenayah di tanah jajahan British). Perdana Menteri itu bernama Melbourne.
Lukisan ini dilukis oleh Ford Madox Brown. Beliau melukis dirinya sendiri, isterinya, anak perempuannya dan bayinya yang berada di dalam jubah isterinya (cuma nampak tangan isterinya dan bayinya sahaja). Dia dan keluarganya di dalam clip boat yang membawa ke kapal penumpang yang lebih besar di tengah laut. Menarik tentang lukisan ini adalah pelukisnya tidak pernah sampai ke Australia. Beliau sebenarnya melukis untuk mengambarkan kawan karibnya yang berhijrah ke Australia. Beliau mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkkannya. Dikatakan, beliau berdiri di dalam cuaca sejuk selama beberapa jam untuk mendapatkan warna kulit tangan dan muka yang pucat akibat kesejukkan!! Wajah yang penuh kesedihan dan penuh dengan ketidakpastian.

Bahagian II: Masa perlayaran dari England ke Australia adalah 4 bulan, paling cepat melalui The Great Circle Route adalah 3 bulan. Bayangkan, belayar selama itu! Wajah-wajah yang digambarkan semasa pelayaran adalah wajah-wajah kejemuan, kesedihan, kekotoran dan penyakit. Namun tidak bagi golongan bangsawan yang berada di kelas pertama dalam kapal yang sama. Nilai kasta dilukis dengan menarik sekali. Lebih mudah nak berimiginasi kerana suasananya macam dalam cerita Titanic.

Segala tanggungan pelayaran adalah percuma bagi golongan yang fakir dan miskin. Namun, ia cuba one way ticket sahaja. Tidak ada insuran dan tidak ada kepastian yang kapal akan selamat tiba di Australia dalam pelayaran yang mengambil masa yang lama. Wajah-wajah sedih, kerinduan dan penuh tidak kepastian di gambarkan dalam setiap gambar di bahagian ini.

Bahagian III: Hampir 2 juta orang berhijrah ke Australia dan lebih kurang 4 ribu orang terkorban dalam pelayaran tersebut. Mereka terkorban kebanyakkannya bukan di laut luas, tapi cuma beberapa puluh kilometer lagi ke pelabuhan Melbourne. Lukisan di bahagian ini memaparkan gambaran wajah-wajah yang akan menghampiri kematian. Satu lukisan yang menyayat hati saya adalah seorang ibu sedang cuba menyelamatkan bayinya yang sedang kelemasan. Lukisan yang sangat-sangat menyayatkan hati. Berkaca mata saya dengan air mata!

Bahagian ini juga mempamerkan contoh-contoh surat pendatang yang baru tiba ke Australia. Nak baca contoh surat tu, klik di sini. Surat-surat berkisar tentang pengalaman pendatang sebaik sahaja tiba di Australia. Di antaranya menceritakan tentang The big hopping rat! Agak lucu :), mereka menyangka Kanggaroo itu adalah sejenis tikus besar yang boleh melompat!. Di bahagian ini juga menunjukkan gambaran tentang seluruh ahli keluarga berkumpul semata-mata untuk mendegar bacaan surat yang mengambil masa 3-4 bulan untuk sampai. Wajah-wajah keharuan, kerinduan yang terbayar, senyuman berserta air mata kegembiraan.

Selepas makan tengah hari di Restoran nasi lemak Changi dan solat zuhur di RMIT, kami pergi ke Chinese Meseum. Tidak banyak yang menarik kerana mempamerkan kebudayaan Cina yang hampir sama dengan Cina di Malaysia. Oang Cina di bawa oleh Inggeris ke Australia sebagai buruh dalam bidang pertanian dan pada era Gold Rush (1850an), mereka menjadi pelombong.

Cuma satu bahagian sahaja, bahagian yang menceritakan White Australia Policy. Pada tahun 1901, Australia telah menjadi sebuah negara bersekutu dan memulakan kempem racism dengan memburukan golongan bukan kulit putih. Di antaranya lukisan mengambarkan orang cina seperti arnab (mengambarkan orang Cina cepat membiak dan bakal memenuhi Australia), orang Cina seperti ular sedang membelit seorang wanita kulit putih, Orang Cina seperti seekor kambing yang banyak membawa penyakit dan sedang ditendang oleh seorang kulit putih dan lain-lain lagi.

