Friday, December 02, 2005

Kerjaya Masa Hadapan

Jonathan Wendel dengan hartanya! (AP Photo/Charlie Riedel)

Lupakan sekejap pasal 'naked squat' dan Datuk Noh Omar, mari kita berkenalan dengan Jonathan Wendel, atau 'call sign'nya Fatality. Seorang pemuda yang berusia 24 tahun dan tinggal di Kansas City, USA. Beliau seperti pemuda Amerika yang lain, takut untuk pergi berperang tetapi sangat suka pada permainan komputer. Beliau telah mengabdikan dirinya hampir 6 tahun bermain dengan komputer peribadinya. Beliau bukan pemain komputer kecil-kecilan kerana kini beliau adalah Pemain Komputer Profesional.

Setakat 6 tahun yang lepas, beliau telah menggunakan segala ilmu dan kemahiran bermain komputer untuk memenangi semua pertandingan yang disertainya. Hasilnya, beliau telah memenangi USD 350,00.00 (RM 1.33 juta!!). Pada 14 Nov 2005 yang lalu, di Cyberathlete Professional League World Tour Grand Finals di New York. Sekali lagi beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa permainan komputer bukanlah permainan kanak-kanak atau permainan masa lapang, tetapi permainan yang boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa. Beliau telah memenangi pertandingan itu dan berjaya membawa balik hadiah tempat pertama berjumlah USD 150,000.00.

Hidupnya kini mewah dan terpaksa bermain komputer dari pukul 8 pagi ke 4 petang sehari untuk mempertahankan kejuaraannya pada masa hadapan. Kalau dia kreatif, dia akan buat seminar 'Jutawan Gamer' atau tulis buku 'Bagaimana Kaya Dengan Bermain Game'!!

Secara positifnya, memang bukti di atas menunjukkan bahawa bermain komputer boleh dijadikan kerjaya pada masa hadapan. Dan barangkali ada ramai lagi 'gamer' di luar sana sedang berhempas pulas untuk menguasai permainan komputer untuk mencapai apa yang telah dimiliki oleh Fatality.

Hari ini benda yang melalaikan pun boleh dijadikan sumber rezeki. So, tunggu apa lagi 'gamer' di luar sana. Practise makes perfect!

4 comments:

sherrina said...

kalau sungguh kat Malaysia ni leh jadikan gamers sebagai kerjaya, rasanya ramai dah berent skolah dan concentrate main game aje...

p/s: tak migrain ke budak tu ngadap game berjam2...?

ann_bfk7358 said...

usaha pasti jaya!..ahaks!!

ChikaDior said...

kalau camtu, nanti mesti dia terpaksa ponteng main game, tak pon carik alasan dan surat doktor utk tidak main game bila penat. eheheheh...

*kerjaya : pemain game profesional*

Amir Azmi said...

sherrina: Malaysia Boleh! tak lama lagi, ada la wakil Malaysia.

ann_bfk7358: Satu motto yang bagus untuk budak-budak sekolah :)

chikadior: Senang jer nak bagi cuti, mata selalu merah!