Tuesday, February 28, 2006

OZ Slang dan Muzium RAAF

Ada orang kata, kalau kita nak kenal sesuatu bangsa, kita kena kenal makanannya. Tapi, di Australia ini, jika anda ingin mengenali bangsanya, kenalilah bahasanya!
Bagusnya AustFamil (Australian Familiarization) nie adalah mereka mengajar OZ slang/jargon pada minggu kedua. Setelah seminggu tinggal di Australia, bercakap dengan orang Australia, mendengar orang Australia bercakap dan terpikir-pikir apa benda Aussie nie cakap!
Hari nie kelas pagi khas diperuntukkan untuk belajar OZ slang/jargon. Memang nampak lucu bila kita yang mampu berbahasa Inggeris tidak begitu memahami apa yang si Aussie cakap!
Ayat yang paling biasa kita dengar pun baru pagi tadi tahu ejaannya!
Gidday mate?
Howayou goin, mate?
Houseit goin?
No worries!! <--ini banyak="" dengar="" p="" paling="" perkataan="" saya="" yang="">
Pada asasnya bahasa Australia ini adalah bahasa Inggeris paling kasar. Dalam hari-hari mereka, anda akan biasa dengar;
you lucky bastard!
Bloody good!
you silly dill!!
Rage on!
Ada banyak lagi yang boleh dipelajari dengan melawat laman Kamus Macquarie dan Koalanet.com. Bloody intresting!!
Sebelang petang ada lawatan ke Muzium RAAF (Royal Australia Air Force). Satu yang saya suka tentang Australia ini ialah bagaimana mereka menghargai pencapaian orang lain. Terutama mereka-mereka yang pernah menaikkan nama Australia. Apa yang ada di muzium ini, membuktikan segalanya.
Sesampai sahaja kami di Muzium RAAF, kami terus di berikan satu pertunjukkan sebuah kapal terbang lama. Nama kapal terbang ini adalah Sopwith Scout tapi nama ringkasnya Pup. Menariknya, kapal terbang ini telah digunakan sejak peperangan dunia pertama lagi. Boleh diorang mentain kapal terbang buruk nie!! Malah siap dengan pertunjukkan penerbangan sekali. Tak der kunci kapal terbang nie, nak start kena pulas kipas depan dia!!

Selepas itu masuk dalam dewan pameran, ada banyak lagi kapal terbang lama. Bahan sejarah lama. Mereka mempamerkan sejarah mereka dengan penuh patriotik dan nostalgik!!



Kebetulan, saya telah terjumpa seorang tentera Australia berpangkat Kapten yang berasal dari Sabah, Malaysia. Kapten Vun Robert telah menetap di Australia selama 13 tahun dan berkhidmat dalam Kor Agama. Kat sini Kor Agama ada dua cabang, Kristian dan Yahudi. Masih fasih berbahasa Melayu. Beliau mengajak kami datang ke rumahnya. Seorang lagi orang Malaysia di Australia.

Monday, February 27, 2006

Satu Tekad



Tengah layan youtube.com, mencari-cari video klip berkenaan Melbourne, terjumpa la dengan video klip di atas. Diambil oleh pelajar-pelajar baru dari Universiti Monash. Hmm.. ramai lagi umat Melayu tinggal kat Australia nie.. Layannn..

Saturday, February 25, 2006

Cuaca dan Talian Hayat

Sebelum saya sampai sini, saya selalu diberi tahu bahawa "you can have four seasons in one day". Hakikatnya itu adalah satu keyataan yang paling nyata sekali. Laporan cuaca di sini sangatlah penting. Setiap hari kena tonton TV atau buka internet untuk mengetahui cuaca setiap hari di Australia. Menjadi kebiasaan bagi orang di sini membawa beg sandang yang mengandungi baju sejuk untuk ke mana-mana. Cuaca di sini sukar diramal.
Hari ini Mej. Khairudin bawa kami jalan-jalan lagi. Bagi memahirkan kami dengan jalan-jalan di Melbourne. Biasa la, buka internet sebelumnya dan tengok laporan cuaca. Tengok di sini. Hari ini thunderstorm. Memang betul pun, lebih kurang jam 1300 hujan turun dengan lebat. Hujan baru jer berenti lebih kurang jam 2030 tadi.
Tadi saya pergi cari makanan Melayu di Changi Village Nasi Lemak. bayang seminggu makan ikan mat salleh jer. Ikan tanpa rasa!. Dapat nasi + 3 jenis lauk = AUSD 6.80, makan macam orang tak pernah makan. Kelazatan ketakterhinggaan :P.
Pergi Melbourne Center, pusat membeli belah dengan stesen keretapi. Di Malaysia, kira macam KL Sentral la. Kat sini ada restoran kebab halal dan ada jam yang menyanyi. Tepat jam 1200, jam ini menyanyi. Merdu...