Di sini saya melihat keterbukaan Australia dalam memberi pendidikan yang benar tentang sejarah Australia kepada semua orang. Muzium ini di taja sepenuhnya oleh Kerajaan Australia dan mendapat bantuan dari Kerajaan China.

Satu lagi Field trip yang sangat bermakna. Pengalaman yang sungguh terkesan!

Saturday, March 18, 2006

Negara-Negara yang Terjajah

Sukan Komenwel buat semua orang Malaysia di sini sibuk bercerita tentang sukan. Walaupun Malaysia negara kecil dalam Komenwel, keberadaan Malaysia dalam senarai nagara-negara Komenwel menjadikan kami sedikit popular di Australia ini. Seangakatan dengan Australia!

Sesungguhnya, jajahan British ini ada kelainannya sedikit berbanding tanah-tanah jajahan Perancis, Belanda dan Sepanyol di rantau Asia. Perbandingan dari segi pembangunan, kemajuan, budaya dan penggunaan Bahasa Inggeris yang sangat meluas di tanah jajahan British.

Dalam banyak-banyak tanah jajahan Eropah di Asia Tenggara ini, Indonesia yang paling terkesan. Ini kerana mereka rumpun paling hampir dengan orang Melayu di Malaysia. Malangnya, mereka di jajah oleh orang Belanda yang langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka melainkan 'merampok' sebanyak-banyaknya harta orang-orang Indonesia.

Kerap kali saya mendengar rungutan rakan-rakan dari Indonesia mengenai kebencian yang amat sangat terhadap Belanda. "350 tahun menjajah Indonesia, jadi bodoh semuanya", antara rungutan yang biasa saya dengar. Tidak hairanlah Indonesia memerdekakan bangsanya dari penjajah dengan 'tinta darah'.

Kadang kala mereka memuji betapa British berusaha membangunkan tanah jajahannya seperti mana yang mereka lihat di Malaysia dan Australia.

Barangkali orang British lebih cerdik dari orang Belanda. British memerangi kita dengan menggunakan kebijaksanaan akal tapi Belanda menggunakan kederat!

Indonesia sudah medeka sejak lama dahulu tapi di Malaysia, ada sisa-sisa jajahan yang sukar dikikis!

Friday, March 17, 2006

Perjuangan Sudah Bermula!

Pemandangan di Faderation Square sebelum pembukaan

Pada mulanya tak de niat nak pergi tapi selepas memikirkan yang Mej. Khairudin ingin menunjukkan sebuah restoren Melayu baru di Melbourne, saya pergi juga. Pergi makan sambil melihat Pembukaan Sukan Komanwel di Faderation Square. Nak masuk stadium tak mampu, cuma tinggal tiket AUSD 400 sahaja!!. Cuma menonton aksi pemukaan di skrin TV besar sahaja di Faderation Square ini.
Bangga sangat-sangat bila MC menyebut pasukan Malaysia masuk ke Stadium. Saya boleh lihat ramai orang Malaysia berdiri sambil mengibarkan bendera Malaysia.

