Wednesday, August 17, 2005

Selamat Datang Baby

Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu maha Agung. Tepat jam 0258 pagi ini, anak pertama ku selamat dilahirkan. Alhamdullilah juga kerana kelahirannya berjalan dengan lancar. Bermula dengan rasa sakit lebih kurang jan 0200 pagi membawa kepada kelam kabut untuk membawa isteri ke hospital. Sesampai di hospital, terpaksa balik semula kerana isteri tertinggal dokumen penting dan pada ketika itulah, 'baby' dilahirkan. Alhamdulillah. Nampaknya 'duty' bulan ini akan di bawa ke bulan hadapan dan 'duty' baru untuk cuti 7 hari yang akan datang. Apa-apa pun, Syukur Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah.

4 comments:

liney said...

Tahnia dapat baby girl, Amir. Semoga dimurahkan lagi rezeki. Tak la berat sangat baby tu 2.5kg banding dengan liney dulu 3.5kg. Lahir-lahir semua orang cakap cam dah 3-4 bulan. La ni dah setahun 4 bulan, kurus keceding plak. Anyway, selamat menempuh hari-hari bahagia bersama orang baru.Jangan lupa bangun pagi-pagi tolong orang umah bagi susu kat baby....baru suami mithali sejati!!

abdila said...

tahniah cikgu!! semoga anak2 cikgu menjadi qurratun a'yun dan menjadi anak2 solehah hendaknya....

aini nadiah said...

tahniah cikgu !! s
emoga baby and wife cikgu sihat hendaknye ! pasnih kalau tableh tido malam jgn merungut eh ! hahhaahhaa...

bahtiar said...

Tahniah cikgu... :)