Cuti minggu lepas dipenuhi dengan memenuhi undangan perkahwinan adik dan saudara isteri.
Adik lelaki saya selamat diijabkabulkan di rumah isterinya di Cheras manakala pernikahan suadara isteri telah membawa kami sekeluarga ke Bukit Setongkol, Kuantan. Peluang sampai ke Kuantan dipanjangkan dengan menginap di Holiday Villa dan berkelah di Pantai Cherating yang sungguh cantik dan menarik.
Ini pertama kali saya sampai ke Cherating. Ini juga satu pengalaman yang sungguh menarik. Sebagai rakyat Malaysia, pastikan anda menjejakkan kaki ke Cherating. Atau, anda akan terpinga-pinga bila mana ada 'mat/minah saleh' boleh cerita tentang keindahan Cherating kepada anda. Cuti-cuti Malaysia yang sangat berbaloi!
Perjalanan yang jauh dari Cheras ke Cherating juga memberi pengalaman pemanduan yang baru kepada saya. Pengalaman memandu KIA Optima baru milik bapa mertua saya. Biasa pandu kereta ini tapi tidak bagi perjalanan yang jauh dan agak mencabar. Mencabar kerana melalui lebuhraya baru ke Kuantan yang berliku-liku, pendakian dan hujan lebat dibeberapa bahagian lebuh raya.
Sebelum ini, saya pernah terbaca tentang teknologi TCS (Traction Control System). Satu sistem kawalan automatik pada kereta yang mampu mengelak kereta dari tergelincir di jalanraya yang basah. TCS juga mampu menyeimbangkan berat kereta apabila melalui selekoh yang tajam pada kelajuan yang tinggi.
Pengalaman yang sangat menyeronokkan, apabila membelok pada kelajuan 170km/jam tanpa rasa mem'buang' dan membuat pendakian di Genting Sempah dalam hujan yang lebat pada kelajuan 100km/jam. Sekarang baru saya tahu betapa hebatnya teknologi TCS (Traction Control System) :P
Dan rasa sangat-sangat bersyukur kerana TCS dapat 'bekerja' dengan baik. Syukur, Syukur Alhamdulillah.
10 comments:
TCS adalah salah satu teknologi kereta F1 yang telah digunapakai di kereta komersial. Sesuai untuk brek di selekoh supaya daya brek tu sama rata pada semua tayar berdasarkan kedudukan kereta.
Budak manjung ekk... Salam perkenalan dari saya..
Bestnya dapat bercuti di Cherating. Liney dah lama nak gi tapi hubby tak dapat cuti je manjang....kalau ada gambar-gambar menarik kat sana boleh la post ye....
TCS atau tidak, ingat anak dibelakang bang.jangan laju sangat :)
uiks..
sape kate yg luar negeri semua lawa?
Malaysia lagi best.
affirmative!
=P
Pantai di timur Semanjung mmg cantik-cantik belaka.
Tapi perlu berhati-hati sbb bila air laut kelabu maknanya ia berpasir & kalau berpasir maknanya ada 'undercurrent'.
'Undercurrent' ni yg selalu buat org lemas sbb di'tarik' ke tgh laut .....
Tragedy Tsunami mengajar saya utk lebih peka terhadap keadaan sekeliling .... Waallahualam
Anyway... good that u & yr family enjoyed yr holidays.
Amir, just want to ask your opinion on car seat for baby? Your think car seat for baby is a necessity assoceries just like TCS....??
assalammualaikum abg mie,
bestnya gi cherating, pahang
bawa akak pergi,
akak tak pernah pergi dan tak pernah merasa kat sana tau.
freegiftsforworld: thank you very much :)
dobot: ya, teknologi dari FI. Bila agaknya kereta Malaysia nak guna teknologi F1??
irwansyah: salam perkenalan.
Dr. Liney: InsyaAllah, ada la harinya tu. Saya nak masukkan dalam Fotopages saya, tapi dah penuh. nanti saya usahakan!! InsyaAllah.
pb: Kita kurang menghargai apa yang kita ada, tapi baru nie di Cherating... pantainya memang bersih!!
ann_bfk7358: dulu saya tak tau, tapisekarang memang cantik. Masa sarapan kat Holiday Villa, tempat buffet dia kat tepi pantai. Sarapan dengan penuh kedamaiaan :) Bila awak nak tulis blog?
abdullahjones: InsyaAllah ingat. Terima kasih kerana mengingatkan :)
saufiahazzahrah: It's true, it's true :)
inakl: betul tu! bila saya baring kat tepi pantai, ombak yang tolak tak berapa kuat tapi air laut yang turun semula ke laut lebih kuat lagi!
Anonymous: dua-dua penting, baby-seat tu keperluan standard dan TCS itu sangat-sangat baik :)
akak: InsyaAllah kak, nanti abang mie bawak satu keluarga :)
Post a Comment