Wednesday, March 15, 2006

Long Weekend: Sydney

Apa yang anda rasa duduk dalam bas selama 12 jam untuk perjalanan sejauh 800km? Sekarang ia sudah menjadi sebahagian dari pengalaman saya. Bergerak dari Melbourne jam 2030 sehingga tiba ke Sydney jam 1000. Sangat meletihkan, namun ia berbaloi sebagai pengalaman yang tiada nilainya. Sesampai sahaja di Sydney, hostel Bacpacker ( kat Australia ada banyak hostel backpacker yang menawarkan kemudahan kepada pelancong yang bergerak ke mana-mana guna beg sandang) yang kami cari sudah penuh. Terus mencari, tetap penuh dan akhirnya terjumpa sebuah hostel backpaker yang menawarkan AUSD 20.00 untuk seorang bagi dorm 10 orang.
Di sebelah hostel d lux ada terdapat sebuah kedai kebab. Five Star Kebab yang menyediakan makanan halal. Alhamdulillah. Dan terdapat dua lagi kedai makan India yang dikendalikan oleh orang Bangladesh yang beragama Islam di sekitar King Cross Street ini. So, tak de masalah nak cari makanan halal di Sydney. Pekerja kebab yang berada di sebalah kiri saya itu mempunyai bapa yang kini menjadi pensyarah perubatan dan pergigian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berbangsa Iraq dan mempunyai sarjana dalam perniagaan. Dia lebih enjoy menjadi peniaga kebab di King Cross Street ini. Kedai kebab beliau menggunakan daging dan minyak yang di import dari Malaysia (siap bawa keluar dari dapur nak tunjuk bukti) dan buka 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Pemandangan dari atas bumbung hostel. Dari jauh dah nampak Opera House. Rasa tak sabar nak sampai ke bangunan yang menjadi simbol Australia. Dulu, semasa ia mula di bina. Semua orang kata, itulah bangunan paling 'hodoh' pernah dicipta. Tapi kini, ia menjadi kebanggaan rakyat Australia.
Salah satu taman di tengah Bandaraya Sydney, Hyde Park. Di taman ini juga terdapat makan Pahlawan ANZAC. Semacam tugu peringatan tentera Australia dan New Zealand sepanjang perkhidmatan sejak peperangan dunia pertama lagi.
Queen Victoria Building, bangunan lama yang telah diubah menjadi pusat perniagaan di tengah-tengah bandar Sydney. Tak banyak yang menarik di sini kerana barang-barangnya agak mahal. Cuma bangunan ini sangat besar dan mengekalkan reka bentuk lama yang unik. Nak beli barang yang betul-betul murah, malah lebih murah dari Melbourne, datang ke Paddy Market. Beli sedikit ole-ole untuk baby tersayang. :)
Permandangan yang sungguh hebat. Darling Habour adalah sebuah perlabuhan lama yang telah di ubah menjadi tarikan perlancongan. Di sini juga terdapat Muzium Maritim dan Akuarium Sydney. Pasal masa cuti yang singkat, cuma boleh tengok dari jauh jer.
Hhmm... Bondi Beach. Tempat menarik, orang menarik. Kalau dah jadi suatu kebiasaan, orang tak kan kata apa-apa. Tapi bagi kita yang berasal dari negara yang lebih bersopan, Orang putih nie memang luar biasa!!
Harbour Bridge yang terkenal. Jambatan yang menghubungkan Sydney Central Business District (CBD) dengan North Shore Commercial. Jambtan ini dibuka dengan rasminya pada tahun 1932. Jambatan ini juga dikenali sebagai the Coathanger kerana reka bentuknya. Kita boleh panjat tiang jambatan sehingga ke puncak jambtan itu, tapi kena bayar AUSD 200.00 dulu. Terlalu mahal bagi penuntut seperti kami.
Siapa yang tidak kenal dengan Sydney Opera House? Inilah pusat kebudayaan yang terkenal di New South Wales. Terletak bersebelahan dengan Harbour Bridge dan menjadi tarikan pelancong yang utama. Ia siap dibina pada tahun 1973. Pengalaman yang sungguh bermakna. Alhamdulillah. Mudah-mudahn dapat datang lagi ke Sydney dengan keluarga tersayang. Ameen.

Friday, March 10, 2006

Solat Jumaat II

Dua minggu lepas saya telah tertinggal kamera semasa pergi sembahyang Jumaat. Minggu ini saya dapat ambil gambar di mana saya solat Jumaat. Saya solat di sebuah Pusat Islam di Warribee. Pusat Islam yang bukan sahaja menyediakan masjid, malah menyediakan pendidikan kepada anak-anak Islam. Sebenarnya kami cuma solat di dewannya sahaja. Sebuah masjid baru akan dibina berhampiran Pusat Islam ini. Belum ada berkesempatan pengetuanya lagi, InsyaAllah jika ada kesempatan saya ingin berbual-bual dengan pemimpin Pusat Islam ini.

Thursday, March 09, 2006

Graduation Day!!

