Wednesday, January 01, 2014

Azam 2014

Aku jarang merancang azam, bagi-ku azam itu cuma niat dan yang terlebih penting adalah pelaksanaanya. Jika dilihat 20 tahun yang lalu, aku bersyukur kerana banyak perancangan yang telah kucapai. Walaupun ada beberapa kekesalan dan kekecewaan, namun aku tetap reda dengan ketentuan Allah. 
Aku terdengar dari salah sebuah clip motivasi tentang peluang pada masa yang betul, tempat yang betul, orang yang betul dan sebagainya. Sebenarnya (menurut clip tersebut) peluang itu sangat tipis dan jarang ditemui. Apa yang perlu kita lakukan adalah kita sendiri mencipta peluang itu! Ada bran!. Sebenarnya untuk mencapai peluang tersebut, kita kena merancang dan berusaha melaksanakan cita-cita yang kita idamkan. Paling penting adalah doa kepada Pencita kita. Tanpa keizinanNya, belum tentu kita boleh capai apa yang kita impikan.
Azam-ku untuk tahun kelahiran-ku ke 40 adalah seperti berikut;
awesome-body.info
  1. Keimanan - Melebihkan baca Al-Quran, solat Dhuha, solat jemaah, puasa sunat.
  2. Ilmu - Tingkatkan penguasaan Bahasa Perancis dan Arab ketahap advance, penumpuan Sarjana kaunseling dan cemerlang dalam kursus G2.
  3. Amal - Bakar 1000kcal/sehari, update blog setiap minggu, pantau pelajaran anak-anak setiap minggu, mantapkan pengetahuan menyelam setiap 3 bulan.
Ya Allah, berikan kekuatan kepada-ku untuk melaksanakan perancangan-ku bagi tahun 2014. Semoga usaha-ku ini dapat memberi manfaat kepada-ku dan juga umat manusia sejagat. Ameen :)

No comments: