Perkara yang menarik sekali dibincangkan sejak menduduki bumi Australia ini adalah nilai matawangnya!. Rata-rata penuntut yang datang ke Australia ini terdiri dari negara yang mempunyai pertukaran wang yang lebih rendah nilainya berbanding Dolar Australia. Sebagai contoh, RM 2.83 adalah bersamaan AUSD 1.00. Jadi, sekiranya saya mempunyai sebanyak AUSD 1000.00, bermakna saya mempunyai RM 2830.00!. Bayangkan berapa banyak wang yang anda boleh dapat sekiranya anda berasal dari Indonesia, Filipina, Cambodia, Vietnam dan negara-negara Asia yang lain.
Seronoknya belajar di sini adalah kerana kami di bayar untuk belajar. Kami akan di bayar AUSD 19.50 sehari selama 4 1/2 bulan (Alhamdulillah.... yippi!!) dan beberapa elaun lain lagi. Kami juga dibayar untuk Field Trip, aktiviti luar darjah yang sungguh menarik. Melancong sambil belajar. Field Trip untuk minggu ini (esok), Melbourne. Minggu depan, Geelong dan minggu satu lagi, Balarat. InsyaAllah entri akan datang mengandungi gambar-gambar Field Trip saya.
Berbalik kembali membicarakan tentang dolar Australia, semua orang seolah-olah ingin menjadi manusia yang paling penjimat. Sangat berhati-hati dalam perbelanjaan, berkira-kira dengan apa yang hendak dibeli dan serta merta menjadi Pakar Matematik, semua orang mempunyai keupayaan membuat pengiraan pertukaran matawang dengan 'sangat pantas' (hihi.. macam pengurup wang..). Manakan tidak, masing-masing ingin menjadi 'kaya sedikit' apabila pulang ke negara masing-masing nanti :P.
No comments:
Post a Comment