Akhirnya setelah tiga minggu di Australia, tamatlah sudah kursus asas pertama bagi setiap anggota tentera yang akan berkursus di Australia. Austfamil (Australian Familirization). Selepas ini saya akan meneruskan target course saya iaitu MELT (Methodology of English Language Teaching Course). Another 4 months to go!!.
Austfamil membuatkan saya sudah tahu banyak tentang Australia, budaya, makanan, bahasa, masa, cuaca (ini yang penting, sudah seminggu dah musim gugur) dan bermacam-macam lagi ilmu yang saya akan temui. Sesungguhnya Austfamil mempercepatkan lagi proses adaptasi kami di pulau yang terbesar di dunia ini! Austfamil juga mengajar saya bertapa nilai persahabatan itu sejagat sifatnya. Saya ada kawan baru dari seluruh negara di Asia Tenggara.
Ia juga mengajar saya betapa berharganya nilai kekeluarga. Pastinya, kerinduan ini mengajar saya bertapa berharganya sebuah ikatan kasih sayang. I miss you, nabilah and I miss you too, mama. :(

Wednesday, March 08, 2006

Field Trip 3: Geelong

Field Trip ke Geelong nie lain sikit. Lain dari field trip lain kerana kami pergi tanpa ada orang yang tunjuk jalan (tiada jurulatih ikut). Field trip ini juga dikenali sebagai Geelong Navex. Kami cuma diberi panduan dari beberapa nota yang diberi dan dipecah kepada 4 kumpulan kecil. Bersama saya rakan dari Indonesia, Kambodia dan Vietnam. Kami kena cari beberapa spot yang utama di bandar Geelong ini.
Ini adalah lokasi pertama kami, City Hall yang di asaskan pada 1910. Bangunan ini merupakan pejabat tadbir utama bagi Geelong sejak bandar ini dibangunkan. Bangunan ini masih utuh lagi dan masih digunakan sehingga hari ini. Geelong merupakan sebuah bandar pelabuhan yang utama pada suatu dahulu dan merupakan pelabuhan utama pada era Gold Rush. Disamping itu, pelabuhan ini merupakan pusat pengedaran bulu kambing biri-biri Australia yang utama ke seluruh dunia.
Ini adalah tempat kedua, sebuah kedai buku lama bernama Griffths. Saya tak pasti kenapa kami kena cari kedai buku ini, tapi kedai buku ini nampak klasik. Mungkin kedai lama sejak penubuhan bandar Geelong kot!. Dan pasal kedai buku nie juga buat kami sesat dalam bandar Geelong nie.
Walaupun sesat, tapi kami masih boleh jumpa Gereja St. Mary nie. Lagipun memang objektif field trip ini untuk jumpa orang tempatan dan berinteraksi dengan Aussie. Kebanyakkan orang yang tinggal di Geelong ini orang tua. Rasanya tak de masalah nak tanya arah pada mereka. Orang lama la katakan!!

