Tuesday, May 13, 2008

Sudu dan Garfu

Bila bercakap tentang Esprit de Corps, perkhidmatan inilah yang paling ketara nilainya. Semangat berpasukan itu sudah menjadi budaya dan amalan. Segala aktiviti yang dijalankan mempunyai satu objektif sahaja, bersatu. Tanpa mengira bangsa, budaya dan jantina. Di antara aktiviti yang dijalankan atas nama itu adalah Jamuan Sudu dan Garfu.

Jamuan bulanan ini diadakan secara bergilir-gilir antara fakulti. Bulan ini giliran Fakulti Pendidikan dan yang menariknya, ia dijalankan di Pusat Bowling Armada. Ini maknanya ada pertandingan bowling antara fakulti. Ada program yang merapatkan lagi semangat berpasukan.

Saya bukan pemain yang hebat. Sekadar memastikan bola bergolek dengan lurus di tengah-tengah lorong bowling. Namun begitu, hari ini saya mencatat sejarah dengan menghasilkan 6 'spare' dan 1 kali 'strike' dalam 'frame' yang ketiga!! Pertama kali, Alhamdulillah. Biasanya, susah nak jumpa garis dan pangkah! Dapat no 14 dari 52 orang. :P

Johan adalah Pegawai Memerintah sendiri dan johan fakulti adalah Fakulti Pendidikan! Seronok kerana fakulti saya dapat johan dan seronok dapat bermesra sambil makan 'chiken chop' dengan rakan sejawat.
Semua gambar diambil dengan menggunakan handphone K530i Sony Ericsson. Boleh tahan juga gambar 2.0 Megapixels aku nie :P

6 comments:

fusarium solani said...

wah!hebat ye!

mari turun summit usj, lawan team opis saya pula!

Syam said...

wah! hebat. 149 jatuhan pin
sy xpernah cecah smpai thp tu
biasanya hanya dalam lingkungan 100-125 pt. sebab tangan agak 'pengkau'

Unknown said...

wah! boleh tahan juga cikgu main bowling. saye.. erm.. longkang la gamaknye.. huhu

ade sesuatu yang berkaitan dengan cikgu di blog saye. silakan bace :D

flush said...

kapten aliyas johan!.. dahsyat dia ye..

Anonymous said...

tererrr tu, saya suka juga main bowling, tapi ada masalah dengan tangan, asyik golek ke tempat lain je, susah nak lontar lurus..hehe

Unknown said...

fusarium solani: Jangan la cabar macam tu, itu nasib jer tu :P

Syam: Itu rezeki cikgu pada hari tu jer, tak tau la hari lain! harap-harap innya bertambah baik :)

szakif: Teruskan minat mu itu! Tapi kena prepare gak dengan fulus yang lebih pasal hobi nie banyak makan duit!

flush: CO memang terrer, sebab tu dia suka ajak kami main bowling!

amirahsyuhada: Practice makes perfect! tapi memang asas bowling nie baling lurus. Saya pakai baling lurus jer dari dulu, sebab tu lambat pandai :)