Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed. Tanpa subsidi, harga petrol premium (RON97) ialah RM2.45 seliter dan bukannya RM1.62 seperti harga sekarang dan harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM2.07 seliter. Tapi pengguna membeli seliter diesel dengan harga RM1.28 sahaja. Menurut beliau lagi, anggaran subsudi bagi tahun ini mencecah sekurang-kurangnya RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan. Oleh itu Kerajaan cuba untuk menghapuskan subsudi petroleum secara berperingkat.
Jika di buat perkiraan kasar, kos tenaga tanpa subsudi sangat membebankan pengguna. Nilai ini sebenarnya memang tidak mampu di tanggung oleh pengguna dan nilai inilah yang akan di tanggung oleh pengguna jika tidak sekarang, pasti suatu hari nanti.
Kita sememangnya tiada pilihan untuk mendapatkan tenaga dengan cara menurunkan nilainya. Nilainya akan bertambah dari satu masa ke masa akan datang. Keperluannya juga bertambah dari hari ke hari. Satu sahaja penyelesaian terbaik terkini, iaitu penjimatan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Fong Chan Onn berkata, semua pejabat kerajaan diarahkan meningkatkan sedikit tahap suhu bilik yang berhawa dingin bagi menjimatkan penggunaan pendingin hawa, berkuat kuasa esok ( 2 Ogos 05), Utusan Malaysia, 1 Ogos 05. Ini merupakan langkah yang baik tetapi dari segi aplikasinya belum dapat dipastikan. Permulaan yang baik ini sebenarnya harus dilakukan sejak lama dahulu. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.
Telah banyak kali diberitahu bahawa pembaziran itu sesuatu yang merugikan malah menjadi sahabat kepada syaitan. Sudah tiba masanya kita memaksa kaki yang manja untuk melangkah ke suatu tempat. Mendesak perut yang boroi menghadzam sedikit makanan. Bibir yang manis mengurangkan bercakap. Semuanya melibatkan tenaga yang besar. Tenaga yang besar memerlukan kos yang besar juga.
Dengan mengurangkan penggunaan petrol, lebih banyak berpuasa dan merendahkan bil telepon sangat-sangat membantu kita memahami bernilainya rezeki yang diperolehi dan melihat pembaziran itu satu kecuaian sikap yang tidak boleh dimaafkan. Namun, itu bukan membawa kita kepada kebakhilan!!!. Adakalanya, apa yang telah ditakdirkan Allah itu membawa rahmat pada sesetengah orang mukmin.
No comments:
Post a Comment