Lepas tengok gereja, kami kena cari satu taman kecil yang banyak bunga rose. Pevensey Park ini dibina oleh orang persendirian dan di buka untuk semua orang. Cuaca kat sini purata adalah 14 darjah celcius (hari ini suhunya sekitar 22 darjah celcius). Tidak hairanlah, bunga rose dengan mudahnya tumbuh dan berkembang kat taman ini.
Ini tempat yang menyeronokkan bagi saya. Dapat bergambar dengan pelajar sekolah rendah Australia. Lihat uniform mereka!! Uniform mereka nie semuanya t-shirt jer. Simple. Mereka nie sedang belajar tentang alam sekitar. Menurut guru mereka, ini adalah salah satu pelajaran yang utama dan mereka diajar di Botanic Garden ini. Lihat fail merah yang dipegang oleh adik depan saya, di dalamnya mengandungi soalan yang mereka perlu cari sendiri, jawapannya ada di taman ini.
Seterusnya, kami bergerak ke Eastern Beach pula. Ini merupakan sebuah pantai yang tertutup dilingkungi oleh jeti kecil. Ketika saya datang ke sini, sessi latihan menyelamat kelemasan sedang diadakan. Namun, kami tidak dibenarkan merakam gambar kanak-kanak yang sedang belajar cara nak menyelamatkan orang lemas. memang cantik tempat ini, pantai yang dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja.
Lebih kurang 1 km dari Eastern Beach, terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai Carousel. Bangunan yang agak unik terletak di tepi perlabuhan Geelong ini. Di dalamnya cuma ada satu benda sahaja. Permainan kuda kayu.
Kami di arahkan untuk mendapatkan bilangan kuda kayu yang terdpat dalam bangunan ini dan masa kuda ini bergerak pada hari Sabtu. Jawapannya, ada 40 kuda kayu dan dibuka dari pukul 10.30 am - 6.00 pm (April - Oktober) dan 10.30 am - 8.00 pm (November - Mac). Kenapa agaknya?
Ini adalah Cunningham Pier. Dahulu merupakan sebuah pelabuhan yang utama. semua kapal berlabuh diperlabuhan ini untuk berdagang. Sumber alam sekitar Geelong seperti emas, bulu biri-biri, balak dan lain lagi dipunggah ke kapal melalui perlabuhan ini. Hari ini, perlabuhan ini cuma menjadi tempat tarikan pelancong sahaja. Maka, terjawablah semua soalan yang disertakan bersama kami dalam Geelong navex ini. Sesungguhnya, Geelong sebuah bandar yang cantik dan tidak hairanlah iklan yang berbunyi Must sea!! di lihat di mana-mana di Geelong.

Sunday, March 05, 2006

Menonton orang miskin

Pemandangan yang tidak ada di negara kita biasanya itulah yang dicari-cari bila ada diperantauan ini. Adakalanya pemandangan yang kita ingin lihat itu adalah pantang larang bagi budaya kita malah lebih lagi bagi agama kita.
Pagi tadi cadang hendak pergi ker St. Kilda menonton orang miskin bersama rakan-rakan dari Indonesia, tapi ada lawatan tambahan untuk melihat orang yang lebih miskin lagi!! Hmm... memang mulanya saya tidak berniat nak pergi tetapi setelah diajak, niatkan di hati inilah kali pertama dan kali terakhir. Arrgghh... dapat dosa kering aku hari ini!!
Di Melbourne ini memang tak banyak Adult Shop, tapi itulah yang menjadi tumpuan. Bila saya fikirkan balik kenapa manusia memuaskan deria penglihatan dan pendengaran semata-mata untuk merembeskan hormon yang membuat diri kita tidak tenteram. Dan, manusia lain memanupulasi manusia lain untuk mendatangkan pendapatan yang berganda. Manusia dan nafsu!!


Selepas makan di Restoren Nasi Padang pergi ke St. Kilda. Pantai yang cantik dan cuaca yang sangat nyaman. Pemandangan kat situ bukan pemandangan di tanah air saya. Sekali lagi bonus kepada dosa kering saya. Sayang, negara yang cantik ini dipunyai oleh orang yang tidak mempercayai Tuhan yang satu.

