Gambar 1: Sesampai sahaja di Stesen keretapi yang utama, Flinders Station. Saya melihat gerai orang menjual bunga, banyaknya bunga dan cantik-cantik. Cuaca juga cantik, cuma 16 darjah celcius.
Gambar 2: Pemandangan pertama yang dapat dilihat sebaik sahaja keluar dari Flinders Station, Gereja bersejarah St. Paul.
Gambar 3: Pemandangan di sebelah Information Centre. Bandar ini dipenuhi dengan Information Centre!!. Tempat bagi orang ingin bertanya sebarang maklumat tentang bandar Melbourne. Anda juga boleh mendapat maklumat tentang apa-apa event yang berlaku di bandar dan kupon diskaun di sini. Nampak bangunan kotak biru, itu bangunan sementara menjual tiket Sukan Komanwel.
Gambar 4: Dari kiri; Malaysia, Fiji, saya, Kambodia, Indonesia dan Filipina. Coursemate dari pelbagai negara. Berlatar belakangkan Flinder Station di depan Gereja St. Paul.
Gambar 5: Queen Victoria Market, Tempat nak beli cenderahati. Macam-macam ada!
Gambar 6: Salah satu gerai di dalam Queen Victoria Market. Gerai ini hanya menjual produk yang dihasilkan dari kulit dan bulu biri-biri. Satu kulit kambing biri-biri lebih kurang 'saiz monitor17 inci' kira-kira AUSD 25.00!!
Gambar 7: Di hadapan Shrine of Remembrance. Kira macam makam pahlawan di negara kita. Sebuah komplek yang menceritakan sejarah dan pengorbanan tentera Australia yang berasal dari Negeri Victoria. Dari mula penubuhan, penglibatan dalam peperangan dunia hinggalah pengorbanan beberapa hero-hero mereka yang terbilang. Bagi saya, ianya sungguh-sungguh patriotik. Salah satu kata-kata yang diukir menyebutkan "Cinta yang sebenar itu ada pada pengorbanan terhadap orang yang tersayang".
Gambar Akhir: Suhu ketika ini adalah 35 darjah celcius. Solat di salah sebuah masjid di bandar Melbourne. Tidak seperti tipikal masjid di negara-negara Islam lain. Bertemu dengan penjaga yang berasal dari Bosnia dan pembantunya, Kamal dari Eretria. Dari pemerhatian dan perbualan saya, mereka mempunyai semangat untuk memperjuangkan Islam yang tinggi. Masha' Allah.
5 comments:
wow!
lama tak jenguk cni.
nice pic kapten.
dpt trip mcm ni pasti knowledge baru dpt byk sambil enjoy.
(t'ingat x dpt ikut bos g Australia, trip Dept Urban Planning Johor, just bos-bos je yg leh g)
da sampai sana, khabar2kan la murid2 kat cni..
dEEn
Sememangnya Melbourne ini merupakan sebuah bandar tersusun yang terbaik sekali di dunia. Anda pasti tidak akan sesat dan cuma perlukan satu hari orentasi, pasti anda akan tidak akan lupa. Sistem pengangkutannya juga luar biasa, sangat efisen.
InsyaAllah, saya nak buat pembaca blog saya juga menghayati kehidupan di OZ ini sebagai mana saya melihat dan menghayati kehidupan manusia dari benua terkecil ini :)
sesungguhnya aku rindu dgn melbourne!
:-(
Betul la, metropolitan yang cantik dengan pelbagai budaya!!
I love the Shrine of Remembrance.
Make sure you tell all your friends to visit it when in Melbourne!!
http://melbourne-shrine-of-remembrance.blogspot.com/
Post a Comment