Ini merupakan pengalaman menyelam-ku yang pertama di luar negara. Ia bermula dengan membaca pengalaman backpackers yang pernah sampai ke Koh Lipe di dalam FB. Pertimbangan pertama yang telah aku buat untuk sampai ke Koh Lipe adalah memastikan aku tiba di Telaga Habour sebelum 2.30 petang. Ini bermakna aku perlu tiba di Pulau Langkawi dari Kuala Kedah sebelum 2.30 petang. Perjalanan dari Kuala Kedah pula mengmabil masa lebih kurang 2 jam ke Pulau Langkawi, ini bermakna aku perlu ada di Kuala Kedah seawal pagi yang boleh untuk mengelakkan dari tertinggal feri.
Dari Seri Manjung, tiada satu syarikat bas pun yang boleh capai objektif aku. Jadinya, aku terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Kuala Kedah. Aku telah memilih motor LC-ku sebagai kenderaan ke Kuala Kedah kerana penjimatan petrol dan kemudahan penyimpanan semasa aku berada di Koh Lipe.
Tiket ke Pulau Langkawi |
Aku memulakan perjalanan ke Koh Lipe dengan menunggang motor LC 135-ku ke Jeti Kuala Kedah. Mengikut perkiraan-ku, perjalanan sejauh 300km memakan masa melebihi 5 jam. Aku telah memulakan perjalanan seawal 3.30 pagi. Perjalanan yang dingin dan gelap. Menjelang subuh, hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan-ku ke Kuala Kedah. Seperti dalam perkiraan-ku, perjalanan mengambil masa lebih 5 jam sedikit. Aku tiba di Jeti Kuala Kedah dalam 8.45 pagi. Aku terus menyimpan motor-ku di salah sebuah tempat menyimpan kenderaan di sekitar Kuala Kedah. Kadar bayarannya adalah RM 3 sehari.
Aku terus ke Jeti Kuala Kedah dan sempat membeli tiket jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, dari perkiraan aku, aku akan tiba di Pulau Langkawi jam 11.30 pagi. Ada beberapa jam extra sebelum aku bergerak ke Koh Lipe dari Telaga Habour pada 2.30 petang. Setibanya aku di Pulau Langkawi, aku baru perasan yang aku tidak membawa pngecas iPhone-ku! terbang RM 60 kerana terpaksa beli di Jeti Kuah. Aku terus mendapatkan teksi ke Jeti Telaga Habour dengan menaiki teksi sapu pada kadar RM 45. Kalau ikut kadar teksi standard adalah RM 60, aku dah save RM 15.
Komplek imigresen di Telaga Habour |
Setiba di Telaga Habour, aku telah membuat pendaftaran untuk mendapatkan 'Border Pass' dan tiket ke Koh Lipe. Tiket perjalanan pergi dan balik ke Koh Lipe adalah RM 240. Menurut pakcik teksi sapu, Jeti Telaga Habour ini hanya dibuka pada bulan Nov- Mac sahaja, ini kerana hanya pada bulan tersebut sahaja keadaan laut pada tahap terbaik. Selain dari bulan tersebut, pelancong terpaksa memasuki wilayah Satun, Thailand dan menaiki bot dari Pak Bara untuk ke Koh Lipe.
Jalan-jalan di Telaga Habour |
Selfie atas bot |
Menurut sejarah, Koh Lipe ini berasal dari perkataan Melayu, Pulau Lipis. Majoriti penduduk asalnya adalah orang Melayu dan pulau ini juga dulu di bawah pemerintahan kesultanan Melayu. Namun, di bawah pemerintahan Thailand, budaya dan kehidupan orang Melayu berubah mengikut perubahan zaman. Walupun masih terdapat penduduk Islam di pulau ini, kebanyakkannya tidak dapat berbahasa Melayu kerana populasi pulau ini telah di duduki oleh orang Thailand.
Setiba di perairan Koh Lipe, kami menaiki bot yang lebih kecil untuk ke pantai. Bot nelayan ini sangat unik kerana bentuknya dan jenis enjin yang digunakan. Aku teringat, jenis enjin yang sama juga digunakan oleh bot yang membawa penumpang menyeberangi Sungai Kuala Kangsar.
Koh Lipe |
Selepas selesai urusan imigresen, aku berjalan dari satu resort ke satu resort untuk mencari dive cennter-ku. Oohh.. ujian pertama-ku di Koh Lipe, rupanya dive center-ku terletak di hujung pulau! Sesampai aku di Dave Jones, John menyapa aku dan gembira menyambut aku yang besah berpeluh. Dia memaklumkan yang penginapan di dive center-nya sedang dalam renovation. Maka, beliau telah mengupgade penginapan-ku dari dorm backpackers, 1 bilik 8 orang kepada 1 bilik seorang di resort bersebelahan, Daya Chalet. Fair enough to me :)
Setelah berehat hampir 2 jam, aku berjalan-jalan sekitar pulau. Mencari makan dan tukar duit kepada Bath dan jumpa Iko dan keluarganya. Selesai aktiviti hari pertama, aku tidur awal untuk aktiviti esok :)
No comments:
Post a Comment