Cerita ini berkenaan dua pegawai tentera yang telah bersara dan berkawan baik. Mereka sangat rapat sehinggakan rutin mereka pun sama setiap hari. Pada waktu subuh, mereka akan solat berjemaah bersama di masjid yang sama. Sarapan pagi di warung kopi yang sama dan pada selepas dari itu, mereka akan main golf bersama. Begitulah rutin mereka selepas bersara dan mereka gembira dengan rutin mereka.
Sehinggalah pada satu hari, salah seorang kawannya meninggal dunia. Maka bersedihlah kawan yang satu lagi.
Semenjak dari hari ini, dia masih lagi melakukan rutinnya tetapi berseorangan. Beliau masih lagi bersolat, masih lagi bersarapan di warung kopi yang sama tetapi sudah tiada minat bermain golf lagi kerana tidak seronok bermain berseorangan. Aktiviti lama itu digantikan dengan hanya tidur di rumah sahaja.
Lama-kelamaan, kerana rutin yang tidak sihat itu, kesihatannya mula merosot. Beliau sudah tidak secergas dahulu dan ditambah dengan usia yang sudah sampai ke penghujungnya.
Pada suatu malam, beliau bermimpi bertemu dengan kawan lamanya yang telah meninggal. Beliau melihat kawannya ceria di dalam syurga.
"Hey kawan apa khabar? buat apa sekarang?" tanya kawan kepada kawan yang berada di syurga.
"aku kat sini sihat sejahtera, boleh kata tiap hari aku main golf. Kalau hujung minggu siap ada tournument lagi" jawab kawannya
"aku kat sini tak berapa sihat jer, sejak ko meninggal. Dah tak minat dan larat lagi nak main golf" balas kawan yang sedang bermimpi.
"tapi aku ingat, lebih baik ko praktis dari sekarang!!" seru kawan yang telah meninggal.
"kenapa??" tanya kawan yang sedang bermimpi kemusyukilan.
"pasai aku tengok hujung minggu nie nama hang naik!!!"
No comments:
Post a Comment