Sempat juga beli kad sim pra bayar, OPTUS. Salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal. AUSD 29.95 untuk AUSD 30.00 starter pack. Bagusnya cuma mendaftar melalui internet sahaja dan selepas 2 jam, dapat satu SMS dari syarikat tersebut dan maklumkan nombor telepon. Terus SMS 'cewek gue'. Rasa nak menjerit jer bila dia dapat SMS reply dari 'cewek gue'. Alhamdulillah.

Solat Jumaat

Semalam cuma kelas seperti biasa dan debrief untuk Field Trip. Semua orang gembira menceritakan pengalaman menarik masing-masing. Apabila saya di tanya, saya suka melihat 'super bike'. Hampir semua pengguna motorsikal di Melbourne menunggang 'super bike'. Satu pemandangan yang jarang terdapat di Malaysia. Dan, kanak-kanak yang comel, comel secomelnya. Menghibakan hati saya bila teringatkan kecomelan 'baby' saya. Papa rindu Humairaa'.. :(
Sebelah petang, solat Jumaat. barulah dapat lihat jumlah sebenar penuntut muslim yang belajar di DITC ini. Tak penuh bas pun, tapi buat saya feel like home! Kami solah di sebuah Islamic Center yang terletak hampir dengan Werribee. Terdapat kuminiti Islam yang kebanyakkannya datang dari timur tengah. Terdapat sekolah dan beberapa kemudahan lain untuk orang Islam. terdapat juga sebuah masjid yang dalam pembinaan. Kami hanya sembahyang di dalam dewan dan tiada mimbar untuk imam.
Sayang sekali saya tidak membawa kamera, terlupa! InsyaAllah, minggu depan saya akan ambil beberapa photo untuk tatapan saudara-saudara Islam di Malaysia.

Thursday, February 23, 2006

Field Trip: Melbourne








Gambar 1: Sesampai sahaja di Stesen keretapi yang utama, Flinders Station. Saya melihat gerai orang menjual bunga, banyaknya bunga dan cantik-cantik. Cuaca juga cantik, cuma 16 darjah celcius.
Gambar 2: Pemandangan pertama yang dapat dilihat sebaik sahaja keluar dari Flinders Station, Gereja bersejarah St. Paul.
Gambar 3: Pemandangan di sebelah Information Centre. Bandar ini dipenuhi dengan Information Centre!!. Tempat bagi orang ingin bertanya sebarang maklumat tentang bandar Melbourne. Anda juga boleh mendapat maklumat tentang apa-apa event yang berlaku di bandar dan kupon diskaun di sini. Nampak bangunan kotak biru, itu bangunan sementara menjual tiket Sukan Komanwel.
Gambar 4: Dari kiri; Malaysia, Fiji, saya, Kambodia, Indonesia dan Filipina. Coursemate dari pelbagai negara. Berlatar belakangkan Flinder Station di depan Gereja St. Paul.
Gambar 5: Queen Victoria Market, Tempat nak beli cenderahati. Macam-macam ada!
Gambar 6: Salah satu gerai di dalam Queen Victoria Market. Gerai ini hanya menjual produk yang dihasilkan dari kulit dan bulu biri-biri. Satu kulit kambing biri-biri lebih kurang 'saiz monitor17 inci' kira-kira AUSD 25.00!!
Gambar 7: Di hadapan Shrine of Remembrance. Kira macam makam pahlawan di negara kita. Sebuah komplek yang menceritakan sejarah dan pengorbanan tentera Australia yang berasal dari Negeri Victoria. Dari mula penubuhan, penglibatan dalam peperangan dunia hinggalah pengorbanan beberapa hero-hero mereka yang terbilang. Bagi saya, ianya sungguh-sungguh patriotik. Salah satu kata-kata yang diukir menyebutkan "Cinta yang sebenar itu ada pada pengorbanan terhadap orang yang tersayang".
Gambar Akhir: Suhu ketika ini adalah 35 darjah celcius. Solat di salah sebuah masjid di bandar Melbourne. Tidak seperti tipikal masjid di negara-negara Islam lain. Bertemu dengan penjaga yang berasal dari Bosnia dan pembantunya, Kamal dari Eretria. Dari pemerhatian dan perbualan saya, mereka mempunyai semangat untuk memperjuangkan Islam yang tinggi. Masha' Allah.