Saturday, March 04, 2006

Minyak dan basikal

Sekarang nie heboh kat Malaysia tentang kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen. Semua orang dah hangin pasal kenaikan harga minyak yang akan menaikan kos pengangkutan, sekaligus akan menaikkan harga barang. Dengar kata, Pembangkang Malaysia pun nak buat piket secara aman. Semua orang betul-betul marah!
Saya terbaca Utusan Malaysia di ruangan Forum mengenai cadangan seorang penuntut Malaysia di Bristol, UK. Beliau mencadangkan agar rakyat Malaysia menggunakan basikal untuk ke pejabat. Halangan yang mungkin, panas dan hujan. Ini boleh di atasi dengan pihak majikan menyediakan tempat meletak basikal dan bilik mandi untuk menyegarkan penunggang basikal.
Harga minyak di Australia jauh lebih mahal dari Malaysia. Salah satu sebabnya adalah, Australia bukanlah sebuah negara pengeluar minyak dunia. Mereka terpaksa mengimpot dari luar negara. Namun, kerajaan mereka mengambil langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Di Melbourne, Taman dalam bandar, mempunyai sistem pengangkutan yang terbaik di dunia. Cuma beli satu tiket sahaja (berdasarkan zon), anda boleh pergi ke mana sahaja anda suka di negeri Victoria ini menggunakan train, trem dan bas. Semuanya menggunakan tiket yang sama.
Satu lagi ialah sikap rakyatnya, mereka tak kisah menggunakan basikal. Biasa kita lihat orang yang memakai kemeja bertali leher menaiki basikal. Di dalam kem juga biasa kita lihat pegawai atasan menggunakan basikal untuk ke pejabat mereka. Mungkin orang akan kata Australia nie negara sejuk, tapi ketahuilah anda bahawa Australia ini negara 4 musim dalam satu hari. Macam hari ini, suhunya mencapai 33 darjah celcius dan kadang kala mencapai 42 darjah celcius dalam musim panas!!
Semalam, buat pertama kali saya dah tak perlu berjalan lagi ke mess (dewan makan pegawai tentera). Saya sudah ada basikal yang saya beli dengan harga AUSD 30.00. Basikal budak-budak jer. Saya beli dari pegawai senior yang dah habis kursus Austfamilnya. Saya dapat jimat masa dari 10 minit ke 3 minit untuk ker mess. Dan, pagi tadi dapat pergi Laverton Market (kira-kira 5 km). Kira macam pasar lambak kat Malaysia. Jauh berjalan, luaskan pandangan, sihatkan tubuh badan dan yang penting, jimat masa dan duit!

Thursday, March 02, 2006

Tentera pelbagai negara

Sekarang nie, boleh kata setiap malam ada sahaja latihan ketenteraan di adakan dalam pengkalan udara ini. Latihan yang melibatkan helikopter Black Hawk (ingat lagi filem Black Hawk Down!) sempena Sukan Commonwealth, Melbourne yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Dari 15 sehingga 26 Febuari ini. Sebelah petang kita boleh lihat latihan pasukan khas Australia membuat latihan menyelamat dengan beberapa orang anggota tentera membuat aksi 'repeling' dari helikopter. Sayangnya aksi mereka tidak boleh dirakam atas dasar keselamatan.
Di antara rakan penuntut saya juga terdapat mereka yang merupakan anggota pasukan khas di negara mereka. Dalam ramai-ramai, saya agak kagum dengan salah seorang dari mereka. Beliau ialah Lt. Kol. Jojo atau nama sebenarnya Lt. Kol. Jose Joriel M Cenabre dari Pasukan Khas Marine Filipina.

Bersama Lt. Kol Jojo dan Mej Al (Philipine Air Force)
Seorang yang berkarisma dan sangat mesra. Segak (sangat segak dengan uniform yang penuh dengan pingat) dan tampan. Dan yang saya kagum tentang beliau ialah komitmen beliau dalam memelihara kecergasannya. Hampir setiap hari, selepas kelas, beliau akan membawa beg galas yang mengandungi pemberat dan berlari mengelilingi pengkalan ini. Selapas itu, pergi ke gym dan membuat beberapa latihan kecergasan sebelum makan malam.
Hari ini beliau telah menamatkan 'AustFamil'nya dan akan menghadiri seminar pengurusan di Camberra. Bila saya tanya beliau apa yang berlaku dengan pergolakkan yang berlaku di Filipina baru-baru ini, beliau menjawab "No worries (OZ slang), Philipine is a democratic country. Even leader of rebel can be a senator". Kami ketawa :D

Wednesday, March 01, 2006

Field Trip 2: Ballarat

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan Apothecaries? Inilah sebuah farmasi di zaman kegemilangan Gold rush di Ballarat. Bermula dengan penemuan emas pada tahun 1851, manusia dari seluruh Australia dan dunia datang ke Ballarat untuk mencari emas. Menjelang penghujung 1900an dikatakan hampir 1.2 juta manusia tinggal di Ballarat untuk mencari emas.
Peralatan yang digunakan untuk mencari emas pastinya terdiri dari logam. Maka peruasahaan logam menjadi pesat ketika itu kerana keperluannya yang utama pada ketika itu. Di sini, semua orang berpakaian serba tahun 1800an. Betul betul seperti kembali ke 100 tahun yang lepas!
Di zaman Gold rush juga telah mencatatkan sejarah gelap bagi Australia. Terdapat banyak kumpulan penjahat yang mengambil kesempatan di atas pelombong-pelombong emas pada ketika itu. Jadi, senjata api juga di antara keperluan utama pada ketika itu.
Salah satu jalan di bandar Sovereign Hill, Ballarat. Tempat ini adalah bekas lombong emas yang telah di bina semula untuk di jadikan bandar warisan atau muzium terbuka untuk pengunjung merasai kehidupan di zaman Gold rush. Budak sekolah kat sini buat rombongan hari sekolah. Rombongan atau Field Trip merupakan salah satu dari silibus dalam kurikulum mereka. Di Malaysia, rombongan dibuat waktu cuti (Sabtu/Ahad), itu yang buat cikgu-cikgu Malaysia bengang!!
Salah satu pintu ke lombong emas. Jika dilihat binaan dalam dan luar, tahulah kita betapa perit dan getirnya manusia ketika itu untuk mendapatkan emas. Dikatakan, pelombong terdiri dari kanak-kanak lelaki seawal budak sekolah rendah. Ramai juga pelombong mati kerana mengalami masalah pernafasan dan jangkitan paru-paru di era Gold rush.
Nampak tak emas? terletak macam tu jer kat dinding lombong tu. Tapi, budak penunjuk jalan tu kata emas tu dah di pasangkan alarm!!
Penunjuk jalan tengah buat demo macam mana nak mendulang emas. Lepas tu saya pun cuba mendulang juga, memang ada emas tapi kecil lagi dari tahi gigi. Kami cuma di beri masa 30 minit sahaja untuk mendulang pasal jarak dari Ballarat ke tempat tinggal kami kira-kira 100km. Ingat nakbawak balik Malaysia sekilo emas!!
Di antara pekerja di Sovereign Hill. Mereka berpakaian ala era Gold rush. Comel betul budak tu pakai gaun dan topi.
Habis lawat Sovereign Hill, Ballarat, pergi pula Ballarat Wildlife Park. Ini merupakan sebuah zoo terbuka dan dibiayai oleh Greg Parker. Beliau mengeluarkan duit koceknya untuk membangunkan zoo ini dan zoo ini merupakan zoo yang terbaik di Australia.
Memang comel koala nie, tapi kuku koala nie sangat tajam. Sebab tu penjaganya tak benarkan orang lain dokong. Lembut bulu badannya, macam mainan patung koala. Kami kira beruntung pasal semua koala dah 'jaga'. Koala tidur 22 jam sehari!! Sebab tu nampak cute, pasal tiap hari nampak macam baru bangun tidur!
Burung Emu. Menurut penjaganya, emu dia sama sekali tidak sama dengan burung unta. Berbeza juga dari segi DNA. Mereka bukan dari keturunan yang sama. Seronok bila bagi emu makan, dia patuk tangan kita lembut jer. Burung nie lebih pasif dari burung unta.
Bagi Kangaroo makan dedak dan jagung kering. Geli tangan!! dalam gambar nie kira anak kangaroo. Memang jinak dan tak takut pada manusia. Hayat kangaroo adalah kira-kira 18 tahun tapi pasal tiap hari makan dedak dan jagung manusia suap, menurut penjaganya umur kangaroo boleh lebih panjang lagi.
Kura-kura gergasi nie, tabiatnnya suka kena usap. Jika dia tinggal di habitatnya, ada burung yang akan mematuk-matuk kulit badannya. Memakan serangga, kulit mati yang terdapat di kulitnya. Oleh kerana di zoo ini tiada burung yang nak mematuk kulitnya, penjaga zoo nie kena usap dia tiap-tiap hari!! Umurnya baru 3 tahun dan kura-kura nie boleh hidup sampai 200 tahun.
Pada asasnya, semua binatang kat Australia nie kuat tidur. Di tahu bangun dan makan. Kangaroo sendiri tidur 16 jam sehari. Di sini, saya biasa mendengar orang Australia merungut kenapa kerajaan mereka pilih dua binatang besar yang kecil otaknya sebagai lambang kebangsaan Australia! Kangaroo dan Emu!!