Gambar-gambar kenangan di Pulau Mutiara, klik di sini
Perkara yang saya tak dapat lupakan tentang Pulau Pinang setelah 10 tahun meninggalkannya adalah kepelbagaian makanannya. Paling best, selepas berenang di kolam renang USM terus pergi ke Gelugor untuk makan malam. Makan nasi kandar Sarip dan minum susu lembu yang dimasak di dalam periuk tanah. Bayangkan kehangatan rempah nasi kandar di adun dengan susu panas yang lemak tanpa campuran perasa tiruan buat metabolisma badan membebaskan haba dengan kadar yang sekata.
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dan keluarga berpeluang bercuti di Pulau Mutiara selama 3 hari. Niat dihati nak 'round island' tapi keterhadan masa tidak mengizinkan niat kami dilaksanakan.
Dalam percutian singkat itu sempat juga kami berkelah di Pantai Batu Feringgi, melawat taman rama-rama, membeli buah-buah jeruk di Chowrasta dan mendaki Bukit Bendera!
Makan, sarapan dengan roti canai dan makan tengahari semestinya nasi kandar. Melepas rindu nasi kandar di Restoran Khaleel di Batu Feringgi dan Restoran Line Clear di Georgetown. Restoran Line Clear ini pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Harga! sangat berpatutan. Makan malam, di Teluk Tempoyak. Tempat yang terkenal dengan ikan bakar yang segar di tepi laut.
Syukur Alhamdulillah, tertebus sudah rindu selama 10 tahun :P
No comments:
Post a Comment