Tuesday, December 20, 2005

Ear Nude Squat

Semasa saya baru dalam perkhidmatan, saya dan rakan se'skot' telah di panggil ke bilik salah seorang pegawai senior(kini telah bersara). Dengan perasaan yang bercampur-campur, perlahan-perlahan kami minta kebenaran masuk ke biliknya. Saya masih ingat perkataan pertama yang terpacul dari mulut, "while you are in service, don't try to be funny".

Sebenarnya dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, elemen 'seriosa' adalah sangat utama. Lebih-lebih lagi yang melibatkan displin dan prosedur-prosedur yang ketat. Bila kita menganggapnya ianya seperti 'monkey business', padahnya seperti yang berlaku terhadap kes 'ear nude squat' baru-baru ini. Bukan sekadar perkhidmatan, bukan sekadar masyarakat, bukan sekadar negara, malah melibatkan hubungan dengan negara lain.

Walaupun keputusan 'Inkuiri Awam' yang di jalankan baru-baru ini akan diketahui 15 Jan 2006, tahulah kita bahawa dari sekecil rakaman video (yang pada mulanya dianggap gurauan), kini telah mengharu-birukan semua.

Pengajaran yang paling bermakna, muhasabah diri tentang apa yang telah/sedang/akan kita perkerjakan. InsyaAllah setiap pekerjaan atas nama Allah dengan nawaitu yang baik itu dikira ibadah. Semoga perkerjaan kita memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

7 comments:

is150 said...

yup... jangan main-main dengan kerja... tak tau apa perasaan pegawai yang merakam kejadian tersebut.

Anonymous said...

yg main2 rakam tu masih mentah, jiwa panas, mcm kapten ckap la "monkey business", suka2 hati diorg nak rakam. yg malu nya org lain la.. geram btul kawe ni
(deen)

Chika Chika said...

semua perbuatan manusia itu ada timbang tolak oleh Allah SWT. Setiap pekerjaan pon begitu.... dgn manusia jugak, ada yg dinamakan balas membalas, inikan pula urusan dgn Allah SWT.

Lakukan semua pekerjaan dgn niat kerana Allah. Semuanya bisa complete, baik dan tidak akan haru-birukan alam. ihihi....

bukh said...

but i just wondering.. kalau ler takde orang yang main-main(sengaje) tangkap gambar tuh thru his mobile phone, we will never know that there is some checking by police using this method..Ear Nude Squat..perghh.. agak nye bukan sorang je polis laki yg pernah mengintai camnih..

rafreen said...

buatlah apa yg disuruh.hindari apa yg perlu dihindar..

Anonymous said...

cikgu..
jadi pegi ke x ni?
pls contek me via email..

Unknown said...

is150: Pastinya mengelabah!!

deen: Rileks deen!

chikadior: Sahaja aku menulis blog kerana Allah Taala.

bukhari: Mungkin itulah hikmahnya terjadinya cerita paling mengharukan nie.

rafreen: Itulah yang sepatutnya.

pb: yaa, perlu bertanggungjawab, walaupun dah buat salah.

paan: occay!!