Tuesday, February 28, 2006

OZ Slang dan Muzium RAAF

Ada orang kata, kalau kita nak kenal sesuatu bangsa, kita kena kenal makanannya. Tapi, di Australia ini, jika anda ingin mengenali bangsanya, kenalilah bahasanya!
Bagusnya AustFamil (Australian Familiarization) nie adalah mereka mengajar OZ slang/jargon pada minggu kedua. Setelah seminggu tinggal di Australia, bercakap dengan orang Australia, mendengar orang Australia bercakap dan terpikir-pikir apa benda Aussie nie cakap!
Hari nie kelas pagi khas diperuntukkan untuk belajar OZ slang/jargon. Memang nampak lucu bila kita yang mampu berbahasa Inggeris tidak begitu memahami apa yang si Aussie cakap!
Ayat yang paling biasa kita dengar pun baru pagi tadi tahu ejaannya!
Gidday mate?
Howayou goin, mate?
Houseit goin?
No worries!! <--ini banyak="" dengar="" p="" paling="" perkataan="" saya="" yang="">
Pada asasnya bahasa Australia ini adalah bahasa Inggeris paling kasar. Dalam hari-hari mereka, anda akan biasa dengar;
you lucky bastard!
Bloody good!
you silly dill!!
Rage on!
Ada banyak lagi yang boleh dipelajari dengan melawat laman Kamus Macquarie dan Koalanet.com. Bloody intresting!!
Sebelang petang ada lawatan ke Muzium RAAF (Royal Australia Air Force). Satu yang saya suka tentang Australia ini ialah bagaimana mereka menghargai pencapaian orang lain. Terutama mereka-mereka yang pernah menaikkan nama Australia. Apa yang ada di muzium ini, membuktikan segalanya.
Sesampai sahaja kami di Muzium RAAF, kami terus di berikan satu pertunjukkan sebuah kapal terbang lama. Nama kapal terbang ini adalah Sopwith Scout tapi nama ringkasnya Pup. Menariknya, kapal terbang ini telah digunakan sejak peperangan dunia pertama lagi. Boleh diorang mentain kapal terbang buruk nie!! Malah siap dengan pertunjukkan penerbangan sekali. Tak der kunci kapal terbang nie, nak start kena pulas kipas depan dia!!

Selepas itu masuk dalam dewan pameran, ada banyak lagi kapal terbang lama. Bahan sejarah lama. Mereka mempamerkan sejarah mereka dengan penuh patriotik dan nostalgik!!



Kebetulan, saya telah terjumpa seorang tentera Australia berpangkat Kapten yang berasal dari Sabah, Malaysia. Kapten Vun Robert telah menetap di Australia selama 13 tahun dan berkhidmat dalam Kor Agama. Kat sini Kor Agama ada dua cabang, Kristian dan Yahudi. Masih fasih berbahasa Melayu. Beliau mengajak kami datang ke rumahnya. Seorang lagi orang Malaysia di Australia.

5 comments:

is150 said...

seronoknya dpt pergi negara orang.... kata orang, banyak berjalan, luas pandangan...

ye tak?

doBot said...

bestnya dapat pergi ke sana. Kirenya orang OZ nie macam orang melaka la yek. Bahsa kasar, tapi hatinya baik.

szakif said...

sejak bile pulak cikgu pandai kate "layannn..." ni.. cam selalu dengar tagline ni kat mawifc.com je... haha... bestnye dapat observe budaya orang lain....

Amir Azmi said...

is150: Alhamdulillah, setakat nei jer saya dah belajar banyak perkara tentang negara orang. InsyaAllah saya akan kongsi dengan semua orang.

dobot:Ha ah dobot, lebih kurang macam tu la. Tapi, kadang-kadang dia rasa macam kita sindir bahasa dia bila kita guna bahasa dia dengan intonasi yang tak betul. So, kena guna OZ slang dengan orang yang kita rapat dan kenal jer!!

szakif: ye ker, cikgu sebut jer pasal selalu dengar orang cakap macam tu :) InsyaAllah, mudah-mudahan awak pun dapat peluang macam cikgu, Ameen!

AnakMalaya said...

fair dinkum, mate! ;-)