Wednesday, February 22, 2006

Dolar Australia

Perkara yang menarik sekali dibincangkan sejak menduduki bumi Australia ini adalah nilai matawangnya!. Rata-rata penuntut yang datang ke Australia ini terdiri dari negara yang mempunyai pertukaran wang yang lebih rendah nilainya berbanding Dolar Australia. Sebagai contoh, RM 2.83 adalah bersamaan AUSD 1.00. Jadi, sekiranya saya mempunyai sebanyak AUSD 1000.00, bermakna saya mempunyai RM 2830.00!. Bayangkan berapa banyak wang yang anda boleh dapat sekiranya anda berasal dari Indonesia, Filipina, Cambodia, Vietnam dan negara-negara Asia yang lain.
Seronoknya belajar di sini adalah kerana kami di bayar untuk belajar. Kami akan di bayar AUSD 19.50 sehari selama 4 1/2 bulan (Alhamdulillah.... yippi!!) dan beberapa elaun lain lagi. Kami juga dibayar untuk Field Trip, aktiviti luar darjah yang sungguh menarik. Melancong sambil belajar. Field Trip untuk minggu ini (esok), Melbourne. Minggu depan, Geelong dan minggu satu lagi, Balarat. InsyaAllah entri akan datang mengandungi gambar-gambar Field Trip saya.
Berbalik kembali membicarakan tentang dolar Australia, semua orang seolah-olah ingin menjadi manusia yang paling penjimat. Sangat berhati-hati dalam perbelanjaan, berkira-kira dengan apa yang hendak dibeli dan serta merta menjadi Pakar Matematik, semua orang mempunyai keupayaan membuat pengiraan pertukaran matawang dengan 'sangat pantas' (hihi.. macam pengurup wang..). Manakan tidak, masing-masing ingin menjadi 'kaya sedikit' apabila pulang ke negara masing-masing nanti :P.

Tuesday, February 21, 2006

Budaya Hidup Tinggi

Ini bukan satu artikel perbandingan budaya atau kepercayaan, tetapi permerhatian saya yang pertama kali menjejakkan kaki di negara down under ini.
Dari pemerhatian saya, ada beberapa perkara yang sangat menyenangkan saya sebagai orang asing di sini. Pertamanya, mereka tidak akan membuat anda asing di sini. Mereka (Australian) merupakan penenunjuk/penerang yang sangat baik. Cuma ringan mulut bertanya, pasti mereka akan menerangkan sehingga anda benar-benar faham.
Kepercayaan mereka terhadap anda. Di sini, kebanyakan kemudahan adalah self-service atau perkataan yang biasa di sebut, you can help yourself. Perpustakaan di DITC ini berasakan konsep tersebut. Cuma cari sahaja buku atau media (di sini ada koleksi DVD filem yang agak banyak) yang hendak dipinjam (untuk buku, 2 minggu dan media 2 hari), tulis nama dan maklumat tertentu pada buku daftar pinjaman yang disediakan dan boleh dibawa balik. Untuk memulangnya nanti, anda hanya masukkan sahaja buku atau media yang telah dipinjam ke dalam kotak besar yang disediakan di depan pintu masuk. Sangat Mudah!
Kebersihan, sangat-sangat bagus!! cuma ada beberapa tempat seperti Footscray (lawatan 2 hari lepas) yang agak kotor. Namun, rasanya masih terkawal.
Lain-lain objektif kursus: Memastikan tubuh yang ganteng di akhir kursus!! :P. Sebelum dapat baby, rajin juga panjat Bukit Busu di Lumut. Lepas ada baby, kurang sikit. Di sini... gym dibuka 24 jam!! Seharusnya ganteng!! (masalah orang Malaysia: bila ada housemate Indon, kita juga bisa ngomong Indon!!). Menarik tentang penggunaan gym di sini, semua orang boleh menggunakan semua peralatan yang dia mampu guna tapi anda harus mencucinya sendiri dengan pencuci dan tisu yang disediakan selepas menggunakannya. Semua orang melakukan perkara yang sama dan peralatan di sini sentiasa nampak baru :P. Di sini, badan yang sihat itu bukan anugerah, tetapi keperluan!
Semua kawasan berbumbung di sini di pasang, smoke detector!! jika alat itu berbunyi kerana anda merokok, 2 x kereta bomba akan datang dan anda akan di denda AUSD 1700!!

