Saturday, June 29, 2013

Bukit Larut

Ini adalah kali kedua saya cuba mendaki Bukit Larut setelah percubaan pertama terpaksa dibatalkan kerana anak-anak saya tidak larat mendaki lagi setelah mendaki 20% dari ketinggian Bukit Larut. Bukit Larut atau dikenali juga sebagai Bukit Maxwell mempunyai ketinggian 1023m dari aras laut. Kedudukannya pada kawasan paling lembab di Malaysia menjadikan persekitaran bukit ini mempunyai suhu yang agak rendah dan nyaman. Hujung minggu merupakan waktu paling ramai pengunjung mendaki bukit ini.
Bergambar dengan kenderaan 4WD
Ada dua kaedah untuk sampai ke puncak Bukit Larut. Berjalan kaki dan menaiki kenderaan pacuan 4 roda dengan bayaran. Pada kali ini saya memilih untuk membawa anak-anak saya menaiki kenderaan pacuan 4 roda dengan bayaran RM 6.00 untuk saya dan RM 3.00 untuk setiap anak-anak saya. Kami bertolak naik jam 1000 bersama dengan dua lagi keluarga. Pada mulanya, saya memikirkan kenderaan yang membawa kami adalah dalam keadaan santai dan tidak laju. Namun, dakwaan saya jauh tersilap. Kenderaan yang membawa kami ke puncak Bukit Larut dipandu dengan agak laju. Mendebarkan lebih-lebih lagi apabila bergerak di kawasan selekoh. Ia seperti pemanduan 'advanture'! :)
Kami di dalam kenderaan semasa pendakian.
Lebih kurang 30 minit kami tiba dipuncak Bukit Larut. Cuaca yang agak mendung menjadikan suhu yang nyaman menyambut kami di puncak. Anak saya yang agak ketakutan semasa pendakian tetapi cukup gembira berlari-lari di puncak bukit. Terdapat beberapa penginapan di puncak bukit dan taman-taman untuk para pengunjung. Saya bersama anak-anak naik sehingga ke puncak tertinggi di kawasan itu di mana terdapat sebuah penginapan ala resort berserta taman bunga-bunga. 
Taman bunga di puncak Bukit Larut.
Dari puncak ini juga boleh dilihat Bandar Taping yang kelihatan bertaburan di atas sebidang tanah datar yang luas di kaki Bukit Larut. Bandar Taiping merupakan kawasan yang menerima hujan paling tinggi di Malaysia. Ini menjadikan suhunya sangat nyaman dan subur untuk pertanian.
Bandar Taiping.
Lebih kurang sejam setengan di puncak, kenderaan pacuan 4 roda yang membawa kami naik sudah sedia menunggu kami untuk membawa kami turun. Sebagai mana kami naik, begitu juga kami turun. Pemandu pengalaman ini membawa kenderaannya dengan agak laju. Lebih kurang 20 minit, kami tiba di kaki bukit. Maka berakhirlah aktiviti di Bukit Larut. In Shaa Allah, sekiranga ada peluang saya akan kembali ke puncak Bukit Larut :)

No comments: