Sunday, May 19, 2013

AOW: Hari ke-2

Seperti kursus asas dulu, menguasai ilmu menyelam memerlukan kita membaca. Namun, kali ini lebih santai kerana tiada ujian :). Bangun awal pagi untuk ulangkaji. Hari ini, 3 lagi pelajaran baru akan dipelajari dimulakan dengan Deep Dive. Bagi penyelam asas, mereka hanya belajar dan memahami selaman yang kurang dari 20m di mana tekanannya tidak begitu tinggi. Pada kursus kali ini, kami didedahkan dengan selaman yang lebih dari 30m. Pada kedalaman ini, tekanannya sangat berbeza. Beberapa ujian dibuat di dasar laut untuk memastikan kesedaran kami di tahap terbaik walaupun pada tekanan tinggi. Pagi ini, En Endrew memberi pnerangan tentang Deep Dive. Pagi ini kami akan menyelam di Pinnacle. Sebuah pulau yang sangat kecil tetapi mempunyai dasar yang sangat dalam.
En. Endrew sedang memberi penerangan
Dalam selaman ini juga kami akan membuat beberapa eksperimen untuk membuktikan tekanan melebihi 20m  adalah besar dan merbahaya jika tidak di awasi dengan baik. Eksperimen yang dilaksanakan adalah bola ping pong dengan menggunakan kuning telur dan mengisi botol mineral menggunakan udara di tekanan 30m. Pada tekanan tinggi, kuning telur tetap pada bentuknya dan tekanan pada 30m jika dibawa kepermukaan akan menghasilkan letusan yang sangat kuat. Itulah kekuatan tekanan pada kedalaman 30m. Don't mess with it! :)
Setelah selesai, kami makan tengahari untuk kelas seterusnya. Selaman navigasi. Walaupun  telah belajar pada kursus asas dulu, tetapi kali ini lebih terperinci, lebih banyak ujian berkaitan dengan navigasi. Kompas bawah laut itu digunakan sepenuhnya dan laluan navigasi juga lebih jauh. Walaupun agak kalut tetapi keputusannya sangat memuaskan. Percaya pada kompas. In Shaa Allah, ia akan membawa kepada jalan yang lurus :)
Selesai membuat kiraan kayuhan
Selama ini saya tidak pernah terfikir berapa jauh saya menyelam. Latihan kali ini  mengajar kami menganggar jarak berdasar kayuhan kaki dan masa. Untuk 30m, saya memerlukan 39 kayuhan. Selepas ini lebih mudah saya menganggar jarak bila membuat selamat di dasar laut. Selesai latihan navigasi dasar laut kami ronda-ronda sekitar latihan navigasi. Seterusnya adalah Selaman Malam. Untuk selaman sebelah malam kami terpaksa menunggu malam dan sebelum tiba waktu malam kami telah taklimatkan oleh DM dari Turtle Bay Divers yang bernama Becky. Beliau berasal dari Australia dan merupakan jurumudi selaman waktu malam yang terbaik di Turtle Bay Divers.
Becky sedang memberi taklimat untuk selaman malam
Selaman malam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia memerlukan keberanian untuk menyelam di dasar laut pada waktu malam. Waktu malam merupakan waktu di mana hidupan laut sangat aktif dan masa untuk mereka mencari rezeki. Bermula jam 0630, kami ke lokasi selaman. Lokasi yang sama kami laksanakan latihan navigasi. Selaman ini dilaksanakan dalam kumpulan dan ruang cahaya lampu picit sahaja yang menjadi panduan selaman kami. Saya melihat banyak ikan pari di dasar laut pada waktu malam.
Selaman malam
Selesai selaman malam, kami sama-sama makan :) walaupun kedai makan hampir tutup, tapi kami redah juga. Kami merupakan pelanggan terakhir pada malam itu :) mee tomyam menjadi makanan favorite saya di pulau ini. Pedas dan panas, cukup untuk menghangatkan malam yang dingin.


No comments: