Awal pagi kami telah ditaklimatkan untuk 'wreck dive' atau selaman dikawasan tinggalan manusia di dasar laut. Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sehinggalah sampai di kawasan selaman, saya dapati ada sesuatu yang tak kena pada kamera gopro-ku. Yaa... menyedihkan, kamera gopro-ku dimasuki air. Lokasi selaman di panggil 'Police wreck'. Ini kerana terdapat tiga buah bot peronda TLDM ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan. Bot peronda polis tersebut dikatakan telah rosak semasa bertempur dengan sekumpulan lanun di periairan Terengganu.
|
Dalam perjalanan ke 'Police Wreck' |
Walaupun bot peronda itu baru setahun ditenggelamkan, namun sudah terdapat pelbagai hidupan yang mula menapak di bot-bot tersebut. Saya melihat ikan jenahak dan pari yang sangat besar. Jauh lebih besar yang pernah dipancing bersama mertua-ku di Pulau Sembilan :) Kami juga melaksanakan latihan 'buoyancy' dengan masuk dari satu pintu ke pintu bot yang lain :) agak menakutkan juga bila memasuki bahagian dalam bot. Namun, ia belum berpenghuni. Ikan-ikan cuma menapak dibahagian luar kebanyakkanya.
|
Gambar terakhir sebelum gopro-ku dimasuki air laut :( |
Selaman terakhir kami adalah di Terumbu Tiga atau dikenali juga T3. Dengan tambahan RM 65.00 (diskaun RM 5 kerana mengambil pakej AOW), Fun dive yang terakhir ini memang berbaloi. T3 merupakan lokasi selaman yang tercantik setakat ini saya pernah lihat. Warna tumbuhannya berwarna-warni dan hidupannya besar belaka. Selaman berakhir jam 3 petang dan kami bersiap balik jam 4 petang. Cuma saya dan Nazmi sahaja balik pada hari tersebut. Aku menaiki bas ke Seri Manjung jam 8 malam. Sebelum menaiki bas, sempat berjumpa dengan sahabat lama-ku, Mohd Taha Yaakob :) Walaupun singkat, banyak yang kami bincangkan dan InsyaAllah, saya akan datang lagi untuk melawat dasar laut negeri cantik, budaya menarik :)
No comments:
Post a Comment