Saturday, August 27, 2005

Ahmed Hoosen Deedat

Seingat saya, dalam sebuah rancangan Jejak Rasul pernah menayangkan lawatan krew TV3 ke rumah Ahmed Deedat. Dalam rancangan itu dinyatakan seorang Pembela Islam yang Unggul sedang terlantar sakit. Menurut rancangan itu, Ahmed Deedat mengalami lumpuh dari paras tenguk sehingga ke kaki. Beliau hanya terlantar di katil dan ditemani oleh isterinya. Namun, yang menarik perhatian saya ialah keupayaan Ahmed Deedat berkomunikasi dengan krew TV3 hanya menggunakan isyarat mata. Isyarat mata ini kemudian diterjemahkan oleh anak beliau yang selalu mendampinginya apabila ada orang yang ingin berkomunikasi dengannya. Di dalam rancangan itu juga, Ahmed Deedat kelihatan mengalirkan air mata kerana rasa gembiranya melihat saudara seagamanya dari Malaysia datang melawatnya. Pada ketika itu, saya tidak begitu mengambil perhatian dan membuat rujukan atas tokoh yang unggul ini. Tokoh yang unggul dalam membela Islam.

Sehinggalah pada 10 Ogos yang lepas, saya terbaca banyak laporan akhbar tentang kematian Ahmed Deedat. Beliau meninggal dunia ada pada 8 Ogos 2005 dalam keadaan tenang. Beratus-ratus orang datang dari Afrika Selatan dan seluruh dunia untuk memberi penghormatan terakhir buat beliau. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Verulam yang terletak di daerah KwaZulu Natal, Afrika Selatan.

Dalam pencarian maklumat tentang tokoh ini, saya telah bertemu sebuah artikel yang ditulis oleh Fatima Asmal dari An Nisaa Publication (berpusat di Afrika Selatan) tentang Ahmed Deedat semasa berliau terlantar di atas katil kerana lumpuh. Cerita ini diperolehi dari anak Ahmed Deedat yang selalu mendampinginya sebagai penterjemah kepada para tetamunya. Berikut adalah sebahagian dari catatan Fatima Asmal yang dapat saya terjemahkan.

Pada 26 Oktober 2002, lebih kurang jam 7.30 pagi. Reverend Naidoo membuat perjalanan ke 49 Trevennen Road di Verulam, KwaZulu Natal. Satu sahaja misinya yang jelas: meng'kristian'kan Sheikh Ahmed Deedat.

“En. Deedat, bolehkah saya mendoakan awak atas nama Jesus?” dia memulakan kata-katanya. “Dan jika saya doakan atas nama Jesus, awak sembuh dan mampu berjalan. Sudikah awak menjadi pengikutnya.”

“Bolehkah saya bacakan awak surah dari kitab Bible ini dengan harapan Jesus akan menyembuhkan awak?" dia bertanya lagi.

Sheikh Ahmed Deedat memberi gerak balas menggunakan matanya dan dicatat oleh anak lelakinya di atas buku nota hitam yang terletak bersebelahannya. “En. Naidoo,” beliau berkata, “Tolong bacakan saya Bible Genesis Chapter 19 Verse 30.”

Reverend Naidoo yang rasa sangat gembira apabila permintaannya dipersetujui. “Dear Jesus, speak through the eyes!” dia berkata, pada masa yang sama membuka muka surat berkenaan dan membacanya: “And Lot went up out of Zo’ar, and dwelt in the mountain, and his two daughters with him; for he feared to dwell in Zo’ar: and he dwelt in a cave, he and his two daughters. And the firstborn said unto the younger, Our father is old, and there is not a man in the earth to come in unto us after the manner of all the earth: come, let us make our father drink wine, and we will lie with him, that we may preserve seed of our father. And they made their father drink wine that night: and the firstborn went in, and lay with her father; and he perceived not when she lay down, nor when she arose. And it came to pass on the morrow, that the firstborn said unto the younger, Behold, I lay yesternight with my father: let us make him drink wine this night also; and go thou in and lie with him, that we may preserve seed of our father. And they made their father drink wine that night also: and the younger arose, and lay with him; and he perceived not when she lay down, nor when she arose. Thus were both the daughters of Lot with child by their father.”

Sekali lagi, dengan gerakan anak mata, Sheikh Deedat bertanya, “Apakah moral dari kisah itu? Apakah yang awak belajar darinya?”

Reverend Naidoo, tersentak dan terkejut, beliau bergegas meninggalkan Sheikh Deedat, tanpa memberi apa-apa jawapan. Misinya gagal dan memalukannya.

Ini adalah sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Fatima, selanjutnya boleh di rujuk di atas link yang terdapat pada tajuk di atas. Semoga, jasa yang telah diberi oleh Ahmed Deedat sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan melahirkan lebih ramai lagi 'Deedat' yang sentiasa di dalam kotak mindanya untuk membela agama Islam walau dengan apa cara sekali pun, samada dalam kedaan sihat mahupun terlantar di atas katil. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh beliau. Al Fatihah.

17 comments:

Anonymous said...

semoga Allah merahmati beliau. siapakah yang boleh mengganti beliau di kalangan orang melayu?
kehadirannya nanti akan mengislamkan ramai bukan muslim di malaysia ini.

Unknown said...

Saudara juga mungkin salah seorang darinya, InsyaAllah. jalan yang masih jauh dan banyak lagi yang perlu diperkemaskan.

Anonymous said...

Silahkan baca cerita saat2 kematian deedat di sini http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/

dosh said...

Bro, apahal post alamat kt bawah ni ttg cerita kematiaan Ahmad Deedat

http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/

Semua org sakit, paderi yg pernah debat dgn Ahmad Deedat pun pernah sakit. aku pun pernah sakit.org kena kanser ,diabetes, sakit jantung ada kah sebab memeluk agama islam??? semua manusia yg hidup di dunia ini pasti akan sakit dan mati.

Anonymous said...

tp yg lebih pelik apabila patung jesus terbesar di ohio pd jun 2010 di panah kilat petir sehingga hangus dan hancur. yg tu baru pelik.

Amir Azmi said...

Anonymous said...
Silahkan baca cerita saat2 kematian deedat di sini http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/

Saat-saat kematian Ahmad Deedat jauh lebih mulia dari kematian muslim biasa, kerana dalam keuzurannya, beliau masih mampu berdakwah dan menjelaskan dengan terang dan tepat tentang kebatilan yang terdapat di dalam Bible!

Hujah-hujahnya terhadap Bible adalah semata-mata untuk mendedahkan yang Bible itu telah diubah dari kitab asalnya, Injil.

Semoga Allah merahmati rohnya, Ameen.

Anonymous said...

@aMIR aZMI,,, anda mengatakan bahwa "Hujah-hujahnya terhadap Bible adalah semata-mata untuk mendedahkan yang Bible itu telah diubah dari kitab asalnya, Injil."

Dapatkah anda dan kalangan islam membuktikan dimanakah injil yang asli dan bagaimanakah rupanya ? jangan asal menuduh tanpa bukti. !! !

awaludinbashir said...

Mari sama2 kte renungkan...

Org2 Islam percaya kepada semua kitab yg diturunkan sebelum Al-Quran. Kitab-kitab tersebut adalah Taurat, Zabur dan Injil. Kitab-kitab tersebut diberikan kepada utusan Allah (Nabi) dalam bentuk wahyu dan bukannya sebuah buku yg turun dari langit.

Mari kte cube memahami apakah maksud Bible. Bible adalah terjemahan dari bahasa Greek dari perkataan "Biblos" yg bermaksud buku-buku (books). Di dlm Bible juga mengandungi 73 buku (books) mengikut fahaman Roman Katholik dan 66 buku (books) mengikut fahaman Protestant.

Yg mana satukah yg lebih tulen..?yg mengandungi 73 buku atau 66 buku..?jika yg 73 buku lebih tulan sebagai "Injil",mengapa pula ada yg MENGUBAHNYA hingga jadi hanya 66 buku..?sekiranya yg mengandungi 66 buku itu yg tulen,bagaimana pula dengan keimanan terhadap mereka yg percaya dan beriman kepada Bible yg menandungi 73 buku itu..?kerana yg 73 itu muncul lebih awal dari yg telah di UBAH menjadi 66 sahaja.

Bible juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Old Testament dan New Testament. Cuba kte perhatikan, dlm Bible tersebut,tiada 1 pun dari buku yg ditulis di dlm bible adalah buku dari Jesus (The Gospel of Jesus). Sbb semua Gospel dlm Bible ditulis oleh org yg berbeza, Matthew, Mark, Luke dan John. Serta pada muka surat pertama akan ditulis dengan perkataan "According to" dan bknnya "by". Maksudnya, bkn mereka (Matthew, Mark, Luke, John) yg menulis Gospel tersebut, akan tetapi org lain yg menulis dan mengatakan itulah tulisan mereka.

Dlm Bible juga hanya menceritakan bahawa Jesus pergi ke suatu tempat untuk mengajarkan Gospel, pergi ke tempat lain dan mengajar Gospel. Persoalannya, adakah Jesus pada ketika itu memegang Bible di tgnnya dan membaca Gospel yg ada dlm Bible tersebut...?Jika ia, Bible Versi mana yg Jesus gunakan...?Roman Katholik..?King James Version..?Simple English Version..?

Org Islam percaya kepada Injil dan Injil yg kami percayai adalah Wahyu yg telah diberikan kepada Jesus (Nabi Isa a.s). dan bukan Bible yg didakwa oleh org kristian.

Anonymous said...

Yesus memang disalibkan dan mati dikayu salib, tapi ingat mati artinya tubuhnya yang mati, tapi rohnya hidup. Tuhan Yesus juga mau sampaikan kepada umatNya bahwa Akulah Tuhanmu yang rela menebus dosa manusia, disalibkan untukmu orang berdosa. Sama seperti ketika umat israel dilepaskan dari mesir, Tuhan membelah laut untuk menyelamatkan bangsa Israel, tujuannya hanya satu agar bangsa Israel sadar dari penyembahan berhala, lalu melihat dengan kepala mata sendiri Akulah Tuhanmu, Sembahlah Aku. Dasar israel bebal hanya 5 % pengikut Kristen di Israel sekarang, 35 % Muslim, 50 % agama Yahudi. Ternyata banyak juga Yahudi muslim 35 % di Israel sekarang. Jangan-jangan iron dome yang buat siapa. Kembali ke topik. Jujur saya saya sudah menulis 4 halaman penuh, itu masih sedikit yang saya jawab, begini saja. Syaikh Ahmad Deedat tunjukkan dirimu, kalau kamu sudah mati maka bangkitlah dari kuburanmu kita debat atur saja dimana & kapan. Saya sarankan kalau debat itu sama Ahli Kitab, kebanyakan dari keturunan 12 suku Israel. Saya berharap sebelum anda mati Syaikh Ahmad Deedat anda sudah belajar mengasihi orang-orang yang di Afrika Selatan yang telah menyakiti anda itu. Lupakanlah dendam & kebencian anda dengan Nasrani & Kristen. Saya minta maaf jika bisa mewakili orang-orang yang menghujat anda ketika anda kecil di Afrika Selatan. Lupakanlah dendam & kebencian itu, janganlah anda membaca Alkitab atau Bibel dengan mata merah & kemarahan ingin membalas dendam masa kecil. Sayangnya saya masih disini mengerjakan Tugas yang begitu banyak, kalau tidak saya ingin bertemu dengan anda Syaikh Ahmad Deedat, Ajaran kristen, adalah ajaran Kasih. Kami diajarkan untuk mengampuni musuh kami. Kami juga diajarkan untuk memberi makan & minum musuh kami, ketika musuh kami butuh tempat tinggal maka kami wajib memberi tempat tinggal, ketika musuh kami kelaparan kami wajib berikan makan & minum, itulah ajaran Kristen. Sehingga musuh kami seperti mendapatkan bara api diatas kepalanya & sadar telah memusuhi kebenaran. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Syalom Damai Sejahtera bagi kita semua by : Dan

Anonymous said...

ohh jesus mati di kayu salib .. kalo la jesus mati atas kerusi eletrik .. ? org kristian buat apa ?? buat kerusi eletrik gantung kat leher ?? .. hahaha

Unknown said...

Bukti..bile terlalu banyak kontradiksi di dlam bible tentu tidak benar..2000 tahun yg lalu masa yg lama. Hanya tuhan yang tahu injil yg sbnr

Unknown said...

Bukti..bile terlalu banyak kontradiksi di dlam bible tentu tidak benar..2000 tahun yg lalu masa yg lama. Hanya tuhan yang tahu injil yg sbnr

Kasih Agape said...

Berani menghina kematian YESUS di kayu salib itulah akibatnya.

YESUS rela di siksa dan mati dlm daging demi deedat, tapi ia menolak tuk percaya makax Tuhan izinkan dia merasakan sedikit dari siksa salib sampai ajalnya.

YESUS tahu kedalaman hati deedat yg jahat, tdk mungkin YESUS mau menyembuhkannya. Percuma pendeta itu mendoakan deedat, sbb ia telah mengeraskan hatinya tuk kebinasaan dlm kekekalannya.

Siapa lagi yg antri mau bukti Keallahan YESUS seperti ahmed deedat ?
Silahkan hina terus YESUS dan Injil-Nya sambil nantikan konsekuensinya !!!

Amir Azmi said...

Kasih Agape: Cuma kamu jelaskan apa pelajaran yang kami dapat dari Genesis Chapter 19 Verse 30? Soalan ini bukan dari saya, tapi dari Ahmed Deedat!

Kami sebagai Muslim mengangkat semua pesuruh Allah adalah orang yang terpilih lagi mulia, soleh dan paling beriman, tidak mungkin mereka akan melakukan maksiat kepada Allah. Dan saya yakin kamu juga percaya semua utusan tuhan mestilah yang terbaik.

Satu penghinaan bagi seorang utusan Allah melakukan 'maksiat' seperti yang dinyatakan dalam Genesis Chapter 19 Verse 30!!! Adakah kamu yakin Bible yg kamu pegang itu 'TULEN'?

Anonymous said...

saya masih lagi baharu menonton video video sheikh.. dan mesej yang saya nampak dalam ceramahnya..lebih kepada memuliakan isa dengan carfa yang betul.. kita tidak berilmu.. janganlah kita menghukum.. 40 tahun usianya meneliti.. betull., dia tidak membahaskan al quran kerana dia adalah pakar dalam bible.. lihat ceramahnya dengan shorosh.. itu label yang dia dapat.. "Muslim Scholar of the bible".. sedikit pun tidak dia berniat untuk menyerang kristian.. itu yang kita salah faham... apa yang kita nak.. telahpun kita dapat daripada hasil debat beliau dengan tokoh2 kristian yang lain.. kita berhak menilai... jika tujuan kita mencari kebenaran,, bukan mempertahankan.. mesti kita membuat penilaiaan yang bijak untuk meniliti kebenaran.. apa yang saya beritahu ini bukan sahaja tentang sheikh.. malah untuk ulama bible juga... mereka ini memberi kita ilmu untuk menilai.. apakah kita salah menilai tuhan,... atau benar... itu kita menilai.. dan moga2 kita mebuat peniliaan yang bijak...

Yasin Mohammad said...

”Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan Saudara-saudara kami yang Telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hasyr : 10)

Unknown said...

dah debat ke belum dengan dr zakir naik?? takkan tunggu mati baru nak ajak debat..kah3