Friday, August 12, 2005

Vasily Grigoryevich Zaitsev

Beliau di lahirkan di Yelino pada 23 Mac 1915. Beliau merupakan lagenda Penembak Tepat (Sniper) dalam Peperangan Dunia II. Medan yang telah menaikkan nama beliau sebagai Penembak Tepat terunggul ialah Peperangan di Kota Stalingard. Kehebatannya dalam pertempuran ini telah mengorbankan 225 anggota dan pegawai musuh termasuk 11 penembak tepat musuh yang berpangkat Leftenan Muda.

Pertempuran di Stalingard pada Disember 1942 merupakan detik yang sangat bersejarah bagi Rusia. Ini kerana Kota Stalingard merupakan kota yang mengambil sempena nama pemimpin mereka ketika itu iaitu Joseph Stalin. Pertempuran yang mengorbankan lebih ramai Tentera Rusia telah meruntuhkan moral kebanyakkan dari mereka. Kebanyakkan Tentera Merah Rusia yang berada di sana telah kehilangan semangat (moral) untuk mempertahankan kota tersebut di sebabkan keampuhan peralatan perang German seperti Rejimen kereta Kebal Panzer dan kecanggihan kuasa udara pesawat Lutwaffe. Namun setengahnya berjuang atas semangat kebangsaan Rusia, propaganda Komunis dan perasan ingin membalas dendam di atas kematian rakan-rakan meraka.

Chief Petty Officer Vasily Grigoryevich Zaitsev yang ketika itu berapa dia Lautan Pasifik tidak dapat menahan dirinya untuk terlibat sama dalam pertempuran di Kota Stalingard di mana penjarahan dilakukan secara berleluasa oleh Tentera German. Pada 20 September 1942, beliau di bawah Division Ripel ke-284 telah mara ke Kota Stalingard bagi menangkis kemaraan Tentera German yang lebih kuat dan memiliki peralatan yang canggih.

Pada permulaannya, beliau hanya ditugaskan sebagai kerani. Kehebatannya mula di tonjolkan apabila beliau berjaya menembak mati seorang 'gunner' Tentera German dengan hanya menggunakan senapang biasa (Mosin Rifle) pada jarak beberapa ratus ela. Kejayaannya menembak mati tentera musuh itu telah mendapat perhatian dari salah seorang Komandernya yang melihat sendiri kejadian tersebut. Selepas dari itu, beliau telah di'issue'kan senapang dengan teropong yang lebih canggih dari senapang biasa. Sejak dari itu, pengisahan lagenda Vasily Grigoryevich Zaitsev bermula.

Kehebatan Vasily Grigoryevich Zaitsev menjadi buah mulut yang hangat pada ketika itu sekaligus menaikkan semangat Tentera Merah Rusia yang pada ketika itu kelaparan, kesejukkan, moral yang rendah dan berputus asa dari terus mempertahankan Kota Stalingard. Pihak Komunis juga telah melancarkan perang propaganda dengan menyiarkan jumlah Tentera German yang mati di tangan Vasily Grigoryevich Zaitsev. Ini telah banyak mengubah suasana peperangan yang sebelum ini hanya berat kepada Tentera German.

Kehebatan Vasily Grigoryevich Zaitsev telah menjadi ancaman kepada moral Tentera German. Bagi mengatasi masalah ini, Pihak German telah menghantar penembak tepat mereka iaitu Colonel Heinz Thorvald (Sesetengah mengatakan nama beliau ialah Major Konig). Penembak tepat yang terbaik Tentera German. Namun, kehebatan Colonel Heinz Thorvald tidak dapat mengatasi kelicikan dan kepintaran Vasily Grigoryevich Zaitsev. Beliau akhirnya terbunuh setelah di buru oleh Vasily Grigoryevich Zaitsev selama beberapa hari. Vasily Grigoryevich Zaitsev dapat mengesan beliau sedang menantinya di bawah kepingan zink lama. Namun, kisah ini tidak dapat dipastikan kebenarnya sehingga hari ini.

Teropong Telescopic musuhnya merupakan hadiah terbesar baginya setiap kali beliau berjaya menewaskan musuhnya. Kini, teropong itu di pamerkan di Muzium Angkatan Tentera Rusia untuk menaikkan semangat pejuaang-pejuang muda pada hari ini. Disamping itu juga, kisah bersejarah ini juga telah difilemkan. Tajuk filem tersebut ialah 'Enemy at the gates'.

Beliau mula menguasai kemahiran menembak sejak kecil lagi sewaktu berburu rusa bersama datuknya di pergunungan Ural. Semasa kecil, beliau juga dikenali sebagai 'Hare' yang bermaksud 'arnab liar' dalam bahasa Rusia. Ii menyebabkan 'sniper' yang mendapat didikan beliau di panggil 'Zaichata' yang bermaksud 'bayi arnab liar'!

Vasily Grigoryevich Zaitsev bersara dari tentera dengan pangkat Kapten dan membuka kilang sendiri di Keiv. Beliau meninggalkan dunia pada 15 Disember 1991. Biarpun beliau telah tiada lagi, tetapi semangat dan kebijaksaannya di medan pertempuran Stalingard menjadi inspirasi penembak-penembak tepat pada hari ini.

No comments: