Sunday, December 25, 2005

Anak yang Soleh

JULANGAN KEJAYAAN: Pelajar kedua terbaik kebangsaan, Ahmad Naufal dijulang rakan yang juga cemerlang dalam keputusan PMR di Sekolah Agama Menengah Bestari Jais Subang Jaya. Sumber: Berita Harian

Tahun ini, seramai 20,101 pelajar PMR 2005 berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran mereka. Pelajar terbaik PMR 2005 peringkat kebangsaan, Rabiatul Adawiah Abdul Basir memperoleh 9A dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

Saya seringkali mendengar suara-suara yang menyatakan tentang, pentingkah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan?. Adakah menduduki peperiksaan itu sebahagian dari proses menuntut ilmu?. Perlukah ada pengiktirafan dalam menuntut ilmu?

Pengalaman saya dalam bidang pendidikan memberitahu saya apa itu nilai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan yang diperolehi oleh pelajar yang berjaya itu sebenarnya bukan datang dari hati yang hanya untuk lulus peperiksaan, malah lebih lagi dari itu. Mereka yang berjaya itu sebenarnya mempunyai beberapa sifat yang membezakan mereka dari pencari ilmu 'mediocre'.

Keazaman dan kesungguhan untuk berjaya, mereka terdiri dari para pelajar yang memastikan diri mereka dapat menyelesaikan semua masalah pelajaran mereka. Mereka yang mendekati dan menghormati guru mereka.

Terlebih dari itu, mereka yang cemerlang ini sebenarnya terdiri dari anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang mengembirakan kedua ibubapa mereka dengan kecemerlangan ilmu.

4 comments:

Chika Chika said...

saya setuju sgt. Sbb tak memperoleh semua A dlm peperiksaan major bukan beerti pelajar tu tak cemerlang. Pelajar yg cemerlang ialah pelajar yg mau belajar kerana dia MEMANG MAU ILMU itu. Dan anak yg soleh mmg zahir batinnya cemerlang.....

Anonymous said...

Hmmm.. kebanyakan dari kita merasakan peperiksaan itu adalah titik akhir dari menuntut ilmu. Belajar untuk peperiksaan merupakan satu kesilapan besar bagi orang Melayu itu sendiri. Cuba lihat nanti apabila peperiksaan berakhir adakah mereka akan mempraktikkan ilmu yang dibelajar disekolah dengan hidup seharian?

Unknown said...

chikadior: Mudah-mudahan, kita semua terdiri dari anak-anak yang soleh dan solehah. Ameen.

irwansyah: Persepsi kita tentang ilmu dan perperiksaan sebenarnya telah jauh menyimpang. Cuma orang yang ada kesedaran mencari ilmu sahaja dapat menilai kehebatan ilmu Allah yang sedikit ini.

Anonymous said...

betul ckp cikgu...dr pemerhatian sy anak yg soleh & solehah adlah cemerlang dlm segala bidang.sejuk perut ibu yg mgandung..