Wednesday, December 07, 2005

Kursus Pendek: Statistik

Antara perkara yang menarik mengajar pelatih yang lebih senior ini ialah tentang 'kesungguhan'. Walaupun pelajaran yang diikuti agak sukar, tetapi mereka berusaha untuk menguasainya.

Berbeza dengan pelatih baru, mereka nie belum cukup fokus. Kerap kali tidur dalam kelas, dan terpinga-pinga bila ditanya apa yang telah dipelajari. Cuma dalam tentera nie, ada banyak jenis 'ubat'. 'Ubat' yang buat mereka segar-bugar untuk meneruskan pelajaran walaupun badan basah berpeluh!!

Salah satu pelajaran yang agak remeh dalam matematik adalah statistik. Tidak risau tentang nak hafal rumus atau soalan yang di'twist' tetapi terpaksa merenung dengan tajam nombor-nombor yang banyak! Ada lawak dalam bahasa Inggeris tentang ahli statistik:

What is the difference between an introverted and extraverted statistician?
The introverted statistician stares DOWN at his shoes whereas the extraverted statistician stares OVER at your shoes!!! more...

Jika anda tidak mampu merenung nombor yang banyak pada jangka masa yang lama, itu adalah simptom yang menunjukkan anda tidak boleh jadi ahli statistik. Namun begitu, apa yang ahli statstik cakap adalah 99.9% fakta :)

Minggu ini saya kena mengajar kursus pendek di Fakulti Bekalan dan Pengurusan. Mengajar statistik untuk Kursus Kawalan Mutu. Mudah mengajar statistik nie, bagi satu contoh, pastikan mereka faham dan lepas tu bagi 30 - 45 minit untuk pelatih mencuba soalan yang seterusnya. Cuma pantau apa yang ditenung, ditulis dan ditekan.

Bila semua orang (para pelatih) mengeluh tentang banyaknya nombor yang nak ditenung, ditulis dan ditekan. Saya terdengar salah seorang pelatih yang memecahkan suasana stress dengan berkata, "buat jer, salah tak per tapi jangan fade-up, jangan give-up"

Masing-masing antara sengih dan tension sambil mengaru-garu kepala.

Satu kenyataan gurau yang penuh bermakna bagi saya. Bermakna kerana dalam setiap jalan yang sukar itu memerlukan kesungguhan dan kesungguhan itu memerlukan ketabahan.

5 comments:

doBot said...

Betul tu..aku tension betul kalau belajar stat. Banyak sgt nombor.

Bila salah tekan kalkulator, lagik tension.

is150 said...

hahaha... aku jer suka belajar statistik nie... dulu pon kursus aku banyak topik statistik...

menarik ooo apa statistik bole buat... masa dah kerja nie, ko buat presentation tunjuk sikit kira2 statistik, lulus lah... hahaha

kel@mbu said...

kawan aku cakap kalau cekap statistik kau boleh menang loteri dan nombor ekor..

inaKL said...

Terima kasih di atas ungkapan ini :
"dalam setiap kesukaran memerlukan kesungguhan dan kesungguhan memerlukan ketabahan..."

Ya..saya perlu kuatkan semangat dlm menghadapi dugaan.
Terima kasih.
Salam kenal dari Pekan,Pahang

Amir Azmi said...

dobot: Belajar statistik nie kena 'cool', memang kena banyak sabar. itula 'seni'nya.

is150: Memang la 99.9% kata-kata ahli statistik adalah fakta, tapi jangan lupa! nombor-nombor tu juga boleh dimanupulasikan :)

kel@mbu: Teknologi hari ini membolehkan statistik digunakan dalam pengiraan pada halaju tinggi, mencari 'kesamaan' dan mengenalpasti kemungkinan. Saya tak pernah jumpa tapi mungkin ada kot!

inakl: Life is to short to worry about, salam kenal :)