Gambar pertama dari Gopro Hero3 |
Syukur Alhamdulillah, di beri keizinan oleh Allah untuk memiliki Gopro Hero3 yang baru setelah Gopro ku yang lama tidak dapat diselamatkan lagi setelah terendam di dalam air garam semasa menyelam di Pulau Perhentian yang lalu. Sememangnya aku kagum dengan Hero3 kerana bentuknya yang lebih compact dan lebih menarik wifi-nya telah siap terbina di dalamnya. Tidak seperti Gopro-ku yang lama, tambahan eksesori diperlukan untuk mengaktifkan wifi-nya. Lebih menarik lagi ialah keupayaannya mengambil gambar dalam keamatan cahaya yang rendah. Walaupun sedikit 'blur' tetapi ia bekerja dengan baik sekali.
Gambar pada keamatan cahaya tinggi |
Petang tadi, setelah servis kereta, saya menguji sekali lagi Gopro Hero3 pada kematan cahaya yang tinggi. Sememangnya sangat mantap. Imej yang terhasil adalah seperti yang di gembar-gemburkan selama ini. Sangat berpuashati dengan produk ini dan In Shaa Allah, minggu depan di Legoland Gopro-ku ini akan beraksi sepenuhnya dan diikuti Pulau Tenggol selepas itu.
Namun begitu ada sedikit kekurangan, atau aku yang belum habis baca manual! Gopro baru ini tidak mempunyai 'set timer'. Ini agak menyukarkan bila kita sendiri terpaksa menekan butang 'shutter' untuk mengambil gambar sendiri. Mungkin konsep wifi yang lebih canggih bersama Hero3 ini, fungsi 'timer' telah dimansuhkan. Apa pun, ia masih yang terbaik :)
No comments:
Post a Comment