Saturday, May 18, 2013

AOW

Setelah tertunda hajat untuk melaksanakan kursus selamat peringkat 'Advanced' kerana PRU13, akhirnya pada hari ini saya berjaya juga mencapai impian untuk ke Pulau Perhentian. Perjalanan solo ini bermula dari Stesen Bas Seri Manjung. Saya berharap ada sahabat baru yang saya akan temui di Pulau Perhentian. 
Stesen Bas Seri Manjung
Selelsai sahaja solat maghrib petang Jumaat (17 Mei), aku terus naik satu-satunya bas yang membawa orang Manjung ke Kuala Besut. Bas dua tingkat ini akan melalui Ipoh, Grik, Kota Baharu dan destinasi terakhirnya adalah Kuala Terengganu. Ini adalah perjalanan yang agak lama bukan kerana jaraknya, tetapi kerana bas ini banyak berhenti kerana mengambil penumpang sepanjang perjalanannya. Saya tiba di Kuala Besut jam 6 pagi (18 Mei). Terus cari surau di Kuala Besut untuk solat subuh. Alhamdulillah, selesai solat subuh terus bergerak ke gerai yang pernah saya lawati untuk bersarapan :)
Gerai nasi dagang, Kuala Besut.
Selesai sarapan terus ke jeti untuk mendapatkan tiket ke Pulau Perhentian di Pejabat Mama's Chalet di kompleks Jeti Kuala Besut. Memang orang Terengganu ini manis-manis belaka buat hari lebih ceria. Sementara menunggu bot datang, sekumpulan penyelam datang untuk ke Pulau Perhentian. Seorang lelaki dan 3 wanita. Saya mula menegur mereka dan akhirnya, mereka menjadi rakan sepanjang berada di Pulau Perhentian.
Rakan-rakan yg saja jumpa di Perhentian
Sebaik sahaja chek-in, saya dan salah seorang rakan baru, Mariko Suraya memulakan kelas advanve di bawah bimbingan En. Colin. Saya dimaklumkan yang beliau berasal dari Perancis. Namun, sepanjang kelas pertama saya tak dengar bahasa Inggerisnya mempunyai loghat orang Perancis. Dia sebenarnya orang Belanda. Pembantu En. Endrew pula orang UK. Saya memang suka dengar loghat orang UK.
Colin dan Endrew sedang menyampaikan kelas teori.
Pelajaran pertama kami adalah, Peak Performance Buoyancy (PPB). Ini adalah kelas paling asas dalam kursus ini. Kami diajar cara mengimbangkan badan di dalam air dengan lebih terperinci. Sebelum ini, saya pernah lihat jurulatih selam melakukan aksi yang lentang dan sebagainya di dalam air. Kini, saya berpeluang untuk mempelajarinya. Sebenarnya, semua teknik ini bergantung kepada teknik pernafasan, jumlah pemberat yang betul dan kawalan BCD yang betul. Kombinasi ini akan menyebabkan kawalan kita semasa menyelam adalah dalam keadaan terbaik. Teknik meyelam melalui gelung, mencium batang besi dan berlari di dasar laut andalah antara aktiviti yang sangat menarik. Boleh kata (PPB) ini adalah latihan sukanneka di dasar laut. :)
Semasa latihan PPB :)
Sebelah malam, kami bergerak ke Teluk Dalam. Melawat suami Intan, salah seorang rakan baru di Perhentian. Tidak seperti kursus Asas dulu, malam hanya duduk di chalet sahaja :). Ini merupakan pengalaman yang baru, rupanya malam di Perhentian sememangnya meriah cuma kemeriahannya mengikut acuan barat :(. Walaupun letih tapi sangat teruja lebih-lebih lagi, menaiki taksi laut di malam yang gelap. Secara umumnya, kurang ciri keselamatan untuk menaiki bot diwaktu malam.
Malam di Teluk Dalam
Malam tu tidur dengan nyenyaknya. Letih dan teruja kerana dapat kawan-kawan baru dan pengalaman yang baru. Satu pelajaran telah selesai dan ada 4 lagi akan dihadapi. Sangat gembira dan teruja.

1 comment:

Unknown said...

Maaf nk tnya..bas ape ehh manjung ke kuala besut