Sejak saya mula bergiat dalam bidang memancing ini, satu perkara yang harus saya pertimbangkan walaupun tidak penting buat masa ini adalah memiliki sebuah bot. Bot adalah satu-satunya pengangkutan yang boleh membawa kami ke lokasi memancing yang kami sukai. Buat masa ini, saya hanya menumpang bot sahabat bapa mertua saya. Keseronokkan agak terhad :)
Bot Nelayan di sebuah pengkalan di Pantai remis |
Nelayan sedang berehat |
Petang terakhir cuti Tahun Baru Cina ini telah di manfaatkan oleh bapa mertua dan saya untuk meninjau kawasan sekitar Pantai Remis untu mencari kalau-kalau ada orang yang ingin menjual botnya. Kami masuk ke beberapa pengkalan dan jeti sekitar Pantai Remis.
Bot di sebuah perkampungan nelayan Cina |
Pukat masih tergantung kerana cuti Tahun Baru Cina. |
Gudang menyimpan peralatan nelayan |
Walaupun saya kerap memlalui Pantai Remis untuk ke Taiping, tidak pernah saya tahu yang rupanya terdapat banyak pengkalan dan jeti nelayan sekitar Pantai Remis. Kawasan ini juga telah mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi sejak lama dulu dari pemerhatian saya terhadap bangunan lama dan baru sekitar kawasan tersebut.
Salah satu jeti nelayan di Pantai Remis |
Nelayan sedang berehat |
Salah satu tempat yang saya lawati adalah sebuah Bagan (pengkalan nelayan yang majoritinya orang Cina) di Panchor. Saya sangat terkejut kerana penempatan di situ sangat padat dan kebanyakkan bangunan adalah bangunan yang bertingkat dan bot yang terdapat di situ adalah bot yang besar. Seolahnya, seperti sebuah pekan bersaiz sederhana besar.
Pencarian dari jam 2 petang hingga ke 7 petang tidak menghasilkan dapatan kerana kebanyakkan bot masih lagi digunakan oleh nelayan untuk mencari rezeki. Tempat membuat bot yang terletak di Panchor juga tidak kami temui. Mungkin Allah belum mengizinkan kami lagi. Alhamdulillah.
Satu perkara yang saya dapat belajar dari pengalaman di Pantai Remis adalah rezeki sebagai nelayan sebenarnya sangat luas sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh. Perkara paling penting adalah berusaha untuk berubah. Nelayan Cina di Pantai Remis adalah mereka yang mempunyai ikhtiar hidup yang tinggi dan mereka orang yang sentiasa membuat perubahan ke arah penambahbaikan.
Moralnya, fokus dalam buat perubahan dan tidak sekali-kali berhenti dalam berikhtiar.
No comments:
Post a Comment