Sunday, February 19, 2006

DITC

Di KLIA, sedih...
Menurut dairi saya, sepanjang minggu lepas saya telah menghadapi hari-hari yang getir. Hari-hari getir yang memerlukan ketahanan mental. Mental ku terdera!. Namun, di saat ini, alhamdulillah. Menaip dengan tenang di hadapan komputer di salah sebuah bilik, di DITC.
Rabu
Pada sebelah petang bertolak ke Shah Alam dari Seri Manjung.
Khamis
Menghadiri taklimat di Kedutaan Australia. Jam 1030, dengar taklimat ambil pasport dan visa.
Jumaat
Temuduga dengan Pengarah. Beliau sangat-sangat mengharap anggota yang dihantar akan berusaha bersungguh-sungguh menguasai pengetahuan yang bakal diperolehi di Australia dan kembali dengan mengembirakan pasukan, kembali memberi sumbangan yang besar kepada pasukan. Habis sahaja taklimat dengan Pengarah, memecut ala F1 ke Seri Manjung balik. Buat persiapan untuk bertolak ke KLIA esok.
Sabtu
Bertolak dari Seri Manjung jam 0930, dan sampai KL kira-kira jam 1330. Sempat lawat pameran pertanian di PWTC. Jumpa Abang Ahi, sahabat lama masa sekolah menengah. Sampai rumah kak ipar, terus pergi rumah salina. Dapatkan hadiah GJ yang dah lama terperap di rumahnya. Jam 1800, bertolak ke KLIA. Check-in, dari kelas business dapat kelas pertama. Alhamdulillah. Pertama kali naik kapal terbang, pertama kali kelas pertama. Seroonok :).

Setiba di Melbourne, sejuk!!
Ahad
Mendarat di Melbourne jam 0715, di Malaysiaku jam 0515. Suhu di Melbourne 16 darjah celcius. Di sambut oleh Sarjan John Luca. Orangnya sangat baik dan peramah. Dari Melbourne terus ke DITC. Beliau telah menjadi semacam tourist guider kami dan bantu kami belikan phone kad. Keperluan paling penting dalam dunia pada ketika ini. Call dua tiga kali baru dapat, terus lapor keadaan kepada isteri. Petang, dengan Mej. Khairudin. Pergi Footscray, beli barang keperluan. Ini pekan Vietnam yang ada jual banyak keperluan orang Asia. Ada jual cencaluk. Balik, makan mess, mandi, sembang dengan roomate dari Indonesia dan tidur. Esok pendaftaran kursus bermula. Tidur dulu deh!!

13 comments:

Unknown said...

selamat berkursus. :)

Anonymous said...

alhamdulilah. lega rasa bila hadiah dh smpi ke tgn org yg sepatutnya. baru la boleh balik ipoh dgn senang hati. :)

nice to meet you n your family. comel umairah. selamat pergi dan selamat kembali dr australia. insyaAllah.

pesan kanggaroo sekor bole? hehehe :p

-salina-

Anonymous said...

ooi salina, hang pi jumpa tak bagitau aku, selalu gitu

Unknown said...

bahtiar_csam: terima kasih. : )

salina: Occay, saya pun tengah tercari cari tempat yang sesuai untuk cari cenderahati di sini. InsyaAllah!! Boleh kata semua 'marsupial' (kangaroo, koala dan lain-lain!!) comel-comel!!

ron97: awak boleh selalu jumpa saya, just baca blog saya aja :)

Hamsatul Azlina said...

jaga diri di tempat org bang.. miss u...

Unknown said...

cikgu, hamsatul azlina tu isteri cikgu ke? haha... first time tau name beliau... indah namenye... hehe... bile pulak saye nak pi oversea ye? lantai kapal terbang langsung tak pernah jejak! dulu dapat offer pi ukraine buat medic, parents tak benarkan... ape nak buat. mungkin bukan rezeki saye nak pi blajar kat situ. bile tengok gambar member2 saye kat (sambest gak) dalam friendster, rase cemburu timbul sebab seawal first year dah jumpe mayat. hm.. i'm not saying that seeing dead body is fun, it's just that i dun have the opportunity to get the experience. apart from that, i wanna wish to you cikgu, selamat berkursus. dah lame cikgu tak update blog, tau2 je terbang ke australia. kem salam kat kanggaroo2 kat sane dengan lafaz ~~(^@&#*#}{{ (bahse kanggaroo)
c(=

Unknown said...

ayang: InsyaAllah yang :) miss u too.

szakif: InsyaAllah, akan datang juga rezekinya satu hari nanti :) Setakat nie belum jumpa kangaroo lagi, nanti kalau jumpa, insyaAllah cikgu sampaikan :)

Anonymous said...

salam alaik cikgu..
amboi cikgu,lama xziarh cni.tau2 dh ke aussie.sronotnya.dh lama nk ke sna.apapun,fatimah doa cikgu siht&sabar naa.:)
oh ya,br ni(awl feb) sy bercuti ke egypt.rezki jumpa abdul munir.tp syg xdpt jmpa ahmad baihaqi sbb dia blk msia.
ok cikgu,jgn risau..blk tu grenti putih&ganteng.ehehe.have fun!

Unknown said...

Walaikum salam, terima kasih doakan kesejahteraan cikgu :). InsyaAllah, Hidup bermakna itu mesti selalu berubah. InsyaAllah, cikgu juga perlu kepada hidup yang bermakna... kerana Allah Talla.

Anonymous said...

seronok dapat pergi luar negeri. harap2 sebelum mati aku nak merasa pegi sana gak.

Unknown said...

anonymous: InsyaAllah, saya dulu pun tak pernah terfikir!Pengalaman yang sangat bermanfaat!!

Doa dan berusaha, InsyaAllah. Niat yang baik selalu dipermudahkan Allah.

Angah said...

footscray: tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain..

Unknown said...

Thanks Peter,

but I think you got a wrong number!