Saturday, February 25, 2006

Cuaca dan Talian Hayat

Sebelum saya sampai sini, saya selalu diberi tahu bahawa "you can have four seasons in one day". Hakikatnya itu adalah satu keyataan yang paling nyata sekali. Laporan cuaca di sini sangatlah penting. Setiap hari kena tonton TV atau buka internet untuk mengetahui cuaca setiap hari di Australia. Menjadi kebiasaan bagi orang di sini membawa beg sandang yang mengandungi baju sejuk untuk ke mana-mana. Cuaca di sini sukar diramal.
Hari ini Mej. Khairudin bawa kami jalan-jalan lagi. Bagi memahirkan kami dengan jalan-jalan di Melbourne. Biasa la, buka internet sebelumnya dan tengok laporan cuaca. Tengok di sini. Hari ini thunderstorm. Memang betul pun, lebih kurang jam 1300 hujan turun dengan lebat. Hujan baru jer berenti lebih kurang jam 2030 tadi.
Tadi saya pergi cari makanan Melayu di Changi Village Nasi Lemak. bayang seminggu makan ikan mat salleh jer. Ikan tanpa rasa!. Dapat nasi + 3 jenis lauk = AUSD 6.80, makan macam orang tak pernah makan. Kelazatan ketakterhinggaan :P.
Pergi Melbourne Center, pusat membeli belah dengan stesen keretapi. Di Malaysia, kira macam KL Sentral la. Kat sini ada restoran kebab halal dan ada jam yang menyanyi. Tepat jam 1200, jam ini menyanyi. Merdu...


Sempat juga beli kad sim pra bayar, OPTUS. Salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal. AUSD 29.95 untuk AUSD 30.00 starter pack. Bagusnya cuma mendaftar melalui internet sahaja dan selepas 2 jam, dapat satu SMS dari syarikat tersebut dan maklumkan nombor telepon. Terus SMS 'cewek gue'. Rasa nak menjerit jer bila dia dapat SMS reply dari 'cewek gue'. Alhamdulillah.

2 comments:

BooK said...

kau baru sampai ke australia?
haha
berdasarkan perkiraan, aku sampai awal sedikit
nway, mmg sini summer tp sejuk tp boleh gak rase cam autumn boleh gak spring
all seasons in one day
depa main combo kat sini ek?

kalau kau nak tau, melbourne center tu ade dalam filem mr nice guy (jackie chan)
aku cam jam besar tu

kau pakai optus pakai plan ape?
nak no aku?

btw, kau buat ape kat sini?
lame ke?

Unknown said...

bukhariramli: Sampai Australia nie ada la dekat seminggu. ha ah, tapi hari Khamis dan Jumaat lepas memang panas. Panas dan kering, susah gak nak tidur.

Aku buat kursus Jurulatih kat William Air Force Base, Laverton. kat sini 4 1/2 bulan.

Ko dah beli tiket badminton sukan Komanwel? Boleh tengok Malaysia main!!