Sunday, February 19, 2006

DITC

Di KLIA, sedih...
Menurut dairi saya, sepanjang minggu lepas saya telah menghadapi hari-hari yang getir. Hari-hari getir yang memerlukan ketahanan mental. Mental ku terdera!. Namun, di saat ini, alhamdulillah. Menaip dengan tenang di hadapan komputer di salah sebuah bilik, di DITC.
Rabu
Pada sebelah petang bertolak ke Shah Alam dari Seri Manjung.
Khamis
Menghadiri taklimat di Kedutaan Australia. Jam 1030, dengar taklimat ambil pasport dan visa.
Jumaat
Temuduga dengan Pengarah. Beliau sangat-sangat mengharap anggota yang dihantar akan berusaha bersungguh-sungguh menguasai pengetahuan yang bakal diperolehi di Australia dan kembali dengan mengembirakan pasukan, kembali memberi sumbangan yang besar kepada pasukan. Habis sahaja taklimat dengan Pengarah, memecut ala F1 ke Seri Manjung balik. Buat persiapan untuk bertolak ke KLIA esok.
Sabtu
Bertolak dari Seri Manjung jam 0930, dan sampai KL kira-kira jam 1330. Sempat lawat pameran pertanian di PWTC. Jumpa Abang Ahi, sahabat lama masa sekolah menengah. Sampai rumah kak ipar, terus pergi rumah salina. Dapatkan hadiah GJ yang dah lama terperap di rumahnya. Jam 1800, bertolak ke KLIA. Check-in, dari kelas business dapat kelas pertama. Alhamdulillah. Pertama kali naik kapal terbang, pertama kali kelas pertama. Seroonok :).

Setiba di Melbourne, sejuk!!
Ahad
Mendarat di Melbourne jam 0715, di Malaysiaku jam 0515. Suhu di Melbourne 16 darjah celcius. Di sambut oleh Sarjan John Luca. Orangnya sangat baik dan peramah. Dari Melbourne terus ke DITC. Beliau telah menjadi semacam tourist guider kami dan bantu kami belikan phone kad. Keperluan paling penting dalam dunia pada ketika ini. Call dua tiga kali baru dapat, terus lapor keadaan kepada isteri. Petang, dengan Mej. Khairudin. Pergi Footscray, beli barang keperluan. Ini pekan Vietnam yang ada jual banyak keperluan orang Asia. Ada jual cencaluk. Balik, makan mess, mandi, sembang dengan roomate dari Indonesia dan tidur. Esok pendaftaran kursus bermula. Tidur dulu deh!!

Sunday, February 05, 2006

youtube.com

Selepas lawat blog dobot, membawa saya ke sebuah laman web video. http://youtube.com adalah sebuah laman web yang mengumpulkan semua video amatur yang di ambil secara spontan. Video pendek yang datang dari seluruh dunia. Video pendek di atas ini rasanya datang dari Malaysia. Terima kasih kat dobot, semoga terhibur semua.